Bajet Lapan Lagi Kementerian Dilulus Di Peringkat Jawatankuasa



KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat minggu ketujuh menyaksikan anggaran perbelanjaan mengurus bagi lapan lagi kementerian dalam Bajet 2022 diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Ia melibatkan Kementerian Kesihatan; Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kerja Raya; Komunikasi dan Multimedia; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri.
Setakat ini anggaran perbelanjaan mengurus bagi 24 kementerian dan lima agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diluluskan di peringkat jawatankuasa, manakala perbahasan dan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi dua lagi kementerian iaitu Pendidikan dan Pengajian Tinggi dijangka pada Isnin.
Menurut takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan dan penggulungan itu dijadual berlangsung hingga Isnin 13 Disember. Rang undang-undang itu diluluskan di peringkat dasar pada 18 November lepas.
Minggu ini juga menyaksikan isu kenaikan harga barangan keperluan asas sekali lagi menjadi fokus sidang Dewan Rakyat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan mengenai tindakan segera dan langkah efektif yang akan diambil Majlis Tindakan Kos Sara Hidup bagi menangani krisis menimpa rakyat ketika ini.
Menjawab soalan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan semua kementerian mengambil tindakan segera bagi menangani isu berkaitan mengikut bidang tugas masing-masing.
Mustapa berkata, tindakan jangka sederhana dan panjang turut dibentangkan oleh kementerian-kementerian berkenaan pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam (Khamis).
Turut menjadi tumpuan pada persidangan minggu ini adalah isu larangan perarakan kavadi bagi Thaipusam dan chingay sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun depan yang menerima pelbagai maklum balas termasuk Ahli Parlimen pembangkang RSN Rayer bertindak mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk membahaskan isu itu.
Isu pelantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Menjelaskan isu berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, pelantikan itu dibuat oleh Kementerian Kewangan mengikut peraturan sedia ada dengan berlandaskan rekod prestasi dan pengalaman anak kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil itu.
Selain itu, Dewan Rakyat dimaklumkan pada masa ini keputusan untuk menggunakan Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G sedang berjalan dan proses rundingan antara Digital Nasional Bhd bersama syarikat telekomunikasi dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). – Bernama
Bajet lapan lagi kementerian dilulus di peringkat jawatankuasa
Baca Artikel Menarik:
Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis Selepas 100 hari, ini lima kementerian paling cemerlang Pekerja binaan jumpa ular sawa 250kg Selain Mahkamah Persekutuan, Pengampunan Agong adalah jalan terakhir Cara Pengiraan Zakat ASB Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video) PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur? Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami ‘Tujuh jahanam’ cuba panggang budak 6 tahun Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

The post Bajet lapan lagi kementerian dilulus di peringkat jawatankuasa appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/12/10/bajet-lapan-lagi-kementerian-dilulus-di-peringkat-jawatankuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amy Pascal Sahkan Venom 3 Berada Dalam Peringkat Perancangan

Amy Pascal Sahkan Venom 3 Berada Dalam Peringkat Perancangan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 153 hits
Apabila ditanya mengenai masa depan francais Venom pimpinan Tom Hardy penerbit eksekutif Amy Pascal telah mengesahkan bahawa Venom 3 kini berada dalam peringkat perancangan Walau bagaimanapun Pascal difahamkan tidak dapat menghuraikan lebih...
Ini Akan Jadi Jika Akta 342 Dilulus Di Parlimen Hari Ini

Ini Akan Jadi Jika Akta 342 Dilulus Di Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 196 hits
INI AKAN JADI JIKA AKTA 342 DILULUS DI PARLIMEN HARI INI Please shareMore cartoons www zunar my
Aspirasi 100 Hari Kementerian Alam Sekitar Dan Air Berjaya Tercapai

Aspirasi 100 Hari Kementerian Alam Sekitar Dan Air Berjaya Tercapai

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 190 hits
HARAKAH DAILYFoto daripada Facebook Dato Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man KUALA LUMPUR Pelaksanaan pelan strategik dengan peruntukan RM50 juta khusus bagi mengelak tragedi kepala air dan banjir lumpur di sekitar kaki Gunung Jerai Yan Kedah pad...
Kementerian Kesihatan Wajib Tiru Apa Yang Thailand Buat Ni

Kementerian Kesihatan Wajib Tiru Apa Yang Thailand Buat Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 325 hits
Sumber FacebookWalaupun nampak simple tapi dapat memberi keselesaan buat ahli keluarga yang menunggu pesakit Bayangkanlah ahli keluarga yang terpaksa tidur dilantai atau dikerusi yang tidak selesa Kementerian Kesihatan perlu cakna dan buka ...
Cuba Duduk Atas Kerusi Roda Kami Oku Harap Perubahan Dilakukan Di Peringkat Dasar

Cuba Duduk Atas Kerusi Roda Kami Oku Harap Perubahan Dilakukan Di Peringkat Dasar

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 193 hits
Ramai yang mulakan hidup sebagai seorang normal namun menjadi orang kurang upaya kerana ditimpa kemalangan atau menghidap penyakit Jayaraj Santraju memegang buku panduan dan tips yang beliau tulis dan jual bagi menyara keluarga Jeyaraj Sant...
Tips Bagi Anak Minat Menulis Tulisan Cantik Peringkat Awal Pilih Buku Ini

Tips Bagi Anak Minat Menulis Tulisan Cantik Peringkat Awal Pilih Buku Ini

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 214 hits
Asas menulis dan membaca penting untuk anak anak Aktiviti menulis perlu dilatih sejak anak anak di rumah lagi Ini bagi mengelakkan mereka ketinggalan apabila masuk ke tadika mahupun sekolah Cara memegang pensel yang betul perlu dilatih dan ...
Tubuh Jawatankuasa Bebas Cari Penyelesaian Isu Royalti Pas

Tubuh Jawatankuasa Bebas Cari Penyelesaian Isu Royalti Pas

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 118 hits
Tiada kesamaan kerajaan Persekutuan negeri yang punyai fakta masing masing KOTA BHARU PAS mencadangkan jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mencari penyelesaian berhubung isu royalti minyak di Kelantan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ib...
Harga Barang Naik Bentuk Jawatankuasa Kabinet Ambil Tindakan Segera Anwar

Harga Barang Naik Bentuk Jawatankuasa Kabinet Ambil Tindakan Segera Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 171 hits
Kenaikan harga barang yang mencapai tahap krisis dan membebankan rakyat marhaen perlu ditangani segera dengan pembentukan jawatankuasa kabinet Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim kenaikan harga bukan perkara...
Angkat Bahasa Struktur Semula Jawatankuasa Bahasa Kebangsaan

Angkat Bahasa Struktur Semula Jawatankuasa Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 196 hits
Kementerian Pendidikan akan menstruktur semula Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan di setiap kementerian di negara ini Timbalan Menteri Pendidikan dua Datuk Mohamad Alamin berkata penstrukturan semula jawatankuasa pelaksanaan bahasa ...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku