Bajet Defisit 2020 Akan Merealisasikan Hutang Luar Malaysia Rm1 Trilion Dan Mempercepatkan Malaysia Muflis



11 Oktober 2020, Lim Guan Eng, satu-satunya Menteri Kewangan yang pernah kantoi menipu Dewan Rakyat dengan memfitnah kerajaan Barisan Nasional terdahulu mencuri lebih RM19 bilion duit kutipan GST, telah membentangkan Bajet 2020 dengan tema Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama di dalam Dewan Rakyat yang sama...

Bajet Defisit Yang Akan Mempercepatkan Malaysia Menjadi Negara Muflis


Kalau dalam Bajet 2019, kerajaan terpaksa menambah hutang hingga lebih RM100 bilion kerana kesilapan Guan Eng dalam meramalkan harga minyak dunia akan kekal pada paras USD70 setong sedangkan purata harga minyak bagi tahun 2019 hanya sekitar USD55 ke USD60 setong, dalam Bajet 2020, sekali lagi Guan Eng mengulangi kesilapan dan kebodohan yang sama dengan menganggarkan pendapatan kerajaan bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM244 bilion dengan mengandaikan harga minyak dunia pada kadar USD62 setong sedangkan harga minyak dunia tertinggi dicatitkan hanualah pada kadar USD60 setong...


Sangat jelas Bajet 2020 yang dibentangkan adalah bajet defisit sebanyak RM55 bilion, dengan jangkaan pendapatan kerajaan sebanyak RM244 bilion (kalau purata harga minyak dunia adalah USD62 setong) dan perbelanjaan sebanyak RM297 bilion menjadi petanda yang jelas bahawa kerajaan akan terus menambah hutang luar negara sekurang-kurangnya RM55 bilion pada tahun ini dan ianya akan bertambah sekiranya harga minyak dunia jatuh lagi...


Persoalannya, apakah persediaan kerajaan Malaysia, sekiranya nilai matawang Jepun (¥) dan China (CNY) naik kerana kedua-dua matawang tersebut mengalami pengukuhan di pasaran matawang dunia...


Disamping itu, kita menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan akan menjual lebih banyak lagi aset strategik negara berbanding apa yang telah mereka lakukan pada tahun 2019 untuk menampung ruang pada bajet defisit 2020...

Memetik kenyataan Berita Harian Online dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pinjaman kasar, pada tahun ini, sebanyak RM135.2 bilion atau 8.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

Daripada jumlah itu sebanyak RM83.3 bilion digunakan untuk membayar semula hutang sedia ada, manakala bakinya untuk pembiayaan defisit sebanyak RM51.8 bilion...

Dalam ertikata yang lain, kerajaan Pakatan Harapan akan menggali lubang yang lebih besar untuk menutup lubang yabg sedia ada...

Kelemahan Tadbir Urus Negara Akan Membuatkan Generasi Akan Datang Mewarisi Hutang Negara Yang Tinggi


Sudah menjangkau 1 tahun setengah kerajaan Pakatan Harapan memerintah, Bajet 2019 Guan Eng membentangkan bajet defisit dan memburukkan keadaan Guan Eng juga tersalah atau lebih tepat terlebih anggar pendapatan negara...


Keadaan yang sama akan berulang sekali lagi untuk tahun fiskal kewangan 2020...

Hutang luar negara pasti akan melebihi RM1 trilion di penghujung tahun fiskal kewangan 2020...

Kini pendapatan negara hanya bergantung kepada 4 sumber, cukai, minyak, penjualan aset negara dan penambahan hutang luar negara yang baru...

Keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan telah menyebabkan harga komoditi sawit dan getah terus menjunam sedangkan di masa yang sama, negara jiran Indonesia telah menjadikan komoditi sawit dan getah sebagai sumber ekspot utama...

Belum ada langkah proaktif yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk stabilkan harga komoditi...

Perlaksanaan SST pula menyaksikan negara kehilangan lebih RM30 bilion yang sebelum ini dapat dikawal dengan sistem cukai GST...

Lebih menakutkan lagi, sehingga ke hari ini, kerajaan Pakatan masih belum berjaya membawa walau satu pun pelaburan asing masuk ke dalam negara...


Kalau keadaan ini berterusan, Malaysia akan terjebak ke dalam krisis ekonomi yang sangat menakutkan yang dikenali sebagai 'Economic Depression' yang lebih teruk dari 'Economic Resession'...

Sepatutnya Guan Eng membentangkan bajet yang lebih berhemah dan bukannya bajet defisit!!!

Bajet defisit hanya akan merealisasikan hutang luar Malaysia RM1 trilion dan Malaysia cuma selangkah lagi untuk diisytiharkan sebagai negara muflis!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/10/bajet-defisit-2020-akan-merealisasikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intipati Belanjawan 2020 Tourism Malaysia Dapat Rm1 1 Billion

Intipati Belanjawan 2020 Tourism Malaysia Dapat Rm1 1 Billion

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 490 hits
Mungkin ada yang baru sahaja mendengar tentang pembentangan Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Parlimen Saya cuma nak kongsi secara ringkas sedikit Intipati Belanjawan 2020 Tourism Malaysia Dapat RM1 1 Billion Jumlah nilai yan...
Intipati Menarik Bajet 2020 Malaysia

Intipati Menarik Bajet 2020 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 630 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Bajet 2020 Malaysia Tema Belanjawan 2020 Tema Bajet 2020 adalah Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakm...
Umum Pergerakan Gaji Bonus Penjawat Awam Bajet 2020

Umum Pergerakan Gaji Bonus Penjawat Awam Bajet 2020

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 1491 hits
Umum Pergerakan Gaji Bonus Penjawat Awam Bajet 2020 Kita kini berada di penghujung tahun 2019 Saban tahun kerajaan pasti ada perancangan yang menarik untuk tahun 2020 akan datang Pembentangan Bajet 2020 akan bersiaran pada 11 Oktober 2019 i...
Belanjawan 2020 Kerajaan Cadang Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di Bandar Utama

Belanjawan 2020 Kerajaan Cadang Gaji Minimum Rm1 200 Sebulan Di Bandar Utama

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 539 hits
KUALA LUMPUR Bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar bandar utama kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1 200 sebulan hanya di wilayah bandar banda...
Bonus Penjawat Awam Sebulan Gaji Dan 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan Bajet 2020

Bonus Penjawat Awam Sebulan Gaji Dan 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan Bajet 2020

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 1829 hits
Rasanya semua rakyat Malaysia tahu esok 11 Oktober 2019 adalah tarikh pembentangan Belanjawan 2020 Pembentangan bajet 2020 ini akan disampikan oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng di Parlimen Siaran langsung pembentangan Bajet 2020 a...
K Jaan Pusat Busuk Perut Sesama Melayu Islam Hari Ini Bajet 2020

K Jaan Pusat Busuk Perut Sesama Melayu Islam Hari Ini Bajet 2020

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 389 hits
Kelantan belum terima royalti seperti dijanjiKL Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berharap Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dijanjikan sebelum ini Ahli Parlimen...
Belanjawan 2020 Intipati Kandungan Bajet 2020

Belanjawan 2020 Intipati Kandungan Bajet 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 1121 hits
Belanjawan 2020 Assalamualaikum selesai sudah Pembentangan Belanjawan bagi tahun 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama dan sememangnya yang ditunggu tunggu oleh semua rakyat Malaysia pem...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement