Bajet 2022 Guna Dana Rm332 1 Bilion


 BH ONLINE

Momentum pemulihan dijangka berterusan pada tahun depan sejajar dengan kemajuan program vaksinasi yang lancar dan disokong oleh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Selain itu, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang baru diumumkan akan menjadi pemangkin untuk merancakkan semula ekonomi, mempromosikan pelaburan, melonjakkan pendigitalan dan memperkukuh perkhidmatan awam.
Bajet 2022 dirumuskan dengan tiga objektif utama iaitu untuk mengekalkan dan memacu aktiviti ekonomi, membangun semula ketahanan ekonomi dan menjadi pemangkin agenda reformasi berikutan keperluan untuk memastikan pemulihan kekal kukuh.
Oleh itu, kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal mengembang untuk membawa negara kembali kepaa trajektori potensi pertumbuhan.
Sejumlah RM332.1 bilion atau 20.3 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan diperuntukkan dalam Bajet 2022.
Daripada jumlah itu, RM233.5 bilion (70.3 peratus) akan disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE), RM75.6 bilion (22.8 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan (DE) dan baki RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19).
Dari segi peruntukan sektoral, RM133.2 bilion (40.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan Bajet 2022 akan diperuntukkan untuk program dan projek di bawah sektor sosial, diikuti sektor ekonomi (20.3 peratus), keselamatan (10.3 peratus) dan pentadbiran am (4.8 peratus).
Baki berjumlah RM81.3 bilion (24.5 peratus) akan diperuntukkan untuk perbelanjaan tanggungan dan bayaran pindahan.
Peruntukan OE pada 2022 dianggarkan berjumlah RM233.5 bilion atau 14.3 peratus kepada KDNK.
Jumlah ini adalah 6.3 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan tahun ini yang disemak semula iaitu RM219.6 bilion.
Emolumen, bayaran khidmat hutang dan bayaran persaraan kekal sebagai tiga penerima tertinggi merangkumi 67.5 peratus daripada jumlah OE atau 9.6 peratus kepada KDNK.
Emolumen penjawat awam selaku penerima terbesar OE pada tahun depan.
Komponen ini mewakili sekitar satu pertiga daripada jumlah OE dan dianggarkan meningkat kepada RM86.5 bilion.
Kenaikan ini sebahagiannya untuk menampung kenaikan gaji tahunan. Bayaran persaraan pula dianggarkan meningkat kepada RM28.1 bilion (12 peratus daripada jumlah OE) berikutan kenaikan pencen tahunan serta peningkatan jumlah pesara dan penerima manfaat yang dianggarkan berjumlah hampir 628,300.
Sejumlah 73.7 peratus bayaran persaraan terdiri daripada pembayaran pencen bulanan untuk pesara dan penerima manfaat, manakala sebahagian besar bakinya adalah bayaran ganjaran serta pemberian wang tunai sebagai gantian rugi rehat terkumpul yang tidak digunakan.
Sebanyak RM43.1 bilion akan diperuntukkan untuk bayaran khidmat hutang pada 2022.
Daripada jumlah itu, 98.2 peratus diperuntukkan untuk pembayaran kupon atas hutang dalam negara.
Sementara bakinya untuk pinjaan luar pesisir.
Nisbah bayaran khidmat hutang kepada OE dianggarkan lebih tinggi pada 18.5 peratus sejajar dengan penggunaan instrumen hutang bagi membiayai dasar fiskal mengembang.
Empat pakej rangsang semula ekonomi negara
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini dianggarkan berjumlah RM322.5 bilion dengan empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi diumumkan.
Ia merangkumi Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM225 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM25 bilion.
Secara umumnya, pakej terbabit dalam bentuk bantuan tunai kepada rakyat dan perniagaan terutama bagi yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berpanjangan berikutan pandemik COVID-19.
Langkah rangsangan tambahan dan pembendungan pandemik memberi tekanan kepada unjuran hasil yang lebih rendah berbanding anggaran belanjawan, sekali gus memerlukan penyusunan semula perbelanjaan terutama perbelanjaan mengurus yang harus dibiayai sepenuhnya di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini disemak semula lebih rendah kepada RM320.6 bilion, namun jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding jumlah perbelanjaan pada tahun sebelumnya iaitu RM314 bilion.
Penyusunan semula ini membabitkan pengurangan bersih dalam perbelanjaan sebanyak RM1.9 bilion dijana melalui penjimatan perbelanjaan berjumlah RM23.9 bilion dan disalurkan semula untuk membiayai tambahan suntikan langsung fiskal yang dianggarkan berjumlah RM22 bilion di bawah Kumpuan Wang COVID-19 (KWC-19).
Penjimatan perbelanjaan berkenaan dijana daripada penjadualan semula program dan projek tertentu, penangguhan program tidak kritikal, semakan semula peruntukan langkah belanjawan serta jangkaan pengurangan perbelanjaan akibat penundaan projek semasa tempoh PKP.
Berdasarkan jumlah peruntukan yang disemak semula, perbelanjaan mengurus (OE) dianggar berjumlah RM219.6 bilion (14.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)), perbelanjaan pembangunan (DE) berjumlah RM62 bilion (4.1 peratus kepada KDNK), manakala baki RM39 bilion (2.6 peratus kepada KDNK) adalah untuk KWC-19.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/bajet-2022-guna-dana-rm3321-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Subsidi Upah Perlu Rm1 Bilion Sebulan Bajet 2022

Program Subsidi Upah Perlu Rm1 Bilion Sebulan Bajet 2022

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 253 hits
Program subsidi upah yang berakhir pada Disember 2021 perlu diteruskan dan diberi peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2022 Pembantu Jurucakap Pekerja dan Hak Pekerja KEADILAN Hassan Abdul Karim berkata program berkenaan dilihat amat mem...
Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

Bajet 2022 Rm25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 287 hits
Bajet 2022 RM25 Juta Inisiatif Yayasan Keluarga Malaysia Sejak wabak COVID 19 menjengah ke tanah kita lebih 4 700 anak anak telah hilang tempat bermanja apabila ibu dan bapa mereka pergi buat selamanya akibat virus ini Sebagai Keluarga Mala...
Bajet 2022 Senarai Bantuan Belanjawan

Bajet 2022 Senarai Bantuan Belanjawan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 392 hits
Jumaat 29 Oktober 2021 tarikh Pembentangan Belanjawan Bajet 2022 dibentangkan bermula jam 4 00 petang tadi oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz Menteri Kewangan Malaysia Matlamat Bajet 2022Kerajaan lebih fokus bajet 2022 mengikut 3M ...
Bajet 2022 Manfaat Untuk Semua

Bajet 2022 Manfaat Untuk Semua

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 177 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR PAS menyuarakan keyakinan terhadap pembentangan Bajet 2022 hari ini yang memfokuskan ke arah rakyat berkebajikan serta tumpuan kepada pemulihan pembangunan negara ekoran penularan pandemik Covid 19 Timbalan Presid...
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga Rm2 500 Maksimum

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 628 hits
Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia Sehingga RM2 500 Maksimum Pada 29 November Menteri Kewangan Malaysia Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telahpun membentangkan Rang Undang undang Perbekalan yang bert...
Bajet 2022 Keluarga Malaysia Wajib Bersyukur

Bajet 2022 Keluarga Malaysia Wajib Bersyukur

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 355 hits
Bajet 2022 seluruh Keluarga Malaysia WAJIB BERSYUKUR Dalam kegairahan dan kegembiraan seluruh rakyat Malaysia usah alpa bahawa semua REZEKI yang kita perolehi ini adalah daripada Allah semesta alam Ambil hikmah iktibar bahawa Allah sentiasa...
Keluarga Malaysia Beri Idea Bajet 2022

Keluarga Malaysia Beri Idea Bajet 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 270 hits
BH ONLINE Keluarga Malaysia memberi pandangan kepada Bajet 2022 Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang disifatkan dekat di hati beliau atas sega...
Bajet 2022 Turut Bela Nasib Mahasiswa Mppk

Bajet 2022 Turut Bela Nasib Mahasiswa Mppk

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh Gambar hiasan KUALA LUMPUR Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyifatkan Bajet 2022 menggambarkan komitmen kerajaan memastikan nasib mahasiswa kekal terbela dalam era pasca pandemik COVID 19 Presiden MPPK Muhammad Amir Asyraf Mohd ...
Bajet 2022 Percepat Pemulihan Sektor Kreatif Seni Dan Budaya

Bajet 2022 Percepat Pemulihan Sektor Kreatif Seni Dan Budaya

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 239 hits
MyCreative Ventures Sdn Bhd menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif Ia menyifatan peruntukan akan mempercepatkan pemulihan sektor kreatif seni dan budaya yang terjejas teruk akibat pandemik
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Warna Hitam Tetap Menarik Dan Cantik Dipakai Dipagi Hari Raya

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

How To Choose A Patent Lawyer In New York For Your Invention

Ai Text Humanizer Bridging The Gap Between Ai And Human Writing

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Khaled Loyal Umno Voter Base Is Shrinking