Bajet 2019 Ph Ciplak Idea Bn



KUALA LUMPUR - Perincian Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat tidak mampu merangsang ekonomi negara.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara memerlukan program yang boleh merancakkan ekonomi negara
Malah kata Najib, ada ideanya yang telah diciplak kerajaan PH.
"Pada peringkat permulaan saya lihat pembentangan Belanjawan 2019 ini seperti ceramah politik. Apabila saya melihat isi kandungannya tidak ada perkara-perkara besar yang boleh merangsang ekonomi Malaysia.
"Ekonomi dunia semakin lemah dan meruncing, jadi alam keadaan ini kita perlu melaksanakan beberapa program yang boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Saya bimbang tahun hadapan, ekonomi Malaysia akan menjadi lebih lemah," katanya ketika ditemui selepas pembentangan selesai di Dewan Rakyat, hari ini.
Menyentuh soal cadangan kerajaan berkaitan pembekuan kenaikan tol pemansuhan tol bagi motosikal, Najib akui pernah menyuarakan idea tersebut ketika menjadi Perdana Menteri.
"Mereka membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dan memansuhkan tol motosikal Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Laluan Kedua.
"Ketika kerajaan BN mencadangkan perkara ini, mereka telah mentertawakan cadangan itu. Mereka kata kalau mereka menang, mereka akan mansuhkan tol semua sekali.
"Jadi apa yang disebut dalam Belanjawan 2019 ini mengulangi, ciplak apa yang telah dibuat kerajaan BN," katanya.Katanya, belanjawan PH itu kurang memberi perhatian dalam kesejahteraan rakyat.
"Bidang kesejahteraan rakyat amat berkurangan, jauh daripada apa yang telah dan akan dilaksanakan oleh BN.
"Umpamanya pemberian BR1M jumlahnya telah dikurangkan daripada 7 juta isi rumah kepada 4.1 juta dan kadar bayarannya pun yang kita telah janjikan RM2000 hanya tinggal RM750 sahaja," katanya.
Meskipun kerajaan mengumumkan subsidi bagi kenderaan kecil namun menurut Najib ia tidak memadai."Janji-janji PRU14 tidak ditunaikan sebaliknya mereka mungkir janjj. 
Umpamanya mereka laungkan 'kalau hari ini menang, esok harga minyak akan turun RM1.50' sebaliknya harga RON akan diapungkan.
"Ini bertentangan sama sekali dengan janji pilihan raya mereka walaupun ada sedikit subsidi kepada kereta-kereta kecil tapi ia tidak memadai dengan apa yang mereka janji kepada rakyat," katanya.
Tambahnya, kerajaan turut memungkiri janji tentang PTPTN yang sebelum menyebabkan ramai nk muda memberi undi kepada PH
"Mereka janji gaji RM4,000 ke bawah tak payah bayar balik sebab itulah ramai anak muda menyokong mereka tetapi nampaknya sekarang ini hanya mereka yang berpendapatan RM1,000 ke bawah dikecualikan.
"Mana ada graduan yang gaji RM1,000 ke bawah. Ini saya lihat cadangan yang sangat pelik dan tak logik dengan realitinya," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mana janji hari ini menang esok harga petrol turun?]
Menyentuh soal hutang negara dikatakan mencecah RM1 trilion, Najib menegaskan semasa pemerintahannya hutang negara telah berjaya dikurangkan secara berperingkat.
"Malah defisit tahun hadapan kita telah menyasarkan -2.8 tapi dengan bajet ini, defisit negara melonjak kepada -3.7 peratus.
"Ini merupakan satu lonjakan yang amat besar dan ada kemungkinan agensi penarafan antarabangsa boleh 'down grade' Malaysia. Ini satu risiko yang amat besar," katanya.
Najib turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak mengambil kira jumlah aset negara yang bertambah sepanjang tempoh sembilan tahun pentadbirannya.
"Kalau kita ambil kira aset-aset Khazanah Nasional Berhad, Petronas (Petroliam nasional Berhad), Permodalan Nasional Berhad, Bank Negara Malaysia tolak rizab antarabangsa, sebanyak RM500 bilion telah bertambah sewaktu saya jadi Perdana Menteri.
"Ini tidak disebut langsung. Jadi aset negara kita yang besar ini mereka cadangkan untuk membayar tuntutan kerana mereka telah mansuhkan GST. Ini satu langkah jangka masa pendek.
"Kalau kita jual aset atau 'declare' dividen, ini merupakan satu langkah jangka pendek yang boleh menjejaskan masa depan negara kita," katanya.
Katanya, PH menuntut dividen daripada Petronas sekali ganda lebih besar daripada zaman BN.
"Zaman BN biasanya kita minta Petronas RM16 bilion setahun tapi mereka sampai RM30 bilion.
"Ini boleh menjejaskan keupayaan Petronas melabur dalam bidang minyak dan gas seluruh dunia. Aset ini merupakan jaminan masa depan kita," katanya. - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/bajet-2019-ph-ciplak-idea-bn.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 Ciplak Kerajaan Dahulu

Dr Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 Ciplak Kerajaan Dahulu

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 389 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan semalam menciplak apa yang dilakukan kerajaan terdahulu Perdana menteri berkata pembangkang boleh berkata apa sahaja tet...
Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

Bajet Kerajaan Pakatan 2019 Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 333 hits
Buat pertama kalinya Kerajaan Pakatan membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Menteri Kewangan LIM GUAN ENG didalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ringgit Menteri K...
Bajet 2019 Rakyat Malaysia Bukan Orang Bandar Sahaja Kata Najib

Bajet 2019 Rakyat Malaysia Bukan Orang Bandar Sahaja Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 396 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik Belanjawan 2019 yang langsung tidak menyentuh soal golongan pesawah petani peladang dan nelayan Malah katanya teks ucapan belanjawan itu juga hanya sekali menyebut tentang Felda da...
Pembentangan Bajet 2019 Skim Perlindungan Insurans B40 Percuma

Pembentangan Bajet 2019 Skim Perlindungan Insurans B40 Percuma

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 346 hits
Di Malaysia bajet persekutuan akan dibentangkan setiap tahun oleh Kerajaan bagi mengenal pasti cadangan perbelanjaan untuk tahun berikutnya Paling penting pembentangan itu juga boleh dianggap sebagai ramalan dari kumpulan parti kerajaan per...
Islam Dan Bumiputra Dalam Bajet 2019 Serta Perkara Utama Lain

Islam Dan Bumiputra Dalam Bajet 2019 Serta Perkara Utama Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 697 hits
Alhamdulillah saya berhasrat highlight beberapa perkara yang menarik perhatian khususnya ia melibatkan Islam Bumiputra pengurangan cukai berian subsidi dan bonus antaranya adalah BERKAITAN ISLAM BUMIPUTRA1 Kerajaan memperuntukkan sebanyak R...
72 Perkara Menarik Dalam Bajet 2019

72 Perkara Menarik Dalam Bajet 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 513 hits
71 Perkara MENARIK Dalam Bajet 2019 Semalam pembentangan bajet Ntah kenapa MF perhatikan tahun ni orang tak teruja mana dengan bajet berbanding tahun sebelum ni Apa pun MF tengok juga sekejap Tapi yang syok tu mf boleh pula lupa Eh kenapa b...
Bajet 2019

Bajet 2019

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 388 hits
Anda kurang faham tentang pembentangan Bajet 2019 yang telah dibentangkan oleh YB Lim Guan Eng Menteri kewangan baru Malaysiakini telah membina aplikasi khas untuk memudahkan anda menyemak manfaat yang diperoleh hasil dari Bajet 2019 Sila k...
Bajet 2019 Rumah Hartanah

Bajet 2019 Rumah Hartanah

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 491 hits
Bajet Rumah 2019 Berkaitan Rumah HartanahHarga Rumah kurang 10 1 SST Kerajaan telah mengumumkan pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan Sebagai balasan persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia telah bersetuj...
Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru

Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 537 hits
Berikut adalah antara intipati penting dan menarik Belanjawan 2019 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada jam 4 00 petang Jumaat 02 November 2018 Ringkasan Kandungan Intipati Penting Bajet 2019 Malaysia Baru Hutang dan...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ditegur Isu Duet Dengan Arwah Suami Guna Ai Nora Ariffin Terima Dengan Hati Terbuka Saya Akan Lebih Berhati Hati

Dah Tumpang Bermalam Pandai Pandai Je Kemas Rumah Orang

Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source