Baja Dan Pengkelasan Baja
Baja adalah bahan2 yang mengandungi unsur pemakanan kepada tanaman. Penggunaan baja yang tepat mengurangkan kos pengeluaran, mengelakkan pembaziran dan menyihatkan tanaman. Kandungan nutrien dan cara pelepasan nutrien berbeza antara jenama baja.
Manakala Bahan Pembetulan Tanah ( soil amendment ), Pelembap Tanah ( soil conditioner ) dan Bahan Tambahan Tanah ( soil additives ) adalah bahan2 yang menyuburkan tanah dengan cara :
- memperbaiki struktur tanah
- memperbaiki tekstur tanah
- melembapkan tanah
- meneutralkan tanah berasid / beralkali
- menambahkan mikroorganisma dalam tanah
- meningkatkan daya pegangan air tanah
- sesetengahnya sebagai sumber pemakanan tanaman jangka panjang
Kompos, cacing, habuk kayu, kapur pertanian, potongan rumput, sisa dapur, sisa kebun, tinja haiwan, pasir, kokopeat, kotak2 kertas dan sebagainya adalah contoh bahan diatas.
Baja tanaman secara asas boleh dibahagikan kepada 4 jenis :
1. Baja Kimia
- bukan organik
- baja buatan
- campuran bahan kimia
- tindakbalas kimia
- kandungan bahan unsur pemakanan tinggi
- pelepasan bahan unsur pemakanan cepat iaitu cepat larut dan meresap
- boleh di formulasikan mengikut keperluan peringkat pertumbuhan tanaman
- penggunaan perlu mengikut sukatan yang ditetapkan
1.1 Tekstur baja kimia terbahagi kepada :
1.1.1 Butiran atau biji
-- Kompaun atau sebatian seperti NPK 15:15:15
-- Tunggal seperti urea, TSP, MOP
-- Campuran biasanya 2 atau lebih baja tunggal yang dicampur secara manual atau menggunakan mesin untuk komersial
-- Pelepasan perlahan, teknologi moden membolehkan formulasi baja kimia untuk pelepasan perlahan
--- Baja butiran biasanya ditabur terus ke tanah walaupun ada yang mencairkannya
--- Untuk kemudahan pekebun, biasanya baja butiran untuk peringkat pertumbuhan berbeza atau untuk fungsi berbeza di warnakan berbeza seperti :
--- hijau untuk pertumbuhan awal dan baja sayuran berdaun
--- biru untuk berbunga dan berbuah
--- pun begitu warna baja hanya untuk memudahkan pengecaman sahaja, kandungan nutrien yang betul dalam baja yang perlu diutamakan
1.1.2 Baja cecair
-- Biasanya dalam bentuk pati dan perlu dicairkan seperti baja foliar
-- Baja hidroponik atau fertigasi juga terdapat dalam bentuk cecair
1.1.3 Baja hablur atau serbuk
-- Perlu di cairkan mengikut sukatan
2. Baja Organik
- bahan asli
- tanpa campuran bahan kimia
- hasil pereputan sisa haiwan dan sisa tumbuhan
- hasil akhir adalah kompos yang mengandungi nutrien dan bahan2 pembetulan tanah yang bertujuan meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman
- kandungan humus tinggi dalam kompos
- kandungan nutrien bergantung kepada campuran sisa bahan yang digunakan
- pelepasan nutrien adalah perlahan
- biasanya digunakan pada peringkat awal penyediaan media tanam
- penggunaan berlebihan biasanya tidak memudaratkan
3. Baja Galian atau Mineral
- terhasil dari proses pemecahan bahan yang mengandungi mineral
- kandungan nutrien yang rendah
- pelepasan unsur pemakanan adalah perlahan
4. Baja Organik Sintetik
- hasil proses campuran gas dan sebatian organik
- proses 'haber'
- contoh baja urea
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jomtanamsayur.blogspot.com/2019/01/baja-dan-pengkelasan-baja.html