Bait Lirik Lagu Nashrain Dahlia Memupuk Diri Untuk Move On Dan Mendoakan Yang Terbaik
Assalammualaikum semua! Ruby tertarik untuk berkongsi tentang lagu baru yang Ruby dengar di Spotify. Penyanyi Nashrain dan tajuk lagu berjudul Dahlia. Pada mulanya Ruby skeptikal dengan tajuk yang bernama. Namun, apabila mendengar lagu tersebut, tiada pula disebut Dahlia. Kemudian, bait-bait lirik nampak rileks je. Tapi emosi yang dinyatakan oleh penyanyi Nashrain ni lain macam. Tup tup mengalir air mata. Ehhh apahal kan? Sah! Ruby tengah emosi untuk meneruskan kehidupan.
Siapa kata, move on ni untuk mereka yang putus cinta dengan kekasih sahaja? Di saat kita tidak mampu mengawal orang yang kita sayang seperti ibu bapa, adik-beradik, sahabat baik , saudara mara dan sesiapa sahaja. Hanya Allah s.w.t dapat melindungi mereka melalui doa kita yang tidak putus selepas solat. Yeeee. Perasaan hopeless tu ada. Itu yang buat Ruby hiba dengar lagu Nashrain ni.
Bait lirik lagu Nashrain Dahlia memupuk diri untuk move on dan mendoakan yang terbaik. Kita perlu move on ye. Jika kita meratap kenapa orang yang kita ambil berat berubah perangai. Menjauh dari kita. Kita perlu menjaga kesihatan emosi dan mental jika ingin bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita.
SIAPA NASHRAIN?Penyanyi Nashrain merupakan selebriti di bawah naungan syarikat Armani Entertainment Group (AEG). Melalui penyertaan sesi ujibakat The Audition pada tahun 2021, penyanyi berasal dari Ipoh, Perak ini berpeluang untuk membuat comeback kerana telah dianugerahkan bakat nyanyian dan berpengalaman dalam bidang ini. Kini, beliau tampil dengan single pertama berentak Pop Balada berjudul ‘Dahlia’ hasil ciptaan komposer terkenal, Anas Amdan yang telah pun dilancarkan pada 29 Julai yang lalu
“Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya diberikan peluang kedua yang tidak ternilai ini hasil kepercayaan pihak AEG yang ‘nampak’ bakat yang saya ada. Selain itu, platform yang disediakan pihak rakaman lengkap kerana mempunyai team yang cekap dan sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara,” ujar bapa kepada Ozil dan Ardhani ini.
Single Dahlia yang sudah pun mencapai lebih 70,000 jumlah tontonan di YouTube sejak dilancarkan rata-ratanya menerima respon yang sangat memberangsangkan, tambah Nashrain, “Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan dan walaupun masih baharu saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata. Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama
“Selain itu, sidang media pada kali ini juga turut menampilkan rakan-rakan seperjuangan saya seperti Emeer Bakri dan Yunadia yang masing-masing telah muncul dengan single mereka. Dan melalui sidang media yang diadakan ini juga dapat mengumpulkan kesemua rakan media yang sudah lama tidak saya temui, yang penting dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Sebagai penyanyi berpengalaman, Nashrain percaya pada bakat kerana tanpa bakat tidak akan kemana-mana, katanya, “Dalam dunia serba moden ini, pembangunan teknologi digital hanya membantu dari belakang dan buka nombor satu, jadilah penyanyi yang sentiasa bersiap siaga, dan hargai sokongan peminat. Saya tidak mengejar kemasyhuran, saya betul-betul ikhlas dalam berkarya dan langkah pertama saya adalah menembusi pasaran arus perdana dan membuktikan kemampuan saya yang sebenar.
Menurut Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Armani Media, “Nashrain adalah seorang penyanyi yang sangat berdedikasi dan mempunyai sifat disiplin yang tinggi. Saya berharap agar ke semua pendengar di Malaysia dapat menilai lagu ini sendiri kerana mesej yang cuba disampaikan, selain menjadi permintaan di seluruh Malaysia.
Layak digelar comeback kid, Nashrain percaya peluang itu terbuka luas jika sabar dan yakin. Untuk peminat yang mengenali saya, lagu ini untuk anda semua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan percaya pada bakat yang saya ada. Semoga Dahlia menjadi permulaan peluang kedua saya dan doakan saya agar dapat berikan yang terbaik buat semua.
SIAPA ‘DAHLIA’ DI HATI NASHRAIN?
Bapa kepada dua cahaya mata, Ozil dan Ardhani ini sering menerima jemputan nyanyian untuk acara acara rasmi serta majlis perkahwinan di seluruh negara. Single Dahlia mempunyai mesej yang sangat mendalam mengenai perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang sehingga ke akhirnya, sehingga menutup mata. Lagu dalam genre pop balada ini kalau didengari turut diselitkan dengan elemen dramatik yang lebih teatrikal sesuai dengan vokal Nashrain yang mantap dan bertenaga
Menurut Nashrain, Dahlia mempunyai signifikasi yang istimewa dalam hidupnya, jelas beliau, “Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana COVID-19, ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga, sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita. “Lagu ini sebenarnya dikirimkan oleh Puan Zeileen Yusnita sendiri yang percaya kepada bakat saya, selesai merakamkan demo, kesemuanya berjalan dengan lancar sekali.
“Dan Anas sebenarnya mencari penyanyi mana yang sesuai untuk membawakan lagu ini, jadi saya anggap ia sebagai rezeki dan bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan,”kata Nashrain.
Proses rakaman single tersebut telah mengambil masa selama sehari untuk disiapkan di Studio KGE yang bertempat di Bandar Utama.
“Sewaktu rakaman diadakan, cabaran paling utama adalah mempersiapkan mental dan fizikal agar lagu yang dinyanyikan betul-betul sampai ke hati pendengar.
“Lagu ini bersifat universal di mana saya tujukannya kepada anak saya, jadi ketika berada di studio rakaman saya perlu fokus 100% dan tidak mengikut perasaan kerana ia boleh menganggu mutu nyanyian saya,” ujar Nasharain yang memilih bidang nyanyian sebagai pekerjaan utama.
Nashrain meminati artis-artis seperti Anuar Zain, Allahyarham Tan Sri Sudirman, Afgan, Tulus, Sammy Simorangkir, Glenn Fredly dan juga Bruno Mars kerana kesemua mereka fokus terhadap vokal yang menjadi kekuatan mereka semua.
“Saya pernah mengimpikan untuk menyanyikan lagu untuk anak-anak saya pada satu hari nanti, tetapi Tuhan lebih mengetahui dan sekarang adalah masanya.
“Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk keluarga semata-mata, salah satu sebab saya sentiasa mencabar diri sendiri adalah kerana anak-anak, merekalah sumber kekuatan saya setiap hari,” kata Nashrain.
Lagu ‘Dahlia’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran rasmi YouTube Armani Entertainment.
LIRIK DAHLIAKau slalu ada di setiap hariku
(dan) Aku sentiasa menemani dirimu
Tangis dan, tawa…
Yang sering aku dengari..
Kini sepi
meski ku cuba…
menerima kau, tak perlu ku lagi
Semakin hari semakin menjauh
Namun tlah tiba
Masa kau berdiri sendiri
Oh Tuhan tolong aku
Jaga dirinya bila ku tiada
BREAK
Tlah-ku semaikan seluruh jiwa dan raga
Dan terciptalah memori yang indah
Teruskan lagi biarpun pahit
Ada pelangi Hooo
Meski ku coba
Menerima kau tak perlu ku lagi
Semakin hari semakin menjauh
Namun tlah tiba
masa kau berdiri sendiri
Oh Tuhan tolong aku
Jaga dirinya hoo…
BRIDGE
Meski ku coba
Menerima kau tak perlu ku lagi
smakin hari semakin ku, mengerti
Namun tlah tiba
Masa kau berdiri sendiri
Oh Tuhan tolong aku
Jaga dirinya hoo
Oh Tuhan tolong aku
Jaga dirinya bila ku tiada
bila ku tiada…
Composer/Publisher: Anas Amdan & Aizat Amdan/ Kasi Gegar Entertainment Sdn bhd
Lyricist/Publisher: Anas Amdan & Aizat Amdan/ Kasi Gegar Entertainment Sdn bhd
Music Producer: Anas Amdan
Music Programmer: Rudy Nastia
Musicians: Rudy Nastia (Piano) Alvin witrasa (Strings)
Mix & Mastering Engineer: Alvan K & Anas Amdan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/08/bait-lirik-lagu-nashrain-dahlia-memupuk.html