Baikpulih Body Kereta Kemek


Pertanyaan Yang Diajukan..Azrol  said bro nk tanya? kete ak kemek xciden, nk g ketuk biase kalo kete kemek kalo nk ketuk kereta kemek  bape lama leh siap. Leh tak terangkan apa proses repair dr awl - akhir yg selalu wok shop tarik/ketuk body buat & contoh peralatan yg digunakan?
Jawapan Kami..Thanks bertanya pada Azrol  ... Maaf lambat balas jawapannya...Kalau ikut pertanyaan tu pendek tapi saya nak jawab tu agak payah nak terangkan.. apa pun saya cuba terangkan macam kat bawah ni....
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬Baikpulih Body Kereta Kemek (Dent) ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬A) Kemalangan Kecil Kemek Kecil Dan Ganti Part pecah/rosak
Tempoh masa repair dan ketuk body balik (Tempoh siap 2 minggu hingga 3 minggu)
Kerosakkan kat mana-mana bahagian yang kemek akan di ketuk sedikit, simen atau tukar panel-panel part yang mudah ditukar... tapi bergantung pula sama ada tukar part baru atau cari Stock half cut.. 1)Hook Dent Removal-Ini beberapa contoh peralatan Hook Dent Removal...Ada berberapa saiz untuk perbagai kegunaan push out kemek pada body kereta.
-Kegunaan Hook Dent Removal ni adalah untuk push out (menekan dari sebelah dalam) pada body kemek tadi keluar..
-Selalunya digunakan kat bahagian pintu atau fender kereta yang kemek… Kena julur masuk besi Hook Dent  pada celah- celah body yang sukar atau ruang yang sempit…
_______________________________
2) Ketuk body menggunakan Flat Hammer & Dolly  
-Ini merupakan beberapa contoh Tukul besi berkepala rata yang sesuai untuk kerja-kerja membaik pulih kesan kemek pada body.
-Yang ni pula adalah Dolly .. Berbentuk besi rata atau melengkung untuk membentuk dan meratakan permukaan kemek semasa kerja-kerja mengetuk permukaan dent tersebut.
-Tukul besi berkepala rata akan di ketuk pada tempat kemek dan di sebelah luar atau bahagian dalam akan dialas Dolly bagi memudahkan meratan permukaan..
_______________________________
 3) Bakar body kemek dengan api Oxyacetylene Welding-Penggunaan oxyacetylene welding juga membantu proses baik pulih kemek pada body kereta.. Dimana api dari oxyacetylene welding di kenakan pada bahagian tempat kemek.
-Kemudian tempat yang dibakar dengan api oxyacetylene welding tu akan di ketuk dengan Hemmer kepala rata… Ianya akan lebih memudahkan lagi kerja-kerja meratakan permukaan dent tersebut… -Setelah selesai ketuk rata , bolehlah kikir supaya permukaan akan rata dan tidak bergelombang ..
_______________________________
B) Kemalangan tidak teruk ( Damage & Crash body)
-Tempoh masa baik pulih body ketuk, welding & Touch up lebih kurang 2 minggu hingga sebulan bergantung keadaan kereta yang eksiden tu.. -Dalam keadaan yang tak berapa teruk iaitu hanya kemek sahaja (pelanggaran pada kulit body).. Baikpulih kenderaan memerlukan bengkel tersebut perlu membuat kerja-kerja penggantian part yang rosak sama ada perlu ketuk baik pulih, potong dan sambung welding atau ganti part baru.... juga perlukan kemahiran baik pulih body...kerana sambungan welding jika tak betul-betul pakar ianya akan menjadi lebih parah lagi .... Sambungan perlu ikut kebenaran dan kelulusan yang dibenarkan Puspakom... 1) Sambungan body dengan MIG welder -Selalunya bengkel Ketuk kereta ada mesin MIG welder… Selalunya banyak kerja-kerja penyambungan body dilakukan dengan mesin welding ni.
-Contohnya besi frame yang bengkok… Bahagian tempat bengkok tersebut akan di potong.
-Ambil kepingan plate potong ikut saiz dan bentukkan menjadi sama bentuk dengan bahagian yang kita potong tadi.. -Setelah itu masukkan plate yang kita bentuk tadi dan weldingkannya supaya ianya bersambung..
_______________________________
2) Spot Stud Welder, Pulling Draw Pins dan DENT PULLER Slide Hammer -Kena ada mesin GRINDER.. Kalau guna GRINDER ni senang sikit nak melakukan kerja-kerja buang cat kereta kat body kereta.. -Lepas GRINDER permukaan body akan jadi rata dan beralun.. Kena gunakan DISK SANDER untuk meratakan permukaan body-Ini adalah permukaan body lekok tersebut setelah kerja-kerja DISK SANDER dilakukan…-Kena ada beberapa peralatan seperti Spot Stud Welder, Pulling Draw Pins dan juga DENT PULLER Slide Hammer …-Pasangkan Pulling Draw Pins pada Spot Stud Welder.. Kemudian lakukan Spot welder pada tempat lekuk tersebut
-Ini contoh Pulling Draw Pins yang telah melekat setelah kerja-kerja Spot welder pada body di kawasan tempat  body lekok.
-Gunakan DENT PULLER Slide Hammer lekatkan pada Pulling tabs.. Cara nak guna Slide Hammer ni kat bahagian tengah tu ada besi sentap keluar hingga penghujung slide.
-Tarik besi slide tu jangan sentap kuat sangat... agak-agak slow sentap besi slide tu supaya pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar setelah di sentap  Slide Hammer beberapa kali .. -Selepas selesai menarik body kemek tadi.. Pulling Draw Pins kena buang sama ada nak gunakan GRINDER atau potong gunakan CUTTER pon boleh.. -Pastu kena gunakan kikir besi untuk membuang bekas Pulling Draw Pins yang kita buang tadi sampai rata balik..
_______________________________
3) DK1000 dent killer yang disambung pada Spot Stud Welder -Selain guna DENT PULLER Slide Hammer ada alat yang lebih mudah nak guna iaitu DK1000 dent killer yang disambung pada Spot Stud Welder kemudian tekan grip untuk menarik body kemek tadi ke luar ..
_______________________________
4) Tarik body kemek dengan Claw Puller & Wiggle Wire -Ada juga yang menggunakan wiggle wire dan dilekatkan menggunakan spot weld pada bahagian body kemek.
-Ni contoh wiggle wire yang dilekatkan menggunakan spot weld-Wiggle wire di lekatkan pada bahagian body kemek.. Kemudian Wiggle wire di cangguk menggunakan claw puller .
-Selepas tu claw puller disambung pada rantai dan ditarik body kemek tadi keluar menjadi rata semula mengunakan rantai besi dan FRAME PULLER POWER TOWER …
_______________________________
 5) Tarik body kemek dengan Line-Puller dent-Selain dari guna claw puller boleh gunakan alat Line-Puller dent supaya Wiggle wire tersebut ditarik sekali gus meratakan kembali dent
-Grip di tarik keatas dimana body kemek tadi akan ikut tertarik keluar menjadi rata semula…
_______________________________
 6) Rapatkan balik body dengan Spot Weld -Yang ni pulak spot weld tertanggal akibat pelanggaran… dimana frame besi tersebut merenggang akibat spot weld tak melekat.
-Pasang balik frame tersebut… kemudian kena rapatkan balik dan clamp dengan grip player terlebih dahulu.
-Ambil SPOT WELDER kemudian lekatkan kembali frame yang renggang dan tercabut  tersebut.
-Yang ni contoh Spot weld yang dilekatkan pada frame tersebut.. Pada bahagian atas dan bawah frame kena bubuh spot weld
_______________________________
C) Kemalangan melibatkan cassis/ rangka/ body & kerosakkan yang berat -Tempoh masa untuk String balik cassis / body yang bengkok bergantung kepada sebagai mana kerosakan pada kenderaan itu... Mungkin juga boleh siap sebulan hingga berbulan-bulan lamanya... -Tempoh masa yang diambil untuk kerja kerja tarik body cassis kereta tersebut... perlu dilakukan dengan berhati-hati, teliti, dan ikut spesifikasi asal... susah untuk stringkan balik kerangka/cassis yang bengkok... kalau ikut kudrat tangan kena ketuk... tak terketuk balik asal lah.... rasanya tak jadi lah tegak balik besi yang bengkok tu....  -Mestilah pastikan sesebuah bengkel itu Panel bertauliah, Pakar, spacialis, ada buat claim insurans dan melibatkan kelulusan Puspakom.. Yang paling penting ukuran string balik mesti tepat & ikut spasifikasi yang ditetapkan.... -Kalau kat bengkel ketuk body mesti ada FRAME MACHINE DREWCO BODY BUILDER tempat letak kenderaan yang nak di repair...
-Bagi chassis yang bengkok pula penggunaan FRAME PULLER POWER TOWER 10 TON CAPACITY untuk meluruskan semula tulang chassis tersebut.
-Chassis bengkok tersebut akan di tarik dengan menggunakan rantai  sepaya string kembali.
-Ini bahagian chasis sebelumnya… kemudian di weldingkan tapak untuk memasukkan nut pengikat rantai-Sedikit demi sedikit ianya akan di tarik sehingga chassis lurus kembali mengikut spec yang di tetapkan…
***Nak cari bengkel ketuk body kereta yang baik sekarang ni banyak.. Cuma kadang-kadang kita sangka bengkel yang besar dan lengkap itu memberikan hasil yang baik. Tetapi hakikatnya tidak selalu demikian. Ada bengkel yang kecil mampu memberikan hasil yg baik. Rasanya setakat ini yang dapat saya kongsi buat setakat ini nanti kalau ada maklumat lain saya akan cuba ceritakannya dalam bahagian lain Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2012/07/baikpulih-body-kereta-kemek-dent.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pintu Kereta Honda City Ditendang Sampai Kemek Sebab Owner Kerap Main Brek Ketika Memandu

Pintu Kereta Honda City Ditendang Sampai Kemek Sebab Owner Kerap Main Brek Ketika Memandu

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 401 hits
Pintu kereta Honda City ditendang sampai kemek sebab owner kerap main brek ketika memanduBengang dengan gaya pemanduan seorang wanita yang kerap menekan brek kenderaannya semasa memandu di jalan raya mengundang kemarahan seorang lelaki yang...
Kereta Kemek Ditendang Sebab Wanita Asyik Brek Di Jalan Raya

Kereta Kemek Ditendang Sebab Wanita Asyik Brek Di Jalan Raya

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh Foto hiasan JOHOR BAHRU Gaya pemanduan seorang wanita yang didakwa selalu membrek kenderaan ketika di jalan raya mencetuskan kemarahan seorang lelaki yang kemudian bertindak menendang pintu kereta mangsa hingga kemek Ketua Polis Daerah...
Diy Spray Cover Plastic Kereta

Diy Spray Cover Plastic Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 251 hits
Pertanyaan yang diajukan said bro klu spray pakai cat tin kt part interior kereta yg dbuat dr plastk leh tk lekat cat tu aku nk cat laci consol dashbot le warne itam mtk tolong ajar nkwat Jawapan kami Thanks bertanya pertanyaan tersebut aga...
Diy Spray Paint Caliper Brake Disk Kereta

Diy Spray Paint Caliper Brake Disk Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 218 hits
Pertanyaan yang diajukan said Bro nak tanya de tk diy cat spray spray merah disk depan drum belakang Nk wat tp tk tau cara yg senang Jawapan kami Thanks bertanya cuma agak lama terstop berblog Saya bercuti sekolah panjang kali ni hari ni ba...
Diy Repair Doortrim Kereta

Diy Repair Doortrim Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 428 hits
Pertanyaan yang diajukan said salam bro boleh ajarkan macam mana buat door trim sb door trim pintu saya dh expired al maklumlah kereta old skool just yang simple2 jew thanks atas segala info and tunjuk ajar ku sifu Jawapan Kami Thanks berta...
Diy Pemasangan Lampu Led Daylight Kereta

Diy Pemasangan Lampu Led Daylight Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 445 hits
Pertanyaan yang diajukan Luqman said Salam saya sering blog en tentg info2 kereta jd sy nk tanya bleh x en terangkang tentang jenis2 lampu daylight mcm lmpu kete audi tu LED yang warna putih tu dan juga cara pemasangan di blog en tqJawapan ...
Diy Repair Pvc Leather Seat Kereta

Diy Repair Pvc Leather Seat Kereta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 255 hits
Pertanyaan yang diajukan said salam bro tertarik pd citer repair sarung seat kete yang bro citer sarung kerusi kete perdana saya kulit tp nie dh barai sangat koyak sana sini sampai span pun dah terkeluar dah mula nak mereput especially kat ...
Lepas Tular Video Wira Togel Pomen Terus Mesej Minta Ambil Kereta Hari Ahad

Lepas Tular Video Wira Togel Pomen Terus Mesej Minta Ambil Kereta Hari Ahad

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 369 hits
Tular di TikTok luahan kecewa seorang wanita apabila mendapat tahu kereta kesayangan yang ditinggalkan di sebuah bengkel kereta berada dalam keadaan togel Menerusi perkongsian itu Ain Jeman memaklumkan dia nekad menerjah ke bengkel untuk me...
Sarat Hamil Kak Km Sempat Beli Kereta Mewah Warna Merah Menyala Alhamdulillah Untuk Pi Beranak

Sarat Hamil Kak Km Sempat Beli Kereta Mewah Warna Merah Menyala Alhamdulillah Untuk Pi Beranak

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 280 hits
Usahawan kecantikan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM meluahkan rasa bersyukur apabila sempat membeli sebuah kereta mewah bertujuan untuk pergi ke hospital bersalin Menerusi laman sosial Instagram Kak KM memuat naik sebu...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy