Bahayakan Diri Untuk Nampak Sempurna Demi Pujian Di Media Sosial


Fadila Awaludin 
Pakar menasihatkan agar jangan mudah percaya dengan tawaran sesuatu produk kosmetik dan kecantikan tubuh. 
Demi pujian di media sosial dan mahu menjadi 'influencer' ramai melakukan perkara yang membahayakan diri. Gambar: AFP
Pengaruh kehidupan maya yang begitu kuat dalam kehidupan masyarakat pada hari ini mendorong mereka melakukan apa sahaja termasuk membahayakan diri semata-mata untuk kelihatan “sempurna” dan mendapat pujian di media sosial, kata pakar psikologi dan pembedahan.
Mereka berkata, hal ini didorong pula dengan keadaan pada hari ini di mana pengaruh di media sosial melambangkan cerminan taraf sosial seseorang.
Mohd Suhaimi Mohamad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata perbuatan itu menjadi salah satu cara bagi individu terbabit mengurangkan rasa bimbang bagi mencapai tahap kepuasan diri.
“Kebarangkalian golongan ini sedar implikasi yang akan terjadi sekiranya memilih jalan pintas itu ada, tetapi disebabkan terdesak mengikut kehendak selain tekanan sekeliling secara tidak langsung menjadi satu ‘galakan’ kepada mereka untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi cantik,” Suhaimi dari pusat kajian psikologi dan kesejahteraan manusia UKM itu kepada MalaysiaNow.
“Sikap sebegini tidak akan berubah sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang bersesuaian selain menyebabkan tahap emosi individu terbabit semakin teruk.”
Baru-baru ini, video sekumpulan wanita mendapatkan suntikan vitamin C di dalam kereta untuk tujuan memutihkan kulit menjadi tular di Twitter.
Tindakan sekumpulan wanita ini mengundang pelbagai reaksi termasuk pakar perubatan yang rata-ratanya mengkritik tindakan itu.
Dapatkan khidmat pakar
Suhaimi berkata, sekiranya seseorang mahu mencantikkan diri, dia perlu mempunyai kemahiran terhadap kandungan produk selain mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.
“Jangan mudah terpedaya dengan iklan dan tawaran produk yang mengatakan boleh buat begitu, begini kerana berkemungkinan tanpa sedar kandungan yang digunakan memberi kesan negatif pada jangka masa panjang,” katanya.
Pakar Perunding Pembedahan Rekonstruktif dan Plastik Dr Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad memandang serius terhadap penjualan produk kecantikan yang diragui keselamatannya.
“Internet harus digunakan dengan bijak dengan mencari maklumat mengenai kandungan produk yang digunakan oleh sesebuah jenama kerana terdapat banyak penjelasan untuk mengetahui kesan sampingan,” kata doktor pakar di Hospital Pakar Avisena, Selangor itu kepada MalaysiaNow.
“Sekiranya masih berasa ragu-ragu, boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar di klinik atau hospital.”
Katanya, ini disebabkan terdapat latihan khusus dan pentauliahan bagi anggota perubatan yang ingin terlibat dalam pembedahan rekonstruktif dan plastik.
“Sekiranya ingin medapatkan sebarang rundingan, pesakit seharusnya bertemu dengan pakar perubatan yang memiliki sijil Letter of Credentialing & Privileging (LCP) untuk menjalankan prosedur dan rawatan estetik selain disahkan oleh kementerian kesihatan Malaysia.”
Wan Syazli berkata, walaupun kos rawatan doktor tidak bertauliah lebih murah dan dianggarkan sekitar RM300 hingga RM400, ia akan mendatangkan kesan jangka panjang.
“Saya mempunyai pengalaman di mana pesakit datang mendapatkan rawatan di hospital selepas berlaku komplikasi dan teruk kesan daripada mendapatkan khidmat doktor yang tidak memiliki sijil LCP.
“Walaupun memiliki kepakaran dalam bidang estetik, tetapi saya kerap menasihati pesakit agar mendapatkan maklumat terperinci sebelum membuat sebarang keputusan, ini penting kerana mereka perlu memiliki pengetahuan,” katanya yang pernah mendapat latihan estetik di Korea Selatan.
Katanya, kesedaran terhadap penampilan fizikal menyebabkan golongan lelaki turut mendapatkan rawatan tersebut selain kebanyakan wanita yang berusia antara 20 hingga 60 tahun.
Perunding kecantikan bebas produk kecantikan Mary Kay, Qathrunnada Mahmud berkata, ramai wanita menjadi mangsa penyalahangunaan produk kecantikan.
“Kita faham setiap wanita ingin kelihatan cantik, tetapi perlu seiring, maknanya nak cantik pun kena ada ilmu,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Jangan main hentam kromo saja sehingga membahayakan nyawa sendiri, perbuatan itu adalah sesuatu yang tidak sihat dan menjadi satu obsesi terlampau”.
Katanya, adalah penting untuk melakukan kajian dan mendapatkan nasihat daripada pakar sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan.
“Ini kerana lambakan produk segera amat bahaya serta disebabkan itu perlunya ada perlindungan diri kerana fizikal luaran dan dalaman adalah penting untuk kesihatan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/bahayakan-diri-untuk-nampak-sempurna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teknologi Bantu Dekatkan Jodoh 10 Artis Ini Temukan Pasangan Hidupnya Berkat Media Sosial

Teknologi Bantu Dekatkan Jodoh 10 Artis Ini Temukan Pasangan Hidupnya Berkat Media Sosial

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 202 hits
Terbaru ada Ustaz Syam yang mempersunting selebgram Jihan Salsabila setelah berkenalan lewat aplikasi TikTok
China Panggil Duta Uk Berhubung Artikel Di Media Sosial

China Panggil Duta Uk Berhubung Artikel Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 182 hits
China panggil duta UK berhubung artikel di media sosial nbsp Dikemas kini 37 saat yang lalu Diterbitkan pada 10 Mar 2021 7 3
Hiburan Jangan Nilai Dari Pengaruh Di Media Sosial Sahaja Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

Hiburan Jangan Nilai Dari Pengaruh Di Media Sosial Sahaja Hattan Nasihat Penyanyi Supaya Belajar Vokal

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 223 hits
Disebabkan oleh pelbagai isu yang timbul ketika acara muzik tahunan baru baru ini Datuk Hattan telah bersuara dan menyeru penerbit Anugerah Juara Lagu supaya mengambil serius kredibiliti pertandingan berkenaan yang kini sudah pun menjangkau...
Kedapatan Menjajakan Diri Saat Pandemi 10 Psk Dibawa Ke Panti Sosial Di Solo

Kedapatan Menjajakan Diri Saat Pandemi 10 Psk Dibawa Ke Panti Sosial Di Solo

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 253 hits
Kapolresta Surakarta Kombes Pol Ade Safri Simanjuntak mengatakan 10 PSK ditangkap dari 3 lokasi berbeda di Kecamatan Laweyan Seluruh PSK yang ditangkap dibawa ke Panti Pelayanan Sosial Wanita Wanodyatama Jongke Laweyan Solo
Video Aksi Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Jadi Hero Selamatkan Mangsa Cuba Bunuh Diri Terima Pujian Ramai

Video Aksi Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Jadi Hero Selamatkan Mangsa Cuba Bunuh Diri Terima Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 451 hits
199 total views 199 views today Semalam tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang remaja perempuan cuba terjun dari jejambat di kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak berhampiran Bukit Tinggi Bentong Sering ditegur kerana ker...
Pelbagai Komen Kritikan Di Lempar Netizen Di Media Sosial Terhadap Nyanyian Nabila Razali

Pelbagai Komen Kritikan Di Lempar Netizen Di Media Sosial Terhadap Nyanyian Nabila Razali

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 376 hits
PETALING JAYA Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali Demikian antara komen netizen selepas menonton persembahan Nabila mendendangkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF di pentas Anugerah Juara Lagi...
6 Do And Dont S Membuat Konten Media Sosial Untuk Bisnis Katanya Mau Jualan Laris

6 Do And Dont S Membuat Konten Media Sosial Untuk Bisnis Katanya Mau Jualan Laris

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 225 hits
Jangan buang buang energi untuk mengunggah foto yang terlalu banyak tanpa tahu triknya
Kahwin Lain Lagi Baik Status Media Sosial Suami Sebenarnya Dera Isteri Hubungi Talian Nur

Kahwin Lain Lagi Baik Status Media Sosial Suami Sebenarnya Dera Isteri Hubungi Talian Nur

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 491 hits
Negara kita baru sahaja dikejutkan dengan kejadian menyayat hati apabila polis menemui mayat seorang wanita yang ditanam oleh suaminya sendiri Baca Menerusi tinjauan di sosial media suspek pernah beberapa kali memuatnaik status berkenaan ma...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100