Bahaya Pukul Anak Bawah 3 Tahun Yang Sedang Menangis Dia Sedang Berperang Dengan Emosinya
Bila anak kecil anda 0-3 tahun membuat perangai…menangis kuat, melembik atau mengeraskan badan, mengamuk kerana mahukan sesuatu atau tiba-tiba dia meragam dan ADA ORANG MENYURUH ANDA MEMUKULNYA…USAH diikutkan permintaan mereka itu dan USAH TERTEKAN dengan kata-kata mereka.
Kenapa?
Kerana ketika anak anda mengamuk, dia sedang berperang emosinya, ibarat lemas dalam perasaannya…memukul anak itu tidak akan membawa apa-apa kesan baik. Malah kesan buruklah yang bakal datang.
Bawa anak itu ke tempat yang lebih tenang dan tenangkan dia. Basuhkan muka dan kepalanyanya perlahan-lahan dan bacakan doa-doa menenangkannya.
Jika orang itu menyuruh anda memukul anak itu supaya nanti anak itu tidak naik kepala dan jadi degil serta sebagainya..senyum sahaja dan di dalam hati berdoalah supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang itu.
Kita orang dewasa, kita diberi Allah kekuatan dan kuasa keatas anak kecil. Dan ingatlah dengan kuasa dan kekuatan datangnya tanggungjawab. Kita bertanggungjawab memberikan anak itu rasa selamat di dunia ini dan dikasihi bukan dibenci.
Anak-anak kecil ini memerlukan timbang rasa dan kasih-sayang serta contoh yang baik daripada kita orang dewasa dan bukan punca menjadikan mereka itu manusia yang membenci anak-anak kecil bila mereka dewasa nanti.
Bagi mereka yang suka sangat menyuruh ibu bapa muda memukul dan menjerkah anak kecil mereka yang sedang meragam itu…sudah sudahlah tu…berhentilah memberi ibu bapa itu lagi stress.
Bantu ibu bapa itu untuk menenangkan anak mereka dengan anda menenangkan ibu bapa itu dengan memberi semangat bahawa dia boleh bersabar dan bukan memberi mereka berasa tertekan dan serba salah dengan paksaan anda.
Salam Sayang
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Bahaya Pukul Anak Bawah 3 Tahun Yang Sedang Menangis, Dia Sedang Berperang Dengan Emosinya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bahaya-pukul-anak-bawah-3-tahun-yang-sedang-menangis-dia-sedang-berperang-dengan-emosinya/