Bahaya Lemas Boleh Rosak Otak Anak Elak Biar Anak Mandi Sendiri Tanpa Pengawasan


Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala, murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang dewasa.

Tanda & gejala
Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran.
Komplikasi
Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.
Rawatan
Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Jika kanak-kanak tersebut tidak bernafas, mulakan langkah-langkah pertolongan cemas.
Semasa di hospital, kanak-kanak tersebut akan diperiksa untuk mengesan komplikasi. Penjagaan kanak-kanak bergantung kepada tahap keseriusan lemas seperti:
Bantuan penafasan melalui oksigen Mengurangkan tekanan dalam perut dengan menggunakan tiub supaya paru-paru boleh berkembang Memastikan kandungan glukos dan oksigen yang cukup di otak bagi mengurangkan kerosakan otak kekal Rawatan-rawatan terhadap komplikasi dan kecederaan yang lain
Pencegahan
Di rumah
Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika bermain di tepi sungai/parit/kolam.
Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan/tanpa pengawasan. Jika anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda.
Kosongkan bekas air atau timba jika tidak digunakan. Terbalikkan bekas air atau timba yang kosong.
Tutup takungan/bekas air samada di dalam atau di luar rumah.
Di kolam renang
Nasihatkan anak anda agar tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada dalam air.
Pastikan terdapat pengawal keselamatan yang berkelayakan bertugas semasa berenang. Sekiranya tiada, jangan biarkan anak anda berseorangan.
Pagarkan kolam renang rumah anda.
Gunakan pelampung semasa berenang atau semasa berada di atas bot/skuter air/papan luncur.
Gunakan topi renang semasa berenang bagi mengelakkan rambut tersedut ke dalam saluran penyedut yang terdapat dalam kolam renang.
Pastikan saluran penyedup kolam ditutup bagi mengelakkan sedutan berlaku.

Kawasan Takungan Air yang Lain
Ajar anak kecil /remaja anda mengenai tanda-tanda bahaya jika berenang di kawasan larangan tanpa pengawasan orang dewasa. Nasihatkan anak-anak remaja jangan menerima cabaran daripada kawan-kawan.
Beri amaran bahaya bermain berhampiran parit / longkang yang besar.
Pelajarilah cara-cara pemulihan pernafasan resusitasi jantung.
Peraturan-peraturan berenang yang perlu dipatuhi oleh anak anda :
Pastikan kanak-kanak berenang bersama kawan-kawan atau ibubapa. Jangan terjun menjunam ke dalam air. Jangan menolak atau terjun ke atas orang lain. Bersedia dalam apa jua keadaan kecemasan. Kredit: MyHealth

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Bahaya Lemas, Boleh Rosak Otak Anak! Elak Biar Anak Mandi Sendiri Tanpa Pengawasan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahaya-lemas-boleh-rosak-otak-anak-elak-biar-anak-mandi-sendiri-tanpa-pengawasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Budaya Apakah Ini Netizen Dakwa Nampak Botol Arak Azhar Sulaiman Dikecam Biar Anak Parti Dalam Rumah

Hiburan Budaya Apakah Ini Netizen Dakwa Nampak Botol Arak Azhar Sulaiman Dikecam Biar Anak Parti Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 170 hits
Pelakon sekali lagi menjadi mangsa kecaman warga maya apabila dia dilihat membenarkan anak perempuannya mengadakan parti di rumah Apa yang menarik perhatian warga maya adalah apabila video yang dimuat naik Azhar Sulaiman turut memperlihatka...
Kena Bagi Suami Mandikan Anak Anak Sambil Istighfar Boleh Kuatkan Bonding Anak Ayah

Kena Bagi Suami Mandikan Anak Anak Sambil Istighfar Boleh Kuatkan Bonding Anak Ayah

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 151 hits
Mandikan anak kebiasaanya tugas si ibu Namun tak salah jika tugas mandikan anak diambil alih oleh golongan ayah Banyak manfaatnya jika ayah selalu mandikan dan siapkan anak bukan hanya bonding yang baik malah anak mudah mendengar kata Kredi...
Ubah Cara Kita Puji Anak Silap Puji Boleh Jadi Pujian Toksik

Ubah Cara Kita Puji Anak Silap Puji Boleh Jadi Pujian Toksik

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 200 hits
Siapa sangka pujian seperti Pandainya kakak Bijak anak mama ni Boleh jadi pujian yang TOKSIK Terkejut juga masa awal awal belajar dulu Baca tweet dari Psikologis Akif Basri ni Kita akan faham kenapa Cara pujian macam kat atas tu memberi 3 i...
Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 251 hits
Ketika dalam keadaan kecemasan kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan Dalam sesetengah kes mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan Seperti yang ...
Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur Banyak Anak Boleh Belajar

Tak Perlu Rimas Bawa Anak Sekali Masuk Dapur Banyak Anak Boleh Belajar

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 246 hits
Kita rasa kerja kita jadi lambat bila bawa anak sekali masuk dapur Kerja memasak yang sepatutnya cepat jadi lambat gara gara bantuan anak Salah tu Dalam kita mendidik anak ada baiknya kita bawa anak sekali untuk meneroka apa yang ada diseke...
Dia Ada Hidupnya Sendiri Honey Lee Enggan Dedah Wajah Anak Atas Sebab Ini

Dia Ada Hidupnya Sendiri Honey Lee Enggan Dedah Wajah Anak Atas Sebab Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 167 hits
Umum pasti mengetahui bahawa Honey Lee telah selamat menjadi ibu kepada cahaya mata pertamanya pada Jun lalu ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Honey Lee telah melancarkan satu video baru di saluran YouTubenya di mana dia menjawab beberapa soa...
Control Emosi Tak Perlu Fikir Hal Remeh Dapat Elak Marah Anak Kita Tak Stres

Control Emosi Tak Perlu Fikir Hal Remeh Dapat Elak Marah Anak Kita Tak Stres

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 239 hits
Tak dinafikan kadang kadang bila dah terlalu penat ibu ayah akan cenderung untuk lekas marah dan melampiaskan segala perasaan itu pada anak anak Kasihan juga anak bila mereka tak tahu apa apa tetapi dimarahi teruk Tugas kita adalah untuk me...
Elak Kebencian Kaum Agama Meresap Dalam Anak Muda Ambil Perhatian Titah Sultan Nazrin

Elak Kebencian Kaum Agama Meresap Dalam Anak Muda Ambil Perhatian Titah Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 160 hits
AKMAL MANAFNaib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan bahawa pentingnya titah Sultan Perak berkaitan aktiviti meracuni emosi rakyat dengan kebencian kaum dan agama diambil perhatian Menurutnya seluruh ra...
Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Anggota Fru Kemalangan

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Bayou Lagoon Park Resort

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aglio Olio Di London

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Aroma Diffuser Baru

Tak Sangka Cara Ni Boleh Elak Pedih Mata Bila Potong Bawang

Gaji Elaun Ahli Parlimen Cecah Rm25 000 Sebulan Masih Tak Cukup Lagi Ke

Pasaran Mencapai Kejayaan Besar