Bahasa Untuk Semua


 
Ada pertanyaan yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini secara terang atau secara ‘bunga-bunga’ membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini berikutan operasi papan tanda yang dijalankan baru-baru ini. Pertanyaan berbunyi adakah DBKL rasis?
Dalam cuba mencari jawapan kepada pertanyaan itu perlu ditanya apa sebenarnya yang DBKL lakukan dan ke atas siapa? Butiran agak samar-samar.
Ada pihak kata sasarannya ialah premis milik peniaga Cina yang tidak guna bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan, ertinya papan tanda guna bahasa Cina sahaja. Tapi kata Ahli Lembaga Penasihat DBKL Andre Lai, operasi DBKL mensasarkan papan tanda haram atau illegal signage. Bukan hanya membabitkan penggunaan bahasa Cina. Jadi kalau ikut apa yang Lai katakan tiada elemen ras.
Namun dakwa Timbalan Ketua Pemuda MCA Chong Yew Chuan banyak papan tanda di Kuala Lumpur yang memberi keutamaan kepada bahasa Inggeris dan bahasa lain. Tidak pula disebut apa bahasa lain itu. Apa pun beliau persoal mengapa hanya kedai berpapan tanda Bahasa Cina yang disasar. Secara spesifik beliau merujuk lima kedai.
Bagi saya jika DBKL mengambil tindakan ke atas peniaga atau pemilik premis yang tidak guna bahasa Melayu pada papan tanda mereka, DBKL sekadar menjalankan tugas berpandukan peraturan. Bukan tindakan rasis. Semua maklum penggunaan bahasa Melayu wajib sebab bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.
Bagaimanapun bagi premis yang untuk sekian lama sudah memaparkan tulisan Cina di atas tiang atau dinding kedai tidaklah perlu diarah mengalih atau memadam tulisan. Ini bagi saya ada elemen artistik. Setuju atau tidak terserah kerana saya bercakap mengenai bangunan rumah kedai wujud sebelum Merdeka atau didirikan pada tahun-tahun awal kemerdekaan.
Apa lagi jika tindakan diambil ke atas premis yang walaupun bertiang bahasa Cina tetapi tetap punya papan tanda bahasa Melayu sebagai sampingan. Kalau ada isu pun mungkin soal tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Jika begitu keadaannya arahan untuk perbetul keadaan boleh dikeluarkan di samping ‘sedikit’ denda kerana tidak ikut specs in the first place. Sudah memadai.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan lantas wajib difahami dan digunakan oleh setiap rakyat tanpa ambil kira bangsa, agama dan keturunan. Orang bukan Melayu janganlah kaitkan bahasa nasional dengan orang Melayu secara khusus meskipun ia bahasa Melayu. Orang Melayu jangan pula menganggap bahasa Melayu khas bahasa mereka sahaja. Dalam konteks bahasa nasional, bahasa kebangsaan bahasa kita semua.
Saya ada baca dalam ruang komen untuk pembaca portal berita dalam talian yang walaupun tidak dinamakan saya percaya orang yang buat komen bukan orang Melayu. Sebenarnya ia merupakan pertanyaan. Beliau bertanya bolehkah guna bahasa kebangsaan jika yang ingin diiklankan di atas papan sesuatu yang haram untuk orang Melayu yang sememangnya beragama Islam. Tidakkah nanti akan menimbulkan kemarahan orang Melayu-Islam?
Satu soalan yang bagus saya kira walaupun si penanya jelas mengaitkan bahasa kebangsaan dengan bahasa Melayu. Contoh untuk uar-uarkan perkhidmatan di rumah urut. Ini rumah urut yang pelanggan bukan diurut secara tradisional. Body massage di sini punya maksud tersendiri. You know what I mean.
Jika menggunakan bahasa kebangasaan mesejnya ditujukan kepada semua rakyat yang faham bahasa kebangsaan, bukan ditujukan khas untuk orang Melayu. Jika ada orang Melayu yang mahu diurut disitu itu soal lain. Bagaimana rumah urut seperti itu wujud di negara ini itu pun soal lain.
Soalnya orang Melayu jangan pula sensitif dan marah dengan adanya papan tanda berkenaan. Ia ditujukan untuk semua rakyat yang wajib faham dan fasih bahasa kebangsaan.
Oleh itu jika ada iklan yang melaungkan penjualan roti babi, janganlah orang Melayu sakit hati pula. Ia ditujukan kepada orang yang boleh makan roti itu.
Bahasa kebangsaan untuk semua. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/bahasa-untuk-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abdullah Bin Hudzafah As Sahmi Semua Sahabat Menciumnya

Abdullah Bin Hudzafah As Sahmi Semua Sahabat Menciumnya

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 284 hits
Abdullah bin Hudzafah as Sahmi adalah seorang sahabat yang namanya tercatat dalam sejarah sebagai utusan Rasulullah untuk Kisra Persia Ia juga berinteraksi langsung dengan Kaisar Romawi Aksinya yang heroik membuat Kaisar membebaskan pasukan...
Bantu Golongan Asnaf Keluar Kemiskinan Maiwp Tawar 38 Skim Bantuan Lengkap Untuk Semua

Bantu Golongan Asnaf Keluar Kemiskinan Maiwp Tawar 38 Skim Bantuan Lengkap Untuk Semua

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 199 hits
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa tekun dalam memastikan para penerima mendapat bantuan khususnya yang berada di bandar dalam mendepani cabaran kos sara hidup sekarang Susulan itu MAIWP telah menyediakan 38 skim bantuan zakat ...
Luna Maya Lakukan Babak Intim Dalam Main Api Semua Di Set Penggambaran Macam Tak Percaya

Luna Maya Lakukan Babak Intim Dalam Main Api Semua Di Set Penggambaran Macam Tak Percaya

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 204 hits
Luna mengakui rasa risau untuk melakonkan babak panas kerana dianggap sensitif dan berisiko tinggi Namun dia menjelaskan bahawa adegan tersebut dirancang dengan teliti menggunakan teknik tertentu untuk memastikan semuanya berjalan lancar 82...
Talibarut Barua Dan Boneka Semua Dalam Pn

Talibarut Barua Dan Boneka Semua Dalam Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 146 hits
Zuwairi Md YusofPN Talibarut CHINA PAS Barua Komunis BERSATU Boneka Pasir Mas desak siasatan dan penjelasan kehadiran tentera China Pasir Mas bersama Wan Ahmad Fayshal hadir di Dewan Konvensyen Parti Komunis China di Shanghai Sempat desak C...
Semua Orang Diberi Modal Untuk Berubah Terpulang Samada Nak Belanjakannya Atau Tidak

Semua Orang Diberi Modal Untuk Berubah Terpulang Samada Nak Belanjakannya Atau Tidak

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 225 hits
Saya yakin anda tentu mahukan perubahan berlaku kepada diri atau kepada kehidupan daripada buruk kepada baik atau dari baik kepada lebih baik Itu yang semua orang cari Itu juga sebab utama kenapa sering berlaku hanya tubuh badan sahaja hadi...
Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 228 hits
Teringat dulu dulu makan cendawan butang yang tumbuh dalam kebun kelapa sawit Memang sedap goreng saje atau buat sup sampai hari ni terbayang kesedapannya Ada juga cendawan yang boleh tumbuh dari tandan sawit yang mereput Namanya Volvariell...
Semua Ni Sebab Chagee

Semua Ni Sebab Chagee

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 282 hits
Semua ni sebab Chagee Hari sabtu yang lepas nieyl ambil peluang untuk pergi try buat laser upperlips dekat SPA kecantikan di Putrajaya Selesai urusan dekat situ anak buah nieyl yang si Bella ni sibuk ajak pergi beli Chagee sebab kata dia ma...
Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur Kronik Secara Semulajadi

Happy 12th Birthday Aril

Cara Membuat Dan Menyimpan Cili Kisar Dan Bawang Merah Supaya Tahan Lama

5 Laptop Murah Bawah Rm1500 Untuk Pelajar Di Malaysia

Rmk13 Jadi Pemacu Atasi Cabaran Ekonomi Dokumen Teras Laksana Ekonomi Madani Pm Anwar

Tiada Keperluan Ambil Kenyataan Pm Siasatan Kes Yusoff Rawther Akan Diteliti Semula Kpn