Bahan Bacaan Digital Picisan Rosakkan Masyarakat Pm


KUALA LUMPUR, 13 FEB: Sumber pembacaan terlalu banyak menerusi arus digital tanpa sekatan, boleh menjadi gelanggang menyebar berita palsu dan lain-lain kandungan sehingga merosakkan masyarakat, kata perdana menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata di sinilah kerajaan dan semua pihak berdepan cabaran pembacaan hari ini dalam membezakan mana yang benar dan palsu, sama ada (kandungan bahan bacaan) yang dihasilkan melalui kajian atau yang dicipta secara picisan.
Katanya, satu cabaran hari ini untuk menggalakkan budaya membaca adalah pengaruh digital ke atas masyarakat begitu besar sehingga sumber pembacaan tradisional seperti surat khabar dan buku-buku semakin diketepikan.
“Banyak syarikat akhbar terpaksa gulung tikar kerana jualan merosot manakala buku-buku tinggal mengumpul debu di perpustakaan atau di atas rak. Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat sudah berhenti membaca. Yang berubah ialah sumber pembacaan.
“Malahan, hari ini hampir kesemua akhbar mempunyai versi digital dan buku-buku juga diterbitkan secara digital. Dari segi itu, pembacaan masih kekal sebagai satu budaya,” katanya dalam ucapan melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dekat sini hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut hadir pada majlis itu.
Menyentuh mengenai kepentingan budaya membaca, Dr Mahathir menegaskan ia adalah suatu amalan pemerolehan dan pengukuhan ilmu pengetahuan yang merupakan asas kepada pembangunan diri manusia.
Jelas beliau, melalui amalan membaca seseorang itu bukan sahaja kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan berkebolehan menyampaikan ilmu pengetahuan tersebut dengan baik dan berkesan.
Katanya dari segi sains, amalan membaca menjad satu daripada kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan di samping berkeupayaan memperkuat rangkaian otak manusia serta mampu merangsang pembinaan rangkaian saraf yang baharu.
“Dan jika kita membaca sesuatu berulang kali, apa yang kita baca itu akan lebih lekat di dalam ingatan dan tidak mudah dilupakan. Pembacaan yang banyak juga dapat mempertingkatkan kecerdasan emosi (EQ) dan tahap kecerdasan intelektual (IQ) seseorang.
“Kedua-dua unsur kecerdasan ini amat penting bagi membolehkan seseorang itu menguasai pelbagai keadaan dan merebut peluang yang ada bagi pembangunan diri,” katanya.
Bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan, Dr Mahathir berkata program pembudayaan amalan membaca perlulah disusun secara sistematik dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.
Menurutnya, program sedemikian hendaklah diadakan secara berterusan dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan seterusnya menjadi pemangkin dan tonggak kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
“Untuk mencapai tujuan ini, kita perlu memastikan industri buku di negara kita berdaya saing dan dapat memenuhi kehendak pembaca khususnya sebagai persediaan kita mengharungi Revolusi Industri 4.0.
“Bagi membudayakan amalan membaca ini, usaha untuk menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti dan memenuhi keperluan negara memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah golongan penulis, editor dan penerbit buku yang perlu dilibatkan secara aktif dalam inisiatif ini,” katanya.
Selain itu, katanya, daya beli dalam kalangan masyarakat juga perlu diambil kira dalam usaha mewujudkan pasaran buku yang kompetitif dan mampu dibeli selain memastikan kebolehcapaian masyarakat kepada bahan bacaan tersebut.
DMK adalah inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara yang antara lain akan memantapkan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif selaras hasrat menjadikan Malaysia negara membaca dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Melalui slogan #MalaysiaMembaca, DMK anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia itu memberi fokus untuk meningkatkan jumlah pembacaan, jumlah pembaca dan sasaran pembaca yang lebih menyeluruh serta melalui penglibatan semua peringkat masyarakat.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/bahan-bacaan-digital-picisan-rosakkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Imbau Masyarakat Tak Ikut Skullbreaker Challenge Ada Ancaman Pidana

Polisi Imbau Masyarakat Tak Ikut Skullbreaker Challenge Ada Ancaman Pidana

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 258 hits
Media sosial kembali dikejutkan dengan tren challenge baru Kali ini giliran Skullbreaker Challenge Aksi tersebut dilakukan oleh 3 orang dengan cara berbaris Ketika orang yang di tengah melompat kedua rekannya akan menjegal kaki tersebut hin...
Sikap Abam Buka Minda Masyarakat Eddie Hamid

Sikap Abam Buka Minda Masyarakat Eddie Hamid

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 346 hits
PENGLIBATAN artis dalam kerja amal bukan bertujuan untuk berlagak atau meraih populariti kata komposer terkenal tanah air Eddie Hamid Eddie Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Adenan berkata demikian bagi mengulas pujian masyarakat terha...
Selangor Tidak Pinggirkan Masyarakat Melayu Luar Bandar Mb

Selangor Tidak Pinggirkan Masyarakat Melayu Luar Bandar Mb

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 297 hits
SHAH ALAM 16 FEB Kerajaan Negeri tidak sesekali meminggirkan kepentingan masyarakat Melayu luar bandar dalam agenda pembangunan selaras dengan aspirasi Selangor Maju Bersama kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata kelompok ...
Sarip Tambak Oso Legenda Masyarakat Sidoarjo Yang Diyakini Ada Di Dunia Nyata

Sarip Tambak Oso Legenda Masyarakat Sidoarjo Yang Diyakini Ada Di Dunia Nyata

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 467 hits
Legenda atau cerita yang dipercaya terus menerus dalam masyarakat menjadi bukti kesatuan dan keabsahan suatu daerah Sarip Tambak Oso ialah legenda yang masyhur di Sidoarjo dan kemudian juga Jawa Timur
Melihat Kehidupan Orang Samin Masyarakat Adat Yang Tinggal Di Pedalaman Blora

Melihat Kehidupan Orang Samin Masyarakat Adat Yang Tinggal Di Pedalaman Blora

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 366 hits
Sebagai salah satu kelompok masyarakat yang tinggal di pedalaman Blora Jawa Tengah masyarakat Samin teguh pada prinsip mereka sendiri Ajaran itu disebarkan oleh Samin Surosentiko pencetus gagasan Saminisme
Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 336 hits
Khidmat Masyarakat Bersama McDonald s Malaysia Siapa yang tak kenal dengan jenama terkenal McDonald s kan fuh Mamayanie teringat dekat menu prosperity hanya dikeluarkan sewaktu Tahun Baru Cina hihi Ermm sedapnya Ehh Mamayanie bukan nak ceri...
Masyarakat Digesa Budayakan Jaga Kebersihan

Masyarakat Digesa Budayakan Jaga Kebersihan

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 319 hits
Oleh Saifullah JusohBESUT 14 Februari Masyarakat digesa membudayakan amalan menjaga kebersihan pada setiap masa bagi memastikan sentiasa bersih dan terjaga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Haji Azbi Salleh berkata teruta...
Pakatan Nasional Berbahaya Kepada Masyarakat Guan Eng

Pakatan Nasional Berbahaya Kepada Masyarakat Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 386 hits
Oleh Zanariah Abd MutalibSETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng Foto Mohamad Shahril Badri SaaliKUALA LUMPUR Penubuhan Pakatan Nasional yang dikatakan akan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan melalui pintu belakang berbahaya kepada cara hidup ...
Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 997 hits
Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 Tengah mencari bahan rujukan dan Jika ya tahniah saya ucapkan kepada anda Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan ditempatkan di Jabatan Kemaj...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali