Bahagian 1 Menikmati Keindahan Malam Di Tebingan Sungai Sarawak Kuching


[Catatan Trip Ke Kuching - Hari Pertama | Jumaat, 17 Mei 2024]
Sambungan catatan hari pertama kami berada di Kuching, Sarawak. Kalau ikut itinerari, pada petang hari pertama kami akan menaiki bot menyusuri Sungai Sarawak. Tapi kerana berlaku kelewatan penerbangan, juga tambahan masa di lapangan terbang bagi urusan laporan barang hilang dalam check-in baggage dan hal kerja Encik Suami yang perlu diselesaikan, maka terpaksalah saya melupakan hasrat tersebut

Walaupun begitu, kami masih boleh menikmati suasana malam di tebingan Sungai Sarawak yang begitu meriah dan mempesona dengan pelbagai tarikan

Kami keluar dari hotel penginapan kira-kira 6.30 petang. Kalau di Semenanjung Malaysia waktu begini masih siang, tetapi di Sarawak sudah pun hampir masuk waktu Maghrib. Kami menuju ke sebuah masjid yang juga merupakan salah satu tarikan di tebingan Sungai Sarawak


⏵ MASJID INDIA BANDAR KUCHING @ MASJID TERAPUNG KUCHING
Masjid India Bandar Kuching atau dikenali sebagai Masjid Terapung Kuching yang bernilai RM21 juta ini telah dirasmikan pada Mac 2019. Mengapa namanya Masjid India? Ia berkaitan sejarah masjid tertua di Sarawak, yang dibina pada tahun 1834 oleh pedagang India Muslim.
Seni bina masjid ini cukup menarik. Oleh kerana kami tiba ketika orang ramai berkumpul bagi menunaikan solat Maghrib, maka saya tak merakam foto bahagian hadapan masjid dan bahagian dalam ruang solat

Pemandangan indah bangunan DUN (Dewan Undangan Negeri) Sarawak dan Jambatan Darul Hana yang saya rakam dari bahagian luar tempat wuduk dan tandas perempuan

Gigih saya kembali ke ruangan ini selepas solat demi merakam foto di atas. Memanglah dari sudut mana pun kita masih boleh nampak dua mercu tanda ikonik ini, tetapi sudut yang berbeza akan memberi hasil fotografi yang berbeza

Antara perkara lain yang menarik di dalam masjid ini - terdapat sebuah beduk (gendang besar) dan papan tanda dengan tulisan bahasa Tamil (ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana ini Masjid India)

Masjid di sini juga mengamalkan bacaan Qunut Nazilah untuk rakyat Palestin yang dilakukan pada rakaat terakhir. Tentunya sama seperti masjid-masjid lain di seluruh Malaysia malah mungkin di seluruh dunia, semuanya tak putus berdoa buat Palestin 🇵🇸

⏵  JAMBATAN DARUL HANA
Dari masjid terapung, kami berjalan kaki menyusuri tebingan sungai menuju ke jambatan ikonik - Jambatan Darul Hana. Jambatan pejalan kaki yang dibina dengan kos RM35 juta ini telah dirasmikan pada November 2017. Waktu operasi jambatan ini bermula pada pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja

Jom kita nikmati keindahan malam dari atas Jambatan Darul Hana :
Jambatan berbentuk ‘S’ sepanjang 335 meter yang merentangi Sungai Sarawak ini menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan

Malam yang indah dan meriah dengan kehadiran ramai pengunjung. Sesekali terasa bergoyang juga lantai jambatan apabila ada orang berjalan berhampiran kita

Masya Allah…pemandangan Sungai Sarawak yang mempesona 😍. Tersergam indah Masjid India @ Masjid Terapung Kuching dan tambah menarik dengan kehadiran feri Sarawak River Cruise yang sedang menyusuri sungai

Nun di seberang sungai - Pangkalan Sapi yang juga kelihatan meriah dengan pengunjung. Ada juga yang sedang duduk-duduk di lantai jeti. 
Di penghujung jambatan, tersergam indah bangunan DUN Sarawak. Ramai yang berfoto di sini dengan berlatarkan bangunan gah ini. Seterusnya, kita ke Pangkalan Sapi yang terletak di sebelah kiri


⏵  PANGKALAN SAPI
Meriah suasana di dataran Pangkalan Sapi walaupun tiada sebarang aktiviti khusus di situ. Saya turun ke jeti untuk menikmati suasana sungai Sarawak secara lebih dekat dan memotret keindahan di sini

Dari jeti Pangkalan Sapi kita dapat menyaksikan keindahan masjid terapung dari sudut berbeza. Foto di atas, saya zoom-in kamera jadi nampak macam sangat dekat feri dan masjid

Walaupun suasana sekitar meriah, tetapi berada di sudut jeti ini saya rasa lebih tenang. Mungkin kerana kedudukan saya yang begitu dekat dengan permukaan sungai. Ditambah pula dengan alunan azan Isyak yang sedang berkumandang, kedengaran bersahutan dari dua atau tiga buah masjid/surau berhampiran menjadikan suasana begitu menyenangkan

Setelah puas menikmati suasana di sini, kami kembali menaiki Jambatan Darul Hana untuk berpatah balik ke seberang sungai. Kami nak menikmati suasana di sepanjang laluan pejalan kaki Kuching Waterfront pula

InsyaAllah catatan bersambung pada bahagian 2









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/06/bahagian-1-menikmati-keindahan-malam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Menikmati Keindahan Telaga Saat Bogor Hulu Sungai Ciliwung Yang Menyejukkan

Foto Menikmati Keindahan Telaga Saat Bogor Hulu Sungai Ciliwung Yang Menyejukkan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 168 hits
Dibuka sebagai tempat wisata sejak 2019 Telaga Saat menawarkan panorama alam yang menakjubkan dan suasana yang menyejukkan
Laksa Sarawak Tumpik Dan Linut Di Dapur Melanau Kuching

Laksa Sarawak Tumpik Dan Linut Di Dapur Melanau Kuching

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 353 hits
Catatan Trip ke Kuching Hari Pertama Jumaat 17 Mei 2024 Menyambung catatan pada hari pertama kami berada di Kuching Sarawak Petang tersebut kami ke restoran Dapur Melanau bagi mencuba sendiri hidangan tradisional masyarakat Melanau Makanan ...
Naik Bot Kat Sungai Melaka

Naik Bot Kat Sungai Melaka

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 278 hits
Assalammualaikum Dunia Tahun nie entah macam mana lar Teringin nak ghase naik Bot Heheee Kat Melaka jew View waktu malam Sungai Melaka Nak pi beli ticket Jalan wak Adeiii Sib baik ade angin Bot yang lalu lalangNampak tak pintu gerbangIni pu...
Apabila 15 000 Ikan Arowana Terlepas Kawasan Anak Sungai Dan Parit Ini Yang Terjadi

Apabila 15 000 Ikan Arowana Terlepas Kawasan Anak Sungai Dan Parit Ini Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 358 hits
BuletinTV3Penduduk berpesta tangkap lebih 15 000 ikan ArowanaSIMPANG RENGGAM Ribuan ikan spesis arowana ditemui dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam sejak semalam Ikan hiasan bersisik emas dan putih...
Pas Identifies Candidate For Sungai Bakap By Election

Pas Identifies Candidate For Sungai Bakap By Election

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 257 hits
Pas has identified a candidate to represent Perikatan Nasional to defend its state seat in the upcoming Sungai Bakap by election Pas vice president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said that the party had delegated the final decision on candida...
Umno Won T Demand Sungai Bakap Seat Says Nibong Tebal Chief

Umno Won T Demand Sungai Bakap Seat Says Nibong Tebal Chief

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 366 hits
Umno will not insist on contesting the Sungai Bakap state seat in the coming by election but will continue to support Pakatan Harapan out of respect for its coalition partner Nibong Tebal division chief Rashidi Zinol says Rashidi said PH is...
Man Killed By Lightning In Sungai Petani

Man Killed By Lightning In Sungai Petani

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 195 hits
SUNGAI PETANI A 31 year old local man has been killed by lightning in Kampung Baru Pulau Tiga Sungai Layar near here Kuala Muda district police chief ACP Wan Azharuddin Wan Ismail said the victim Mohammad Shahrim Sheh Ali was sitting on a s...
Seorang Lelaki Di Khuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Sungai Pahang Di Kampung Ceruk Puting

Seorang Lelaki Di Khuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Sungai Pahang Di Kampung Ceruk Puting

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 494 hits
TEMERLOH Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Pahang dalam kejadian di Kampung Ceruk Puting dekat sini pagi tadi Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas di Kampung Ceruk Puting Sungai Pahang dekat sini pada ja...
Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam

Jersi Ltdl 2025 Petronas Kbs Bubbles O2 Rakan Muda

Axthara Di Alunan Rindu Chord

House Tao By Hw Studio A Quiet Concrete Sanctuary In Puerto Vallarta

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines