Bagi Mahathir Ini Adalah Kerajaan Mahathir Anwar Bagi Anwar Ini Adalah Kerajaan Anwar Mahathir




Baru-baru ini beberapa pihak telah mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menjadi punca masalah yang dihadapi Pakatan Harapan (PH). 


Walaupun beliau tidak sempurna, tidak tepat untuk melabel beliau sebagai penghalang agenda reformasi.


Keputusan bersejarah bekas parti pembangkang untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir dibuat berdasarkan pertimbangan berikut:


Dengan penyatuan perdana menteri ketika itu, Najib Razak dan PAS menjadikan pertembungan tiga penjuru yang menguntungkan BN, agak mustahil PH untuk menang di peringkat persekutuan pada PRU ke-14 jika tidak membentuk pakatan dengan Bersatu yang dipimpin Dr Mahathir.


Mengimbas semula Mac 2014, Najib Razak telah mula menarik PAS dalam genggaman Umno. 


Pada Februari 2015, Anwar Ibrahim dipenjarakan dan tidak lama selepas itu, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pula meninggalkan kita. 


Pada bulan Jun tahun yang sama, golongan konservatif PAS membuat keputusan untuk menolak sepenuhnya golongan progresif dan parti itu berpecah selepas muktamar. 


Mereka yang terus bersama PAS telah bekerjasama dengan Najib. 


Penipuan Najib berdasarkan andaian bahawa undi menolak beliau akan pergi kepada PAS - bukannya PH - dan selepas menang pilihan raya, Umno dan PAS akan bersama-sama membentuk pemerintahan. 


Najib fikir dirinya mampu menang besar walaupun terpalit dengan salah satu skandal rasuah terbesar dalam sejarah.


Tidak dinafikan bahawa perubahan kerajaan pada 9 Mei lalu jelas disebabkan kekecewaan terhadap Najib. 


Namun gabungan pakatan bersejarah antara Mahathir dan Anwar dan kemasukan Bersatu sebagai parti komponen PH, telah mengubah 15 hingga 20 peratus undi Melayu di bahagian pantai barat. 


Ia membolehkan PH mengatasi strategi ‘tiga penjuru’ Najib dan mengambil kuasa daripada BN.


Keputusan parti komponen PH ketika itu - DAP, PKR dan Amanah - untuk membentuk pakatan dengan Bersatu hanya tercapai selepas tempoh masa yang panjang. 


Perbincangan dan rundingan penting pakatan ini ialah:


● 13 Disember 2016: Parti komponen PH yang sedia ada menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Bersatu yang dipimpin oleh Dr Mahathir.


● 27 Mac 2017: Dr Mahathir dan pemimpin Bersatu lain telah menghadiri mesyuarat Majlis Presiden, menandakan Bersatu secara rasminya menjadi ahli keempat PH.


● 14 Julai 2017: Pengumuman penting PH iaitu Dr Mahathir sebagai pengerusi, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan Anwar sebagai ketua umum.


● 7 Januari 2018: Pengumuman menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, Dr Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kelapan, jika PH menang PRU ke-14.


Sejak hari pertama, jelas sekali Dr Mahathir dan pemimpin Bersatu tahu bahawa agak mustahil untuk menjatuhkan kerajaan Najib tanpa pakatan bersama PH.


Keputusan menyertai PH adalah bukti Dr Mahathir dan Bersatu bersetuju bahawa kerajaan baru PH ialah kerajaan Mahathir - Anwar. 


Tanpa Dr Mahathir dan Bersatu atau gabungan PH yang diketuai Anwar, Najib akan terus bebas dan berkuasa.


Dr Mahathir cukup faham bahawa ini kerajaan Mahathir – Anwar, seperti mana Anwar faham bahawa ini kerajaan Anwar – Mahathir.


Pada 4 Mac 2016, Lim Kit Siang telah menerima jemputan Dr Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Deklarasi Rakyat dan ini menandakan permulaan pakatan besar antara DAP dan Dr Mahathir.


‘Gabungan besar’ (grand coalition) merujuk percaturan dua pihak yang tiada kaitan atau berbeza pandangan bersatu menghadapi lawan dan matlamat yang sama.


Bukan mudah untuk dua pihak yang berbeza duduk bersama dan proses ini memerlukan banyak rundingan dan perbincangan. 


Gabungan besar seperti ini mampu menyelesaikan masalah yang selama ini dilihat tidak dapat diselesaikan, selagi ia masih mengekalkan pendekatan kerjasama dan penglibatan, dan saling menghormati.


Kerjasama antara DAP dan Bersatu memerlukan kita melepaskan kecurigaan selama ini dan mengakui perbezaan antara kita. 


Dengan kata lain, kebolehan untuk memimpin penyokong dan memacu arah pembinaan negara, kita mampu bekerjasama dengan erat bagi mencipta lanskap politik yang baru.


Kefahaman yang jelas atas keterangan di atas membolehkan kita maju ke hadapan untuk mencapai impian mereformasi Malaysia, satu langkah pada satu masa.




LIEW CHIN TONG 
Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP merangkap Timbalan Menteri Pertahanan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/adalah-kerajaan-mahathir-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Hadi Dan Anwar Mahathir Lebih Percaya Siapa

Antara Hadi Dan Anwar Mahathir Lebih Percaya Siapa

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 556 hits
SELEPAS SUBUHPertemuan terbaharu Hadi dengan Mahathir WALAUPUN parti agama sering mengubah sikap dan pendirian mereka dan pemimpinnya selalu buat u turn dengan tiba tiba atau bersifat macam ikan keli dalam besen tetapi perubahan sikap terba...
Gerakan Mahathir Untuk Nafikan Anwar Sebagai Pm

Gerakan Mahathir Untuk Nafikan Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 337 hits
Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Hamidah Osman tidak yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Menurutnya ini berdasarkan perkembangan politik sem...
Satu Ketika Dulu Anwar Taruh Mahathir Kaw Kaw

Satu Ketika Dulu Anwar Taruh Mahathir Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 409 hits
You tahu siapa curi Negara punya wang You pun tau Saya kesian juga Dr Mahathir hari hari marah sama saya Antara orang yang paling takut saya jadi Perdana Menteri ialah Mahathir Dia demam tau Kemudian ada orang beritahu Mahathir Anwar mungki...
Anwar Warns Mahathir Not To Interrupt Him When He Becomes Pm

Anwar Warns Mahathir Not To Interrupt Him When He Becomes Pm

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 378 hits
PKR President Anwar Ibrahim reiterated that he supports Dr Mahathir Mohamad s leadership and he will not disrupt his work Speaking at a ceramah in Taman Sri Jenaris last night Anwar stressed that he will not interrupt Mahathir s affairs and...
Dr Mahathir Bimbang Kerajaan Ph Tumbang Dakwa Bn Punca Ph Gagal Tunai Janji

Dr Mahathir Bimbang Kerajaan Ph Tumbang Dakwa Bn Punca Ph Gagal Tunai Janji

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 567 hits
KUALA LUMPUR Rakyat akan menukarkan kerajaan Pakatan Harapan sekiranya gagal memenuhi janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata berdasarkan senario semasa rakyat kini sedang memerhatikan...
Kalau Benar Azmin Bakal Pm Ke 8 Apa Sebab Sebenar Dr Mahathir Reject Anwar

Kalau Benar Azmin Bakal Pm Ke 8 Apa Sebab Sebenar Dr Mahathir Reject Anwar

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 489 hits
Gempar bukan jer kat Malaysia tapi juga kat luar negara yang Datuk Seri Azmin Ali bakal di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri lepas perayaan Tahun Baru Cina nie Walau pun pihak yang terbabit cuba nak menafikan tapi buat kata orang tua2...
Fokus Utama Umno Pas Adalah Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi Pakatan Harapan Tok Mat Hasan

Fokus Utama Umno Pas Adalah Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi Pakatan Harapan Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 924 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Kerjasama UMNO PAS adalah kerjasama dan persefahaman politik yang masih baru Ia belum lagi menjadi satu kerjasama yang formal dan insyallah akan bertumbuh dan mengukuh secara organik sesuai masa Meski...
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pirake Ayer Kuning Tiada Siapa Dapat Mendabik Dada

Yosvany Terry Exploring Afro Cuban Music Traditions

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World