Bagaimana Pakatan Harapan Kembali Setelah Digigit Zombi



Faisal Tehrani
TERDAPAT satu kenyataan dari sekumpulan ahli AMANAH yang mengisyaratkan kesedaran, bahawa Pakatan Harapan perlu keluar dari kemelut kepimpinan. Ini setelah kehuru-haraan yang berlaku ketika pengundian Belanjawan 2021 pada 26 November 2020 yang lalu. Kenyataan sekumpulan anak muda dalam parti AMANAH pada 29 November itu adalah satu petunjuk kuat bahawa ahli merasakan kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Harapan perlu segera berubah. Saya percaya pemberontakan yang sama sedang turut menggelodak dan menjerang dalam parti DAP.
PKR bagaimanapun adalah ‘gone case’.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada mereka di luar politik kepartian (dinamai sebagai pengundi atas pagar) sedang menyaksikan perkembangan ini, dan jika pembangkang berani melakukan perubahan kendiri, terdapat kemungkinan keyakinan pengundi celik politik akan pulih untuk kembali meletakkan pembangkang sebagai kerajaan. Itu pun barangkali hanya dapat berlaku setelah dua penggal lagi. Saat ini, pengundi atas pagar melihat pembangkang dan parti-parti dalam kerajaan tidak ada perbezaan. Ahli politik menurut kami, adalah penggila kuasa.
Terdapat tiga langkah untuk Pakatan Harapan, dalam konteks ini AMANAH dan DAP untuk kembali mendapat keyakinan rakyat di luar parti.
Pertama, akar umbi dalam AMANAH dan DAP hendaklah meninggalkan Anwar Ibrahim. Pakatan Harapan berada dalam keadaan terhenti dan tergendala oleh keinginan Anwar untuk berkuasa sejak beliau keluar penjara dan diampunkan. Kematangan politik untuk memberi khidmat kepada rakyat kelihatan terhakis bukan saja pada parti memerintah, tetapi juga dalam kalangan pembangkang sebaik Anwar bebas.
DAP dan AMANAH jangan menjadi seperti Najib Razak dalam tahun 2017 dan 2018 iaitu bersifat pekak tuli kepada keadaan sebenar dan hanya percaya akan laporan bubble sendiri. PH harus sedar yang Anwar tidak lagi formula dan tawaran menarik untuk rakyat. Menjelang Pilihanraya Umum ke-15 kelak pengundi muda tanpa parti yang tidak ada memori akan Reformasi hujung 1990-an tidak mempunyai apa-apa ‘keterikatan’ kepada Anwar Ibrahim. Sosok ini sepertinya tampang ahli-ahli politik lain telah lama hilang kemilau dan sinar cahaya, mengakibatkan minat dan getar untuk Anwar sudah berakhir. Kejadian di parlimen tempoh hari menguatkan lagi tanggapan bahawa Anwar sudah tidak punya upaya dan hilang bisa. Pendedahan demi pendedahan di media sosial mengenai kecacamarbaan kepimpinan Anwar membuatkan pengundi atas pagar amat berhati tawar.
Justeru, satu cara untuk memulihkan keyakinan rakyat adalah dengan menggantikan Anwar. Jika beliau tidak mahu digantikan, Amanah dan DAP bolehlah meninggalkan dewa PKR tersebut. Tindakan tersebut bukanlah satu khianat. Kita tidak menyimpan daging nanah jika membawa kemelaratan kencing manis. Kita potongkan bahagian busuk itu.
Kedua, akan tetapi, untuk bercerai daripada Anwar bukanlah mudah. Ia seperti terperangkap dalam satu perkahwinan yang buruk, di mana sang suami sering memukul isteri-isterinya. Sang isteri meski didera perlu memakai mekap dan bersolek tersenyum lantas mengiklankan yang rumahtangga mereka itu utuh. Padahal pinggan mangkuk selalu berterbangan. Terdapat banyak bisik dan lapor khabar bahawa Anwar bukan sahaja berkuku di dalam partinya sendiri tetapi juga memasang pemuja tegar dalam parti Amanah dan DAP. Pemuja-pemuja tegar ini menyediakan naratif bahawa Anwar masih dan kekal relevan dalam politik Malaysia. Dalam erti kata lain penagih Anwar ini mengabaikan sama sekali realiti bahawa terdapat lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana yang tidak menganggotai mana-mana parti. Mereka, yang dinamai pengundi atas pagar ini, tidak pun memandang Anwar sebagai penawar.
Pengundi atas pagar hanya memerlukan kualiti kepimpinan yang sederhana. Rakyat Malaysia sedar negara ini tidak berupaya melahirkan pemimpin mendunia seperti Mahatma Gandhi atau Abraham Lincoln, apatah lagi Jose Rizal. Rakyat hanya mahukan seorang tokoh yang menyedari hala tuju negara ini, membawa seluruh negara keluar dari krisis kesihatan, gaduh politik, menjuarai hak asasi dan kembali meletakkan Malaysia sebagai harimau Asia. Buat masa ini, Malaysia adalah harimau lapar Asia yang mengharapkan ihsan Ebit Lew.
Saya percaya kualiti kepimpinan itu ada pada pemimpin muda AMANAH seperti Muhammad Faiz Fadzil dan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. Namun, di dalam parti AMANAH, terdapat sekumpulan pemimpin yang merupakan kaki tangan Anwar. Hidup mati mereka di dalam qunut subuh adalah Anwar. Tonggang tonggek solat hajat mereka adalah Anwar. AMANAH harus bersih daripada mereka ini.
Di dalam DAP, kepimpinan muda segar yang dapat diterima segenap rakyat kelihatannya terdapat pada ramai. Ketua DAPSY Kebangsaan Howard Lee Chuan How mungkin salah seorang yang dapat menjadi tawaran berkualiti. Mungkin DAP masih menyimpan lebih ramai pemimpin muda, tetapi mereka harus diwaspadai kerana DAP juga ada rintangan khusus pada segelintir pimpinannya yang mabukkan Anwar Ibrahim. Ciapan penuh drama Nga Kor Ming agar bergerak ke depan dan memaafkan Anwar adalah contoh pimpinan DAP yang mabuk samsu dan terpisah dari realiti pengundi luar parti yang sudah muak dengan nama Anwar. Pengundi muda tidak lagi terperangkap dalam tahun 1980-an. Pengundi atas pagar tidak mengenali siapa Anwar. Hanya propagandis PKR dan penggemar Anwar sahaja yang percaya beliau masih relevan.
Oleh itu, untuk membasmi Anwar; DAP dan AMANAH harus pula membersihkan saf kepimpinan parti mereka dari tokoh yang menzikir nama Anwar ini. Mereka yang percayakan  Anwar sebagai satu-satunya formula hendaklah digantikan segera, ini agar pengundi atas pagar kembali percaya dengan pembangkang. Mereka yang berada di luar parti sedang memerhatikan dengan penuh minat apakah DAP dan AMANAH dapat melakukan reformasi kendiri atau perubahan dari dalam sebelum menyuguhkan perubahan untuk rakyat. Oleh kerana DAP dan AMANAH sedang ketagihkan Anwar, sebagai orang yang tidak ketagih, kita pengundi atas pagar ingin melihat apakah kedua-dua parti ini boleh berubah. Akan tetapi ketagihan dadah mudah untuk dibaiki, ketagihan Anwar mungkin sukar.
Bagaimanakah untuk melakukan ini, di sinilah langkah ketiga boleh dilakukan; iaitu DAP dan AMANAH memberi ruang kepada pemimpin segar dan baharu, istilahnya boleh sahaja muda. Mereka mesti diberikan tempat untuk menggantikan pemimpin lama yang ada beban masa silam. Pemimpin lama ini asyik meratib rasa terhutang budi dan setiakawan dengan Anwar Ibrahim. Padahal pengundi di luar parti mereka, atau atas pagar itu, berasa kehairanan dan bingung apakah yang menjadikan pemimpin ini terlalu taksubkan Anwar.
Pengundi di luar sana tidak peduli dengan kemesraan dan persahabatan Mohd Sabu, dan Lim Guan Eng dengan Anwar misalnya. Pengundi tidak peduli jika Mujahid Yusof sebagai contoh merindui bau atar Anwar. Pengundi di luar sana tidak berminat untuk mengetahui susah senang konon Lim Kit Siang atau Gobind Singh dengan Anwar. Ini bukan drama sinetron. Kalian adalah Wakil Rakyat, bukan pelakon soap opera. Pengundi hanya peduli nasib mereka sendiri, siapa yang menawarkan kepimpinan yang jitu, di situlah kelekatan undi mereka. Pengundi seperti kami tidak peduli bai’ah kamu kepada Anwar dua atau tiga puluh tahun lalu. Kami hanya mahu Malaysia ditadbir dengan baik.
Kami tidak percaya kepada kerajaan tebuk atap, tetapi pembangkang seperti DAP dan AMANAH yang ingin menggantikan kerajaan pintu belakang ini harus memberikan mutu yang menjanjikan. Kualiti dan janji itu akan terpancar kepada kesediaan kalian untuk memberi ruang menyerahkan saf kepimpinan kepada generasi muda yang lebih tahu detak dan resah rakyat. Pengundi tidak mahu diulit mimpi Kerinchi. Pengundi tidak mahu dibuai kisah ABIM dahulukala. Pengundi mahu bergerak keluar dari keterperukan dan sangkar 1980-an – 1990-an ini. Pengundi muda tidak ada memori terhadap apa yang kalian puja dan lipurkan. Pengundi celik politik amat sensitif jika kalian membisu bahasa apabila kleptokrat menawarkan kesetiaan kepada dewa kamu.
Jika Pakatan Harapan, iaitu AMANAH dan DAP sanggup melakukan tiga yang di atas makanya pengundi atas pagar akan kembali semula kepada mereka. PKR adalah ‘gone case’. Ia sudah digerigit zombi. AMANAH dan DAP masih boleh diselamatkan.
Rumusannya, jarakkan diri daripada Anwar Ibrahim; bersihkan parti sendiri dari elemen Anwar; dan terakhir suntikkan tenaga muda menggantikan penggila Anwar dalam parti kalian.
Oleh kerana tiga di atas tidak akan berlaku secara mendadak maka selamat dikatakan kleptokrat akan kembali memerintah Malaysia bersama-sama selonggok pengkhianat untuk merosakkan negara ini sekurang-kurangnya untuk satu dekad lagi (dua kali PRU). Itu pun jika tiga langkah di atas dimulai hari ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/02/bagaimana-pakatan-harapan-kembali-setelah-digigit-zombi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangat Jelas Dan Tuntas Pt95 Adalah Dalang Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan

Sangat Jelas Dan Tuntas Pt95 Adalah Dalang Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 328 hits
Memang idea dia pun takkan Moo begitu bijak dan licik menjatuhkan sebuah kerajaan yg dipilih rakyat Dia boleh khianat tapi nak merancang mcm sembab sket don t you think so So I doubt it Tadi saya dah kata Yang berkaki empat ragut rumput bad...
Sprm Pakatan Harapan Hanya Nampak Duit Src Rm42 Juta Tapi Buat Buat Buta Dengan Wang Rm642 Juta

Sprm Pakatan Harapan Hanya Nampak Duit Src Rm42 Juta Tapi Buat Buat Buta Dengan Wang Rm642 Juta

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 424 hits
SILAP DS NAJIB HANYALAH KERANA BELIAU DIHORMATI DISEGANI DAN DIHORMATI OLEH PEMIMPIN2 BESAR SELURUH DUNIA Berpuluh ribu ahli jawatankuasa masjid seluruh negara dan mangsa banjir tahun 2014 adalah saksi bagi propaganda PH ini Propaganda sebe...
Hardcore Pakatan Harapan Supporters Do A U Turn On Mahathir

Hardcore Pakatan Harapan Supporters Do A U Turn On Mahathir

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 296 hits
After hailing Tun Dr Mahathir Mohamad as the saviour of Malaysia in May 2018 the Pakatan Harapan supporters seem to have changed their minds about the opposition s choice of prime minister Apa Nama This ultra Malay called Dr Mahathir Mohama...
Anwar Nafi Akan Letak Jawatan Dalam Pakatan Harapan

Anwar Nafi Akan Letak Jawatan Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 411 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan jika gagal mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat Bahkan laporan yang memetik dakwaan beberapa Ahli Parlimen itu jelas untuk mencetuskan...
Najib Sekarang Bossku Kepada Pakatan Harapan

Najib Sekarang Bossku Kepada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 269 hits
Sebuah portal yang dikendalikan oleh adik Lathefaa Koya Abdul Rahman Koya menyiarkan berita bahawa selepas Najib menyokong belanjawan 2021 Anwar turut mengarahkan ahli parlimen Pakatan Harapan untuk berbuat demikian Portal ini yang dikataka...
Yang Mengelewo Bersatu Pakatan Harapan Tetap Teguh

Yang Mengelewo Bersatu Pakatan Harapan Tetap Teguh

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 245 hits
Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada UMNO Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO melihat begitu saja babak Timbalannya dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas ...
Pakatan Harapan S Legacy The Covid 19 Problem Getting Worse Says Kit Siang

Pakatan Harapan S Legacy The Covid 19 Problem Getting Worse Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 253 hits
DAP s Lim Kit Siang today warned that Malaysia will overtake Singapore in a week and China by the end of the year if Covid 19 cases in the country continue its four digit growth daily Lim claims that Malaysia seems to be losing control over...
8 Tonggak Yang Telah Berjaya Dijahanamkan Oleh Pakatan Harapan Tapi Ini Semua Tidak Penting

8 Tonggak Yang Telah Berjaya Dijahanamkan Oleh Pakatan Harapan Tapi Ini Semua Tidak Penting

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 443 hits
KERANA YANG PALING PENTING DAN WAJIB DIPERBAHASKAN DALAM PARLIMEN ADALAH MASALAH TUNJUK ISYARAT LUCAH Pada tahun 2006 kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN 1 Singapura 17 2 Malaysia 28 3 Vietnam 28 4 Thail...
Pakatan Harapan Membawa Sembah Derhaka

Pakatan Harapan Membawa Sembah Derhaka

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 323 hits
Asalnya semua didalam PH mengatakan akan menolak bajet2021 namun pada hari ini hanya 13 Ahli Parlimen tidak menyokong Belanjawan 2021 dan mohon utk UNDI BELAH BAGI iaitu 1 Mahathir Mohamad 2 Mukhriz Mahathir 3 Mahfuz Omar 4 Khalid Samad 5 H...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya