Bagaimana Menguruskan Gambar Dalam Artikel Penulisan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
dah lama rasanya tak tulis perkongsian teknikal, bukan sebab tak sudi, cuma tiap kali nak buat perkongsian teknikal dalam bentuk tutorial, ianya mengambil masa yang banyak dan itu yang kadangkala tak sempat tu. Sejak kebelakangan ni, memang banyak kerja yang perlu diuruskan menyebabkan agak suntuk masa untuk melakukan perkara lain.
Kali ini ingin berkongsi beberapa saiz yang sesuai digunakan di laman semasa penulisan artikel dan dalam masa yang sama, ianya berfungsi dengan baik di laman sosial seperti Facebook. Kenapa sebut Facebook? sebab ianya berkaitan pula dengan pengurusan instant articles dan audience network.
Gambar perlu jelas tetapi tidak berat
Asas utama apabila kita ingin menyediakan gambar dalam penulisan kita, ialah gambar itu perlulah jelas dan terang. Jelas dan terang di sini, bermaksud kita menggunakan gambar yang tidak menyebabkan pembaca perlu menggunakan kanta pembesar untuk melihat atau meneliti gambar tersebut.
Namun begitu, ramai yang salah anggap, dan memuat naik gambar terus daripada kamera DSLR mereka. Ini adalah pengurusan yang kurang tepat, sebab satu gambar boleh mencecah 5MB dan menyebabkan laman artikel kita sangat berat untuk dibuka kecuali menggunakan capaian UniFi yang laju.
Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk kita uruskan gambar yang kita ingin gunakan?
Tetapan ringkas gambar yang ingin digunakan dalam artikel
Pertama sekali, pastikan kita menggunakan extension JPG sahaja, walaupun PNG mempunyai kualiti yang lebih baik, namun fail gambar PNG ini beberapa kali ganda lebih besar berbanding dengan JPG. Cuba untuk pastikan saiz berat gambar pada kadar 100KB-150KB sahaja, sekali sekala nak mencecah 200KB tak mengapa, tapi lihat pula berapa banyak gambar yang digunakan dalam artikel.
Selepas itu, apabila telah menukarkan jenis fail gambar tersebut, tukar pula saiz kelebaran gambar dan ketinggian gambar yang kita ingin gunakan. Biasakan guna gambar landscape dengan kelebaran tidak melebihi 750px. Ini akan membolehkan kita mempunyai gambar yang saiz cantik di mata dan tidak terlalu berat.
contoh tetapan gambar seperti dalam artikel di atas
Gambar-gambar ini boleh disusun dalam artikel dengan baik dan ianya akan memberikan peluang kepada pembaca untuk berehat sebentar apabila mempunyai gambar-gambar menarik dalam artikel yang mereka sedang hayati.
Gambar sebagai salah satu cara untuk optimasi SEO
Gambar juga adalah sebahagian daripada teknik SEO yang aku gunakan untuk mendapatkan trafik percuma daripada enjin carian seperti Google. Jika anda menggunakan WordPress, teknik ini adalah teknik mudah buat, hasil lebat yang akan membuatkan anda senyum lebar.
Hanya pastikan anda telah mengubah nama fail gambar terlebih dahulu sebelum memuat naik, gunakan saiz yang telah disarangkan, kemudian pastikan Title dan alt text turut diubah. Ada dua tetapan tambahan yang perlu anda lakukan, yang ni kalau benar-benar ingin tahu, boleh nyatakan di ruangan komen, saya akan buat tutorial berasingan jika cukup ramai yang berminat.
Sebelum ni aku hanya kongsikan tetapan tersebut dalam kelas berbayar yang dikelolakan, namun tahun 2018 sudah kurang menjalankan kelas terbuka, lebih kepada kelas tertutup sahaja, mungkin sudah tiba masa untuk berkongsi teknik tersebut kepada umum secara percuma.
Kuasa gambar sebagai penguat cerita
Apabila kita telah mempunyai gambar, pastikan kita cuba terlebih dahulu, apakah gambar yang akan keluar sekiranya kita kongsikan dalam Facebook. Boleh gunakan tools Facebook Debugger ini untuk fetch new information dan lihat contoh paparan apabila pautan (url) artikel kita dikongsikan.
Gambar dan tajuk artikel akan menjadi perkara pertama yang dilihat oleh bakal pembaca di laman sosial. Andai keduanya menarik dan berkaitan dengan apa yang kita tulis, itu adalah peluang untuk kita menambah pelawat dari platform media sosial.
Ingat, pastikan artikel kita mempunyai sekurang-kurangnya 1 gambar minima. Jika tidak, kita sedang kerugian untuk optimasi SEO dan pendekatan memikat pembaca di laman sosial.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eizil.com/bagaimana-menguruskan-gambar-dalam-artikel-penulisan/