Bagaimana Kita Mahu Maju Jika Baru Berdepan Istilah Dicungkil Anwar Saja Sudah Merungut


 
Bukan main bising dan meroyan lagi mereka yang anti Anwar Ibrahim mencemuh dan mengkritik PMX itu apabila semakin hari ada saja istilah bahasa Melayu yang selama ini hanya terperap dalam lipatan habuk Kamus Dewan telah dicungkilnya untuk diangkat sebagai istilah seharian.
Mereka yang terbiasa setiap hari dengan bahasa biasa dan enggan meneroka pembaharuan lantas jadi marah konon ia menyusahkan rakyat bila keluar ungkapan seperti wewenang, cerakin, tatanan serta ikhtiar nirmala yang tidak pernah didengari sebelum ini.
Lalu mereka menyifatkan bombastik Anwar itu tidak memberi sebarang guna, malah tidak pun menyebabkan telur berlambak di pasaran.
Harus kita sedari, apa yang dilakukan Anwar dengan mencungkil istilah-istilah itu adalah untuk menunjukkan bahasa Melayu kita sebenarnya kaya dengan perbendaharaan yang menarik yang tidak pernah digali selama ini.
Sebahagian kita mungkin ada Kamus Dewan di rumah masing-masing tetapi lebih suka membiarkannya berteman habuk daripada menyelaknya sekali-sekali untuk menambahkan kekayaan dalam berbahasa, baik menulis atau berbicara.
Namun apabila sentiasa ada istilah baru dicungkil Anwar, mahu tak mahu, Kamus Dewan kenalah dicari semula.
Untuk itu, tidakkah apa yang dilakukan Anwar itu sesuatu yang berguna kepada kita sebagai rakyat dalam menambah lagi kekayaan ilmu di dada?
Bagi mereka yang mencemuh kononnya cungkilan istilah itu menyusahkan dan memeningkan rakyat memahami apa yang disampaikan Anwar, hendaklah diingat, beliau hanya mencungkil satu atau dua perkataan baru saja dalam selang waktu beberapa hari sekali, baik dalam ucapan mahu pun hantaran tulisan di media sosialnya.
Beliau bukanlah sepenuhnya berucap dengan bahasa yang bombastik dan penuh dengan istilah-istilah baru sehingga maksud ucapan atau tulisannya tidak boleh difahami sama sekali.
Yang mustahak, kita harus sedia untuk terus belajar dan meneroka pembaharuan.
Kalau kita boleh berjam-jam setiap hari bermain FB, membalas Whatsapp atau membawang dengan kawan-kawan, takkan tak boleh mencari masa seminit dua untuk membuka Kamus Dewan bagi memahami istilah baru itu?
Apabila Anwar membentangkan Belanjawan 2023 nanti, pasti lebih banyak istilah baru dicungkilnya dan ini sekaligus menjadikan Kamus Dewan lebih menjadi sahabat kepada kita semua.
Bukankah semua ini baik untuk kita, kecuali jika kita memang jenis pemalas dan tidak suka memajukan diri sendiri?
Dengan apa yang dilakukan Anwar itu juga, ia adalah bukti sahih bahawa beliau seorang pemimpin yang amat mencintai bahasa Melayu dan mahu ia terus berkembang segar seiring dengan kemajuan semasa.
Beliau tidak seperti sesetengah pemimpin yang suka memilih bercakap dengan bahasa biasa kepada rakyat, kononnya agar mudah difahami, tetapi bukanlah kita tidak tahu, apabila bersama keluarga di rumah, mereka itu lebih selesa dengan bahasa Inggeris sebagai komunikasi utamanya.
Bagi yang merungut konon penggunaan istilah baru itu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada rakyat, terutama mendepani isu kos sara hidup, ketiadaan telur dan kenaikan harga ayam di pasaran, adalah jelas mereka ini jenis yang tidak sedia menerima ilmu baru.
Tanbahan lagi, cungkilan istilah baru itu hanyalah sampingan atau selingan daripada sekian banyak cabang keprihatinan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Adakah kita melihat dengan melontarkan istilah-istilah baru itu, kerjanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jadi terabai?
Tidakkah kita melihat bagaimana kerajaan mengumumkan pelbagai perkara setiap hari, begitu juga dengan menteri-menteri kabinet yang turut bekerja keras saban masa demi kepentingan rakyat?
Terpenting juga, dengan keupayaan mencungkil istilah baru di samping tidak mengecewakan dalam peranannya sebagai ketua kerajaan, Anwar dalam hal ini dengan sendiri memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berfikiran luas dan sentiasa ingin mengajak rakyat mencari pembaharuan serta kemajuan.
Daripada pembaharuan dan kemajuan berbahasa – yakinlah – dengan pemikiran luas dimilikinya, di samping banyak kelebihan lain seperti kewibawaan, ketrampilan, keyakinan dunia dan hubungan antarabangsanya yang hebat, Anwar sebenarnya mampu memberi lebih kebaikan kepada negara kita ini.
Tetapi, bagaimana kita mahu maju jika hanya baru diperkenalkan istilah yang tidak pernah didengari saja oleh seorang Perdana Menteri, itu pun istilah tersebut sudah sedia wujud dalam Kamus Dewan, bukan suka-suka hati beliau menciptanya sendiri, kita sudah merungut dan enggan berubah? – ShahbudinHusin 20/01/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/bagaimana-kita-mahu-maju-jika-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Perlis Jemput Ke Perlis Anwar Mai Makan Laksa Katanya Ni Baru Sambut

Mb Perlis Jemput Ke Perlis Anwar Mai Makan Laksa Katanya Ni Baru Sambut

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 272 hits
IBRAHIM MAT ISATudia lagu ni baru mesra alam Orang kecik selalu merendah diri kerana dia sedar diri bahawa dirinya bukan siapa siapa kepada alam melainkan diri yang kerdil hangpa tolong sambung
Cara Cuci Barang Kemas Macam Baru 2 Bahan Saja Dah Berkilat Tak Payah Pergi Kedai Emas

Cara Cuci Barang Kemas Macam Baru 2 Bahan Saja Dah Berkilat Tak Payah Pergi Kedai Emas

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 368 hits
Barang kemas yang dipakai lama sememangnya lebih mudah kelihatan kotor kusam dan kurang bersinarnya bila dipakai selalu Tak perlulah hantar ke kedai emas untuk membersihkannya Ada cara mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah Dan ini tip...
Anwar Malaysia Boleh Maju Jika Amalan Rompak Kekayaan Negara Dihentikan

Anwar Malaysia Boleh Maju Jika Amalan Rompak Kekayaan Negara Dihentikan

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 335 hits
selangorkini myPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 di SPICE Arena Pulau ...
Despite Unity Govt Flop In Sabah Warisan Will Continue To Back Anwar Shafie

Despite Unity Govt Flop In Sabah Warisan Will Continue To Back Anwar Shafie

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 326 hits
Warisan will continue to support Prime Minister Anwar Ibrahim despite the latter failing to persuade parties in Sabah to form a unity government In an interview with Malaysiakini in Kota Kinabalu yesterday Warisan president Shafie Apdal exp...
Zahid Hamidi Admits He Backed Anwar Ibrahim For Pm Based On The Surat Akujanji

Zahid Hamidi Admits He Backed Anwar Ibrahim For Pm Based On The Surat Akujanji

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 622 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has denied making unilateral decisions for the party when it came to its candidates for the recent general election and joining Anwar Ibrahim s unity government While six of its 119 candidates had been chan...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun