Bagaimana Jin Qarin Menarik Gangguan Jin Lain



Saya pasti anda yang membaca artikel ini tentu pernah mengalami gangguan jin. Ataupun jika tidak, mungkin anda mempunyai kenalan yang pernah mengalami gangguan jin.
Tetapi tahukah anda bahawa gangguan jin terbahagi kepada 2, iaitu:
Gangguan jin luaran Gangguan jin dalaman Gangguan jin luaran adalah gangguan yang pada asalnya tidak ada pada diri seseorang, tetapi ianya berlaku kemudian disebabkan beberapa faktor.
Contoh gangguan jin luaran ialah:
sihir pendamping seperti saka jin asyik Manakala gangguan jin dalaman pula ialah gangguan yang memang semulajadi sudah berada pada diri manusia. Gangguan jin dalaman tidak banyak seperti gangguan jin luaran.
Gangguan jin dalaman ialah:
qarin Berbeza dengan gangguan jin luaran, gangguan jin dalaman iaitu qarin sebenarnya lebih merbahaya dari gangguan jin luaran seperti sihir.
Mengapa saya katakan begitu?
Ini kerana gangguan jin dalaman iaitu qarin akan secara perlahan-perlahan menarik gangguan jin luaran seperti sihir, saka dan sebagainya.
InshaaAllah dalam artikel kali ini saya akan jelaskan dengan lebih lanjut tentang gangguan jin dalaman ini iaitu Qarin.
Qarin Dalam Islam Oleh kerana Islam adalah agama yang paling sempurna, maka tidak ada satu perkara pun yang tidak disentuh di dalam Islam.
Semua perkara telah dijawab, samada perkara-perkara yang zahir dan juga yang ghaib. Termasuk juga persoalan qarin ini. Buktinya, persoalan qarin ada disentuh beberapa tempat di dalam Al-Quran dan juga dari hadis Nabi s.a.w.
Dalil-dalil dari Al-Quran berkenaan dengan persoalan qarin ini ialah:
Pertama: Di dalam surah Az-Zukhruf ayat 36 yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya”
Kedua: Di dalam surah Qaf ayat 27 yang bermaksud:
“(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong”
Di dalam Tafsir Ibnu Kathir telah dinyatakan bahawasanya Ibnu Abbas r.a, Mujahid, Qatadah dan beberapa ulama yang lainnya telah mengatakan: “Yang dimaksudkan dengan yang menyertai manusia (seperti ayat di atas) ialah syaitan yang tugasnya untuk menyertai manusia” (Tafsir Ibnu Kathir, 7:403)
Manakala dalil dari hadis Nabi s.a.w pula ialah:
Pertama: Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: “Setiap orang daripada kamu telah diutuskan kepadanya seorang qarin (pendamping) dari kalangan jin”. Kemudian para sahabat bertanya, “Adakah termasuk engkau wahai Rasulullah?”. Nabi s.a.w menjawab, “Ya, termasuk saya. Tetapi Allah telah membantuku untuk menundukkannya sehingga dia masuk Islam. Dengan sebab itu, dia tidak memerintahkan kepadaku melainkan yang baik”. (Hadis riwayat Muslim)
Maka dari dalil-dalil yang saya sertakan di atas, Islam telah membenarkan tentang kewujudan qarin (pendamping) dari kalangan jin ini. Di mana tugas mereka adalah sedaya upaya untuk cuba menghasut dan menggoda manusia agar melakukan maksiat kepada Allah.
Dengan dalil ini jugalah, maka sesiapa yang tidak mempercayai kewujudan qarin ini, ataupun ragu-ragu, maka sesunggunya dia telah mengingkari akan Al-Quran dan juga hadis Nabi s.a.w. Dan sesiapa yang mengingkari Al-Quran dan juga Hadis, maka telah terbatallah imannya.
Qarin Dari Kalangan Malaikat Allah s.w.t yang Maha Penyayang dan Maha Adil tidaklah hanya membiarkan pada diri manusia itu hanya didampingi oleh qarin dari kalangan jin.
Seperti yang telah saya sebutkan di atas bersandarkan kepada dalil-dalil, jelas bahawa qarin dari kalangan jin hanya akan mengajak seseorang manusia itu untuk sentiasa melakukan maksiat kepada Allah, lalai dari mengngati Allah, malas menunaikan solat, membaca Al-Quran dan perkara-perkara kebaikan yang lainnya.
Oleh kerana itu, untuk mengimbangi keadaan ini, Allah juga telah menyertakan bersama-sama manusia, qarin dari kalangan Malaikat pula.
Jika qarin dari kalangan jin berusaha untuk mengajak manusia melakukan maksiat, maka qarin dari kalangan malaikat akan melakukan yang sebaliknya.
Dia akan sentiasa menasihati, mengingatkan dan mengajak manusia itu supaya melaksanakan ibadah dan melakukan perkara-perkara kebaikan.
Adakah dalil yang menyatakan tentang qarin dari kalangan Malaikat ini?
Ya, sudah tentu ada. Al-Quran tidak pernah tertinggal walaupun satu perkara. Dalil berkenaan dengan qarin dari kalangan Malaikat ialah seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam surah Qaf ayat 23 yang bermaksud:
“Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: Inilah (Kitab catatan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)”
Imam Al-Qurthubi (671H) ketika menafsirkan ayat ini telah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan qarin dalam ayat 23 di atas ialah malaikat yang diutuskan untuknya menurut pendapat Al-Hassan, Qatadah dan Dhahhak.
Qarin Dari Kalangan Jin Pada tulisan saya sebelum ini, saya dah sentuh sedikit berkaitan dengan qarin dari kalangan jin. Iaitu mereka ini ditugaskan untuk mencuba sedaya upaya melalaikan manusia yang didampinginya agar malas untuk melakukan ibadah dan perkara-perkara kebaikan.
Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Setiap orang dari kamu telah diutuskan untuknya seorang qarin (pendamping) dari kalangan jin.” (Hadis riwayat Muslim)
Imam Nawawi telah menyebutkan bahawa di dalam hadis di atas terdapat peringatan keras terhadap godaan jin qarin dan bisikannya.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kepada kita bahawa dia (jin qarin) sentiasa bersama kita bertujuan supaya kita sentiasa berhati-hati terhadap bisikan dan godaannya.  (Syarah Sahih Muslim, 17:158)
Cuma ada beberapa persoalan yang berkaitan dengan jin qarin ini yang masih bermain difikiran kita, iaitu:
1) Adakah jin qarin ini berada di dalam atau di luar tubuh manusia?
Jika ditanyakan pandangan saya, saya beranggapan jin qarin berada di luar tubuh badan manusia. Itulah yang dimaksudkan dengan pendamping.
Dan ini juga bersesuaian dengan tugas jin qarin iaitu untuk menghasut dan menggoda manusia agar sentiasa rasa berat dan malas untuk melakukan amal ibadah kepada Allah dan tiada keinginan untuk melakukan kebaikan.
Inilah juga alasan mengapa jin qarin tidak terkesan apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah. Yang pertama, jin qarin tidak berada di dalam tubuh manusia.
Dan yang kedua Allah memberikan kemampuan kepada jin qarin untuk tahan dengan bacaan Al-Quran agar dia dapat menjalankan tugasnya tadi iaitu sentiasa berdamping dengan manusia dan menyesatkannya dari jalan yang lurus.
2) Adakah jin qarin dapat dipisahkan dari manusia yang didampinginya?
Berbeza dengan jin sihir atau jin saka, jin qarin ini tidak dapat dipisahkan dari manusia kerana itu adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi.
Allah telah mentakdirkan bahawa jin qarin akan tetap mendampingi manusia sebagai ujian kepada manusia itu sendiri.
Sedangkan jin sihir atau jin saka dapat dikeluarkan atau dipisahkan dari manusia yang menjadi mangsa gangguan mereka dengan izin Allah.
Bagaimana Jin Qarin Menarik Gangguan Jin Yang Lain Seperti yang saya terangkan di awal penulisan di atas, sebenarnya jin qarin ini lebih merbahaya dari gangguan-gangguan jin lain.
Mengapa saya katakan begitu?
Kerana jin qarin ini dapat menyebabkan jin-jin luaran dapat mengganggu anda dengan mudah. Caranya ialah dengan melemahkan pendinding diri anda.
Dari dalil-dalil yang saya sertakan di atas, kita mengetahui bahawa tugas jin qarin ialah menghasut dan menggoda manusia agar tidak melakukan amal ibadah yang diwajibkan seperti solat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya.
Dan juga mencuba sedaya-upaya menggoda manusia untuk melakukan segala perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Jadi apabila seseorang manusia itu sudah mula mengabaikan segala amal ibadah, sebaliknya melakukan pula segala larangan, apa yang akan berlaku?
Sudah tentulah akan menyebabkan semakin banyak dosa dan mengurangkan pahala. Dosa yang banyak akan mengurangkan iman. Selain daripada mengurangkan iman, dosa juga menjadi faktor turunnya musibah kepada kita.
Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam surah Asy-Syuraa ayat 30 yang bermaksud:
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu”
Bukankah sihir, saka dan gangguan jin yang lainnya adalah suatu kesusahan? Anda nampak tak bagaimana jin qarin ini dapat menyebabkan berlakunya gangguan jin yang lain?
Bagaimana Melemahkan Jin Qarin? Adakah anda rasa jin qarin ini kuat? Sebenarnya tidak. Dan hakikatnya manusia mampu untuk menguasai jin qarin dan melemahkannya.
Saya yakin anda tentu banyak kali terjumpa ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Cuba anda hayati ayat di bawah:
“Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya”. (Surah An-Nahl ayat 98 & 99)
Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk melemahkan jin qarin ini ialah:
Kukuhkan akidah melalui pemantapan ilmu tauhid. Meninggal semua perbuatan syirik. Tunaikan solat secara berjemaah. Perbanyakkan solat-solat sunat. Membaca dan mentadabbur Al-Quran. Menunaikan solat tahajjud. Bersedekah. Selalu berada dalam keadaan berwuduk. Selalu berzikir. Lazimkan diri memulakan sesuatu dengan membaca doa contohnya membaca doa makan, doa masuk ke tandas, doa sebelum masuk dan keluar rumah, dan lain-lain. Kesimpulan Untuk selamat dari gangguan jin qarin ini, satu-satunya jalan ialah dengan kembali mengamalkan cara jidup Islam seperti yang ditunjukkan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.
Apabila anda melakukan ini, yakinlah bahawa jin qarin tidak akan mampu untuk memesongkan anda dari jalan yang lurus, yang diredhai Allah.
Anda Dapat Sesuatu? Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
 
Sumber:
Qarin dari kalangan jin Jin Qarin SiPendamping Manusia Maksud Qarin Di dalam Hadis Tipu Daya Syaitan Ternyata Lemah Cara Melemahkan Jin Qarin  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://perawatislam.com/alam-jin/bagaimana-jin-qarin-menarik-gangguan-jin-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Islam Dan Bumiputra Dalam Bajet 2019 Serta Perkara Utama Lain

Islam Dan Bumiputra Dalam Bajet 2019 Serta Perkara Utama Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 698 hits
Alhamdulillah saya berhasrat highlight beberapa perkara yang menarik perhatian khususnya ia melibatkan Islam Bumiputra pengurangan cukai berian subsidi dan bonus antaranya adalah BERKAITAN ISLAM BUMIPUTRA1 Kerajaan memperuntukkan sebanyak R...
Bunyi Bbbbb Bermakna Bayi Sedang Berborak Dengan Anda Kenali Bahasa Tubuh Bayi Yang Lain

Bunyi Bbbbb Bermakna Bayi Sedang Berborak Dengan Anda Kenali Bahasa Tubuh Bayi Yang Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 301 hits
Jika lampin si manja penuh atau bocor bayi hanya boleh memberitahu anda dengan cara menangis Begitu juga jika dia mengalami ketidakselesaan perut ataupun lapar Selain daripada tanda tanda menangis apa lagi bahasa bayi yang anda faham Ketahu...
Istrinya Berduaan Di Kamar Kos Dengan Polisi Lain Ketika Ditinggal Berobat Brigpol Df Lapor Polres

Istrinya Berduaan Di Kamar Kos Dengan Polisi Lain Ketika Ditinggal Berobat Brigpol Df Lapor Polres

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 285 hits
Anggota kepolisian Rote Barat Daya Rote Ndao NTT berinisial Brigpol DF melaporkan Brigpol PP anggota polisi resor setempat Bukan tanpa alasan Brigpol DF melaporkan Brigpol PP yang telah digerebek sedang berduaan dengan istri Brigpol DF di k...
Pandalela Rinong Terjun Papan Anjal Dengan Jubah Konvo Budak Course Lain Nak Terjun Mana Pulak

Pandalela Rinong Terjun Papan Anjal Dengan Jubah Konvo Budak Course Lain Nak Terjun Mana Pulak

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 560 hits
Walaupun berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa pendidikan juga tetap dititik beratkan Penerjun Negara Pandelela Rinong yang baru menamatkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda sains Pengurusan Sukan Tengok apa yang dia buat dengan pers...
Pemuda Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Sehingga Pindahkan Wang Ke Akaun Lain

Pemuda Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Sehingga Pindahkan Wang Ke Akaun Lain

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 351 hits
Terbaru seorang pemuda berkongsi pengalamannya ditipu oleh scammer hanya melalui telefon bimbitnya sahaja Cara beliau ditipu sungguh meyakinkan Jika tidak berhati hati anda juga boleh menjadi mangsa mereka yang seterusnya sembang pacak Baru...
Tak Jadi Nak Balik Kampung Sebab Ada Benda Lain Yang Tanya

Tak Jadi Nak Balik Kampung Sebab Ada Benda Lain Yang Tanya

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 811 hits
Nak balik kampung sekali terus tak jadi balik kampung apabila ada benda lain yang tanya waaa apa benda tu Check this outSaja je tanyaAyah dia typo tu Saja tanya bukan saka tanya hahaahahaMoral of the storyKadang tu rasional pemahaman logik ...
Orang Lain Mungkin Dah Lari Demi Tanggungjawab Dan Peminat Dia Tetap Di Situ Ziana Zain Tabik Semangat Zamani

Orang Lain Mungkin Dah Lari Demi Tanggungjawab Dan Peminat Dia Tetap Di Situ Ziana Zain Tabik Semangat Zamani

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 417 hits
Orang Lain Mungkin Dah Lari Demi Tanggungjawab Dan Peminat Dia Tetap Di Situ Ziana Zain Tabik Semangat Zamani
Kpk Punya Bukti Kuat Ada Pihak Lain Terlibat Dalam Kasus Suap Taufik Kurniawan

Kpk Punya Bukti Kuat Ada Pihak Lain Terlibat Dalam Kasus Suap Taufik Kurniawan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 241 hits
Kalau memang tersangka ingin membuka peran pihak lain silakan saja Karena proses anggaran pembahasan ini tidak mungkin dilakukan oleh satu orang ujar Febri
Mia Sedang Berpantang Suami Penjaga Gol Pasukan Jdt Pula Curang Dengan Perempuan Lain

Mia Sedang Berpantang Suami Penjaga Gol Pasukan Jdt Pula Curang Dengan Perempuan Lain

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1935 hits
Rumah tangga pelakon Mia Ahmad dikatakan sedang mengalami pergolakan apabila suaminya Mohd Izham Tarmizi dipercayai curang dengan perempuan lain Mia Ahmad FOTO InstagramMia juga bertindak memadam semua gambar suaminya yang juga penjaga gol ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025