Bagaimana Jadi Ibu Tunggal Berjaya
Hi korang...
Tajuk adalah sesuatu kan...sebenarnya entry hari ni SA lebih kepada nak jawab persoalan dari salah seorang followers SA. Yes SA akui SA ibu tunggal since 2006 sampai la sekarang...sepanjang SA bergelar Ibu Tunggal SA tak rasa pun SA berjaya seperti yang diperkatakan orang..banyak lagi yang SA blom capai.. setakat banyak kena hina tu dah jadi asam garam kehidupan SA sebagai ibu tunggal..sebenarnya takde apa yang menarik pun.. SA lalui kehidupan besarkan anak sambil dibantu Mak Abah sensorang takde minta simpati sesiapa pun..SA tak macam ibu tunggal yang lain..masa ni la nak dapatkan bantuan kerajaan la..badan itu ini la..No!! SA bukan macam tu..BSH pun SA tak layak dapat tau..sebab apa? Sebab SA bekerja dan ada kerjaya..Nasib baik SA bekerja kan..kalau tak..ntah apa la nasib SA masa ni...Nasib SA nyer hati kental x berhenti kerja masa sebelum bercerai dulu. Kalau la SA ikut cakap pihak satu lagi supaya berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa..pun SA x tau la apa nasib SA dua beranak ..tapi benda dah lepas kan.. sebut pun x guna jugak..
Hidup sebagai ibu tunggal bukan mudah...x semudah seperti yang orang sangka..SA ambil masa lama untuk jadi seorang ibu tunggal yang kononnya orang kata berjaya sangat tu..SA korbankan hati dan perasaan untuk mencintai dan dicintai..SA korbankan usia SA demi sebuah kehidupan yang selesa. Tipu kalau SA tak nak sebuah family yang complete..tipu SA x nak bersuami lagi. SA manusia biasa...ada hati dan perasaan..Tapi bukan sekali SA gagal..berkali-kali..then takpe la..mungkin belum ada yang sesuai untuk SA...Mungkin rasa ke arah perkahwinan tu takde sebab SA ditakdirka menjaga kedua ibu bapa SA...Siapa x nak bahagia kan..tapi SA selalu terfikir..andai SA bertemu jodoh..ada ke yang nak terima Ibu Tunggal macam SA ni..ada ke yang boleh terima anak SA..Mak Abah SA..kan?So bab jodoh ni SA serahkan pada allah...bukan senang ye korang..13 tahun menjanda...tiba nak bersuami dan dan berkahwin semula...its not easy..nak plak SA pernah kecewa kan...perasaan serik tu masih ada..
Cakap- cakap orang? kejian dan hinaan?
Semua tu dh jadi makanan SA hari-hari..siapa je tak hina SA..Siapa je yang x caci maki SA walau SA x tau apa sebenarnya salah SA pada orang tu..SA x mintak duit diorang...tak mintak makan minum ngan diorang dan x pernah ganggu pun hidup diorang..tapi pelik..mungkin diorang rasa terancam rumahtangga diorang selagi ada SA yang bergelar janda dalam dunia ni kan..Silap la kalau diorang fikir SA sejahat tu...Kawan sendiri pun tuduh SA bukan-bukan bila SA ada hubungan dengan seseorang tapi dia silap sebab SA bukan perempuan murahan. Siap galakkan SA bercinta dengan suami orang serta bermadu...silap la dapat kawan macam tu...bukan membantu ke arah kebaikkan tp lebih nak merosakkan. Ada yang cakap SA terlalu memilih..giler kalau x pilih..dapat yang kaki pukul? Kaki kikis dan dan paling teruk kalau dapat kaki hisap dadah....hoiiii mintak dijauhkan...Susah tau jadi SA...jangan korang ingat senang..
SA nak hidup bahagia..SA nak rasa disayangi..tapi siapa yang nak kat SA ni...kalau ada pun x tau arah tuju sebuah hubungan...SA yang korang nampak tabah..berjaya kononnya..kuat semangat..adakala jatuh terduduk juga bila sampai masa rasa rasa kecewa melanda. Korang nampak SA kuat..ye..bukan senang nak bina kekuatan...kadang SA menangis sensorang juga..Kadang orang mintak nasihat SA..ye SA ikhlas berkongsi pendapat..tapi disebaliknya korang x tau apa SA hadapi...bukan mudah tau..susah...SA tak kuat seperti yang korang sangka cuma SA bangun dari kekecewaan. Pada SA tiada siapa yang boleh bantu selain diri sendiri. Nak berjaya kena usaha sendiri. Jangan harapkan bantuan orang..Tak perlu mengadu pada badan-badan kerajaan atau sebaliknya. Ada kudrat dan badan sihat..bangkit..usaha sendiri untuk berjaya. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ni..nampak je SA macam dh established..hutang keliling pinggang tau...Tapi demi anak..demi Mak Abah..SA usaha untuk mereka. Kerja kuat..buat apa yang SA minat..
Kalau ditakdirkan korang bercerai atau jadi ibu tunggal macam SA.. Bangkit..tunjukkan yang korang mampu berdiri atas kaki sendiri..jangan meratapi kekecewaan..Kita wanita ..kalau kita tak kuat..susah untuk kita berjaya...percaya lah..jalan untuk berjaya terbuka luas..jangan sesekali menoleh ke belakang..jangan tunjukkan kelemahan kita..
Doakan SA untuk lebih tabah..
Doakan SA untuk terus bersemangat.
Doakan SA untuk tidak dipandang hina oleh masyarakat
Doakan SA untuk terus kuat .
Doakan SA berjaya Dunia Akhirat..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/07/bagaimana-jadi-ibu-tunggal-berjaya.html