Bagaimana Hendak Tingkatkan Simpanan Kalau Harga Barang Turut Meningkat



KUALA LUMPUR: Kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berpotensi memberi risiko peningkatan semula kepada inflasi kerana memberi kesan kepada kos input import yang lebih tinggi, demikian menurut penganalisis.
Profesor Adjung Tun Ahmad Sarji School of Goverment and Public Services (TASSGPS) Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Dr Zulkiply Omar, berkata kelemahan ringgit dijangka menyumbang kepada peningkatan inflasi berikutan inflasi import.
Beliau berkata, harga barangan pengguna kemungkinan besar akan meningkat kerana peniaga dijangka tidak akan menyerap kenaikan harga, sebaliknya akan dibebankan kepada pengguna.
"Inflasi diimport juga akan meningkatkan kos pengeluaran bagi barangan memerlukan input yang diimport, seterusnya menyumbang kepada kenaikan harga barangan pengguna," katanya.
Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pula berkata secara amnya, kelemahan ringgit akan menjadikan import lebih mahal.
Beliau berkata, keadaan itu akan memberi tekanan kepada inflasi, yang dikatakan sebagai inflasi import berikutan keperluan untuk mengimport sesetengah barang.
"Namun, ia juga bergantung kepada permintaan," katanya.
PERKASA PEMANTAUAN
Sementara itu menurut Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, secara umumnya, kadar inflasi di negara ini sudah mencatatkan trend penurunan, iaitu 3.3 peratus pada April lalu berbanding 4.7 peratus yang dicatatkan pada Ogos tahun lalu.
Beliau berkata, penurunan itu banyak didorong oleh sektor makanan dan minuman bukan beralkohol serta pengangkutan kepada 6.3 peratus dan 2.1 peratus, yang mana kedua-dua komponen itu masing-masing mewakili 29.5 peratus dan 14.6 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).
Katanya, trend itu seharusnya menunjukkan bahawa tekanan inflasi yang disumbang oleh faktor permintaan sudah berkurangan, sekali gus menunjukkan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 125 mata asas sepanjang 2022 sehingga kini telah pun memenuhi objektifnya.
"Justeru, kebarangkalian OPR untuk dinaikkan lagi adalah kecil. Ini berikutan dasar monetari perlu juga mengimbangi keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi memandangkan prospek pertumbuhan pada masa akan datang dilihat semakin mencabar.
"Walau bagaimanapun, kadar inflasi bagi makanan dan minuman bukan beralkohol masih lagi dikira tinggi. Namun, penyelesaiannya memerlukan dasar yang lain seperti dasar pertanian negara bagi memenuhi keperluan makanan oleh rakyat tempatan," katanya.
Mohd Afzanizam juga tidak menolak bahawa kelemahan ringgit akan memberi kesan kepada inflasi berikutan negara sentiasa mengimport bagi kebanyakan produk agro makanan.
Beliau berkata, jika inflasi meningkat, ia masih dalam paras jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini, iaitu antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.
Katanya, jika rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan, paras inflasi akan bergerak menghampiri paras 3.8 peratus.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata, pemantauan aktiviti perniagaan sepanjang rantaian industri perlu diperkasakan supaya harga makanan tidak melambung tinggi akibat kegiatan perniagaan yang songsang seperti perbuatan sorok, manipulasi harga dan juga aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Beliau berkata, penyelesaian kepada masalah inflasi tidak terhad kepada kawalan harga, subsidi dan dasar monetari.
Katanya, ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, terutama landskap di dalam sesebuah industri - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/bagaimana-hendak-tingkatkan-simpanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Mengatur Dan Mengisi Gift Box Dengan Barang Barang Yang Menarik

Bagaimana Mengatur Dan Mengisi Gift Box Dengan Barang Barang Yang Menarik

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 312 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Barang bagus dan mahal dalam gift box bisa jadi terlihat buruk dan gagal memberikan impresi Artikel pertama kali dipublikasikan di
Krisis Ekonomi Dunia Makin Menekan Penduduk Dunia Sekali Hotel Ini Masih Berani Buang Harga Rm1 Untuk Satu Malam

Krisis Ekonomi Dunia Makin Menekan Penduduk Dunia Sekali Hotel Ini Masih Berani Buang Harga Rm1 Untuk Satu Malam

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 328 hits
Krisis ekonomi dunia makin menekan penduduk dunia sekali hotel ini masih berani buang harga RM1 untuk satu malam Ketika melancong di mana mana negara perkara paling utama yang perlu diberi perhatian adalah tempat penginapan Pastinya kita ak...
Video Yasonna Tepis Istimewakan Mario Dandy Di Rutan Wanti Wanti Barang Sensitif

Video Yasonna Tepis Istimewakan Mario Dandy Di Rutan Wanti Wanti Barang Sensitif

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 328 hits
Menteri Hukum dan HAM Yasonna Laoly menjawab kabar viral tersangka Mario Dandy dan Shane Lukas dapat perlakuan istimewa di Rutan Cipinang Yasonna menegaskan tidak ada perlakuan spesial kepada tersangka penganiayaan David Ozora
Amah Dituduh Curi Barang Kemas Dipercayai Tak Dibayar Gaji Penuh

Amah Dituduh Curi Barang Kemas Dipercayai Tak Dibayar Gaji Penuh

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 262 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang amah warga Indonesia yang sebelum ini dituduh mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM69 000 pada tahun lalu sebenarnya menjadi mangsa penindasan selepas tidak dibayar gaji penuh Konsulat Jeneral ...
Barang Apa Lagi Yang Naik Kalau Kau Duduk Pedalaman Memang Lah Naik Sebab Kos Pengangkutan

Barang Apa Lagi Yang Naik Kalau Kau Duduk Pedalaman Memang Lah Naik Sebab Kos Pengangkutan

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 374 hits
RMSBila aku tanya barang apa yang naik dan sejak bila mula naik terus tak boleh komen dah tu aku pakai akaun mole kalo akaun ni gerenti kena block
Parcel Koyak Ramai Bengang Staf Kurier Sengaja Pamer Barang Pelanggan

Parcel Koyak Ramai Bengang Staf Kurier Sengaja Pamer Barang Pelanggan

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 466 hits
Satu video tular di aplikasi Twitter yang memaparkan seorang pekerja syarikat kurier bertindak mempamerkan barang pelanggan dimana bungkusannya terkoyak yang dibeli secara dalam talian telah mencetuskan kemarahan ramai Menerusi hantaran yan...
Selebet Tak Bergaya Surirumah Jangan Rasa Diri Tak Ada Harga Berbanggalah Jadi Pendidik Anak Anak

Selebet Tak Bergaya Surirumah Jangan Rasa Diri Tak Ada Harga Berbanggalah Jadi Pendidik Anak Anak

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 313 hits
Tugas sebagai seorang suri rumah memang tak mudah Walau dipandang sepi namun inilah tanggungjawab dan tugasan berterusan yang tak pernah berhenti namun paling besar manfaatnya buat anak anak Jangan sekali kali merasa rendah diri kerana tuga...
7 Olahan Ayam Goreng Tepung Kekinian Yang Mudah Dibuat Mumpung Harga Ayam Lagi Murah

7 Olahan Ayam Goreng Tepung Kekinian Yang Mudah Dibuat Mumpung Harga Ayam Lagi Murah

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 300 hits
Mulai dari Chicken Fire Wings Dakgangjeong Chicken sampai Rolling Cheese Chicken ala resto terkenal ada semua resepnya di sini
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun