Bagaimana Cara Menyenaraikan Homestay Anda Di Platform Airbnb


Bagaimana cara untuk menggunakan platform Airbnb bagi tujuan mendapatkan lebih ramai tetamu untuk bisnes homestay yang dijalankan?
 
Posting ini akan mengupas tentang perkara yang perlu anda lakukan bagi tujuan mendapatkan lebih ramai tetamu untuk bisnes homestay anda dengan membuat penyenaraian di platform Airbnb.

Airbnb merupakan sebuah platform Online Travel Agent (OTA) yang cukup popular dalam kalangan pelancong yang berminat untuk mencari tempat penginapan berkonsepkan homestay ataupun guesthouse.
Baca juga: Apa itu Online Travel Agent (OTA)
 
Diluar sana, memang terdapat banyak lagi platform OTA yang kita boleh gunakan bagi tujuan membuat tempahan tempat penginapan, namun kalau dilihat dari sudut kepelbagaian homestay, platform Airbnb mempunyai lebih banyak pilihan.
 
Persoalannya, macam mana nak gunakan platform Airbnb dan senaraikan hartanah anda diplatform tersebut?

 
Jom kita bincangkan.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan.
 
1. Buka akaun di platform Airbnb Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun di Airbnb, sila daftar akaun anda menerusi laman web rasmi mereka iaitu https://www.airbnb.com atau boleh menekan klik pada pautan ini.
 
Anda akan dibawa kelaman web rasmi Airbnb dan paparan seperti dibawah ini akan dapat dilihat.

Pada halaman tersebut, anda boleh buat simulasi pengiraan berapakah potensi pendapatan yang bakal anda perolehi sekiranya anda menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb.
 
Sebagai contoh, dalam screenshot diatas, potensi pendapatan yang bakal diperolehi adalah sebanyak RM1,754 sekiranya kita menyewakan homestay kita yang lokasinya terletak di Subang Jaya.
 
Jika anda berada di lokasi yang berbeza, potensi pendapatan yang bakal anda hasilkan juga berbeza.
Boleh jadi, nilainya adalah sama, lebih besar atau mungkin lebih rendah.
 
Anda boleh buat simulasi pengiraan potensi keuntungan bisnes homestay anda melalui pautan ini.
 
Bagi tujuan pendaftaran akaun, anda boleh gunakan akaun gmail anda ataupun akaun facebook.
 
Proses pendaftaran juga sangat mudah, dan ia boleh selesai dalam masa kurang dari 5 minit.
 
2. Pilih option untuk jadi host Akaun Airbnb yang anda bakal daftar adalah akaun untuk menjadi seorang pengguna atau traveler di Airbnb.
 
Fungsi akaun traveler adalah untuk membuat tempahan tempat penginapan yang tersenarai di Airbnb. Jika anda ingin menggunakan Airbnb untuk buat bisnes, anda perlu tukar akaun anda kepada akaun host.
 
Bagi meneruskan proses untuk menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb, anda perlu klik pada butang profil dan cari option “become a host”.

Ikut langkah-langkah yang diminta untuk menjadi host di Airbnb.
Proses untuk membuat penyenaraian juga tidak begitu sukar.
 
Jom kita teruskan perbincangan.
 
3. Buat penyenaraian di platform Airbnb Berikan butiran yang lengkap mengenai homestay yang anda bakal senaraikan.
 
Dalam langkah ini, anda akan diminta untuk menentukan apakah jenis penginapan yang bakal anda sewakan, sama ada keseluruhan rumah ataupun hanya bilik persendirian.

 
Kalau hartanah anda terletak dikawasan yang memang sangat strategik dan anda memiliki bilik yang tak digunakan, anda boleh pertimbangkan untuk buat duit dengan menyewakan bilik tersebut menerusi platform Airbnb. Itupun jika anda selesa untuk berkongsi ruang dalam rumah anda dengan orang luar yang baru pertama kali anda kenali menerusi Airbnb.
 
Selepas anda menetapkan, sama ada anda bakal menyewakan keseluruhan rumah atau hanya sebahagian, anda perlu nyatakan pula, apakah jenis unit hartanah anda.
 
Adakah unit homestay anda merupakan unit kediaman jenis rumah landed, apartment atau lain-lain jenis?

Dekat platform Airbnb ini, kita boleh tempah pelbagai jenis tempat penginapan, dari yang biasa kita lihat hinggalah kepada jenis penginapan yang unik seperti camper/RV, castle, igloo dan macam-macam lagi.
 
Dalam proses membuat butiran homestay, anda perlu berikan maklumat seperti
1. Jumlah tetamu yang boleh menginap
2. Jumlah bilik tidur
3. Jumlah bilik air
4. Kelengkapan dalam rumah
5. Peraturan dalam rumah
 
Bagi meningkatkan kebarangkalian homestay anda mendapat tempahan, anda juga perlu bekalkan gambar-gambar homestay anda bagi menarik minat tetamu yang berpotensi.
 
Antara gambar-gambar yang penting untuk anda sediakan adalah
1. Gambar setiap bilik tidur
2. Gambar ruang tamu
3. Gambar dapur
4. Gambar bilik air dan tandas
5. Gambar kelengkapan dalam homestay yang disediakan
6. Gambar kawasan persekitaran homestay
7. Gambar pemandangan menarik yang boleh dilihat dari homestay
 
Anda juga perlu berikan maklumat lokasi yang tepat mengenai homestay anda.

 
4. Menetapkan harga Tentukan berapa kadar sewa semalaman untuk homestay yang telah anda senaraikan di platform Airbnb.
 
Bagi tujuan penetapan harga, beberapa faktor perlu diambil kira, misalnya seperti
1. Lokasi di mana homestay anda berada
2. Kemudahan dan kelengkapan yang anda sediakan
3. Permintaan terhadap homestay anda
 
Pihak Airbnb akan mencadangkan satu harga yang mungkin sesuai untuk anda. Harga ini berdasarkan kepada penyenaraian unit homestay yang serupa dikawasan anda.
 
Anda boleh ikuti cadangan harga tersebut, ataupun anda boleh tetapkan harga anda sendiri.
 
Airbnb juga ada membangunkan sistem smart pricing mereka sendiri.
 
Melalui sistem smart pricing ini, harga sewaan yang bakal dilihat oleh tetamu akan sentiasa berubah dan perubahan ini dipengaruhi oleh faktor seperti
1. Berapa banyak klik yang diterima pada listing yang dihasilkan
2. Berapa banyak trafik yang mencari tempat penginapan dilokasi yang sama
3. Berapa kerap listing tersebut menerima views
4. Berapa banyak jumlah tempahan yang diterima untuk property yang setara
 
Smart pricing berguna untuk memastikan homestay anda sentiasa menawarkan harga yang berdaya saing dan akan dijadikan pilihan tetamu.
 
Ketika peak season, secara automatik harga sewaan homestay anda akan jadi lebih mahal dan akan memberi keuntungan yang lebih baik untuk anda.
 
Kemudian pada low season, harga akan diturunkan sedikit bagi menarik minat tetamu untuk datang dan menyewa homestay anda.
 
Semua ini akan berlaku secara automatik tanpa memerlukan tindakan anda untuk sentiasa mengemaskini harga.

 
5. Menetapkan tarikh ketersediaan Pada fasa ini, anda perlu menetapkan bilakah tarikh yang homestay anda bersedia untuk menerima kemasukkan tetamu.
 
Langkah ini penting, bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti
a. Double booking
Anda mungkin menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan tetamu. Ada tetamu yang hubungi anda secara terus menerusi whatsapp dan ada yang buat tempahan melalui apps.
 
Kalau anda menerima tempahan secara terus, anda perlu kemaskini pada apps Airbnb dan nyatakan yang tarikh tersebut tak available untuk tempahan.
 
b. Anda tidak bersedia untuk menerima tetamu 
Boleh jadi homestay anda sedang dalam fasa renovation untuk beberapa hari. Bagi mengelakkan ada tempahan yang masuk, anda perlu tutup availability hinggalah pada satu tarikh yang sesuai.
 
6. Pilih tetapan untuk tempahan Anda perlu memilih, bagaimanakah cara anda ingin mengendalikan tetamu yang ingin membuat tempahan.
 
Terdapat dua jenis tempahan iaitu
a. Instant booking (tempahan segera)
Sesiapa sahaja yang melihat listing homestay anda dan mereka minat untuk buat tempahan, boleh terus buat bayaran dan tempahan akan disahkan.
 
b. Manual booking (tempahan manual)
Tetamu perlu buat permohonan untuk buat tempahan (request to book) terlebih dahulu.
 
Kelebihan cara ini ialah sebagai tuan rumah anda boleh review terlebih dahulu latar belakang tetamu yang ingin buat tempahan. Jika tetamu tersebut merupakan seorang yang selalu membuat tempahan di Airbnb, tetamu ini biasanya akan ada review dari host sebelum ini.
 
Secara tak langsung ini boleh mengelakkan anda daripada menerima tetamu yang bermasalah.
 
7. Semak dan terbitkan listing anda Sebelum menerbitkan penyenaraian homesty anda, pastikan anda semak semua maklumat yang anda berikan untuk memastikan ketepatan maklumat homestay anda.
 
Penting untuk anda pastikan, maklumat tentang homestay anda adalah tepat, bagi mengelakkan tetamu anda complaint tentang perkhidmatan yang anda berikan.
 
Setelah anda betul-betul puas hati dengan listing anda, tekan butang publish atau terbitkan.
 
Selepas anda terbitkan listing tersebut, barulah pengguna Airbnb yang lain akan dapat melihat penyenaraian homestay anda dan seterusnya mereka boleh mula membuat tempahan.
 
8. Berkomunikasi dengan tetamu Setelah penyenaraian anda di platform Airbnb berjaya, anda akan mula menerima pertanyaan dan permintaan tempahan dari tetamu yang berminat.
 
Segera beri respons kepada mesej-mesej yang diterima dan berikan maklumat atau penjelasan seperti yang ditanya oleh bakal tetamu.
 
Komunikasi ini perlu dilakukan sepenuhnya melalui sistem Airbnb.
 
Anda tak dibenarkan untuk berkomunikasi diluar dari sistem Airbnb, misalnya menerusi whatsapp, dan membuat transaksi diluar dari eko-sistem Airbnb.
 
Sekiranya perkara ini diketahui oleh pihak Airbnb, dan biasanya mereka memang ada cara untuk mengetahui perkara ini, akaun Airbnb anda berisiko untuk digantung.
 
Jangan buat perkara-perkara yang merugikan diri anda untuk jangka masa panjang.
 
Kalau anda ingin menggunakan Airbnb untuk dapatkan tetamu, sila ikuti terma dan syarat yang telah mereka tetapkan. Sebarang percubaan untuk memanipulasi sistem, hanya akan merugikan anda untuk jangka masa panjang.
 
9. Memastikan homestay anda bersedia untuk menerima tetamu Sebelum tetamu anda sampai pada hari mereka akan check in, pastikan homestay anda bersih, terjaga dengan baik, dan dilengkapi dengan kemudahan yang sepatutnya.
 
Saya cadangkan anda sediakan barangan keperluan berikut dihomestay anda.
Baca disini: Senarai kelengkapan barangan perlu disediakan untuk bisnes homestay anda
 
Pastikan, apa yang anda senaraikan di Airbnb adalah sama seperti keadaan sebenar homestay anda.
 
10. Jadi tuan rumah yang bertanggungjawab Sebagai pemilik homestay, penting untuk menyediakan kelengkapan yang terbaik dan memberikan pengalaman penginapan yang berharga kepada tetamu anda.
 
Selain itu, anda juga perlu
1. Memberi respon pada setiap pertanyaan bakal tetamu
2. Penuhi permintaan bakal tetamu selagi ia masih munasabah
3. Memastikan semua kelengkapan berfungsi dengan baik
4. Unit kediaman anda berada pada tahap keselamatan yang terbaik
 
Setelah hampir tempoh untuk tetamu check out, galakkan tetamu untuk memberikan review terhadap homestay anda.
 
Review yang positif akan menggalakkan tetamu lain untuk jadi lebih yakin memilih homestay anda sebagai tempat penginapan.
 
Kesimpulan Proses untuk menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb adalah suatu proses yang mudah, dan mana-mana pemilik homestay yang mempunyai smartphone, mampu untuk melakukannya.
 
Apa yang anda perlu lakukan, pada asasnya adalah
1. Membuka akaun di Airbnb
2. Membuat penyenaraian
3. Menetapkan harga yang berpatutan
4. Berikan pengalaman penginapan yang terbaik untuk tetamu
 
Penggunaan platform Airbnb bukan hanya dalam kalangan penduduk di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
 
Apabila anda menyenaraikan homestay anda di Airbnb, terdapat kemungkinan anda akan menerima tetamu dari negara lain. Ini secara tak langung akan dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapat lebih banyak tetamu, sepanjang anda menjadi host di Airbnb.
 
Sekiranya anda masih perlukan bacaan tambahan, mengenai cara untuk menjalankan bisnes homestay menerusi platform Airbnb, anda boleh muat turun panduan ini.

Melalui panduan ini, penulis akan berkongsikan semua perkara PENTING yang anda perlu tahu untuk menjalankan bisnes homestay menerusi platform Airbnb.
 
Penulis juga merupakan seorang pengusaha bisnes homestay dan berpengalaman menggunakan platform Airbnb.

Kalau anda juga nak rasa pengalaman mendapatkan tempahan penuh seperti yang biasa dilalui oleh penulis, boleh belajar caranya dengan memuat turun panduan ini.
 
 
The post Bagaimana cara menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb appeared first on Soal Jawab .MY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soaljawab.my/cara-menyenaraikan-homestay-di-airbnb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Tak Tahu Cara Betul Guna Aircond Dengan Cara Ini Confirm Bil Elektrik Tak Melambung Punya

Ramai Tak Tahu Cara Betul Guna Aircond Dengan Cara Ini Confirm Bil Elektrik Tak Melambung Punya

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 151 hits
Ramai tak tahu cara betul guna aircond dengan cara ini confirm bil elektrik tak melambung punya CUACA panas melampau menyebabkan kita terpaksa menghidupkan kipas dan pendingin hawa dalam tempoh yang lama Namun ada cara tertentu yang boleh a...
Bagaimana Cara Nak Check Beg Gucci Original

Bagaimana Cara Nak Check Beg Gucci Original

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 279 hits
Peminat produk vintage pasti akan gembira bila terjumpa dengan produk asli yang mahal harganya tetapi dijual dengan harga murah ataupun kami panggil dengan istilah Jackpot Tapi bagaimana nak tahu keaslian produk tersebut Bukan senang ya Seb...
Bubur Pulut Hitam Cara Malas

Bubur Pulut Hitam Cara Malas

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 307 hits
Bubur Pulut Hitam seringkali Kjee masak dua cara Ehhh tiga lah Yang pertama Kjee letak gula dan santan selepas pulut tu pecah Jangan lupa secubit garam Itu versi malas kita Lebur aje Cara kedua buat stail onJoho Santan dimasak asing Dan dic...
Pelakon Buat Kerja Tak Masuk Akal Goreng Uri Untuk Isteri Cara Pulihkan Badan Lepas Bersalin Kena Makan Plasenta

Pelakon Buat Kerja Tak Masuk Akal Goreng Uri Untuk Isteri Cara Pulihkan Badan Lepas Bersalin Kena Makan Plasenta

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 429 hits
Pelakon Taiwan Benjamin Wong berkongsi klip video dia menggoreng plasenta atau uri isterinya untuk dimakan selepas wanita itu melahirkan anak mereka lapor laman berita Mothership semalam Benjamin Wong memuat naik video itu di laman Instagra...
Cara Beli Barang Half Cut

Cara Beli Barang Half Cut

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 157 hits
CARA BELI BARANG HALF CUT Kepada anda yang ingin mencari barangan ganti original kenderaan anda kebiasaannya anda akan mencari di kedai Half Cut Ianya lebih murah berbanding dengan harga original yang baharu Disini kami akan kongsikan kepad...
Cara Masak Tumis Darat

Cara Masak Tumis Darat

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 203 hits
Ada beberapa resepi masakan Melayu khasnya yang menyatakan cara masakan menggunakan teknik tumis darat Mungkin ada sesetengah orang tak tahu apakah yang di maksudkan dengan istilah tumis darat Kak ana suka juga dengan kaedah masak menu masa...
Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

Cara Buat Nugget Ayam Kentang Crispy Sedap Guna Bahan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 283 hits
Anda patut cuba resipi Nugget Ayam Kentang Crispy homemade ni Bukan apa kebanyakan nugget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi Sangat tidak bagus untuk kesihatan Bila buat sendiri pastinya lebih sihat kebers...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash