Bagaimana Buka Akaun Email Gmail Baru Untuk Anda Login
Bagaimana Untuk Buka Akaun Email Gmail Baru Untuk Anda Login - Dalam artikel teknologi terbaru kali ini kami akan perlihatkan cara bagaimana untuk membuka akaun Gmail baru.
Gmail merupakan akaun email percuma dari Google juga di buat sendiri oleh Google. Kami di iAwani ingat lagi kala membuka Gmail pertama pada tahun 2005 - kala itu Gmail hanya terhad sebagai invitation only untuk mengelakkan spam.
Nak masuk ke internet masa tu kena pergi ke cyber cafe. Tak macam sekarang boleh masuk ke internet dari smartphone di tangan sahaja dari mana-manapun jua. Masa tu bayaran untuk 1 jam dalam cyber cafe adalah RM2.
Kalau dari sejarah Gmail asalnya sebuah sistem email dicipta untuk kegunaan kakitangan Google dalam organisasi Google sahaja sekitar tahun 1999 hingga awal pertengahan tahun 2004 sebelum di buka penggunaannya kepada pengguna internet dari seluruh dunia untuk melihat feedback penggunanya agar Gmail dapat di improve dari semasa ke semasa.
Bagi anda yang nak tahu rupa laman sign in Gmail pada tahun 2004 tu macam mana rupanya, lihat saja gambar di bawah ni. Nampak kan kat bahagian footer tu terlihat tahun berapa? Tahun 2004. Kalau di kira tahun dari tahun 2004 hingga 2022 ni maknanya dah 18 tahun juga email Gmail dibuka kepada umum.
Gmail sign in page pada tahun 2004
Sekitar tahun 2006 akaun email yang cukup popular pada ketika itu adalah Yahoo Mail juga Hotmail milik Microsoft. Kami di iAwani mulai membuka akaun email Yahoo pada tahun 2000 ketika masih lagi belajar di universiti. Rupa portal online Yahoo ketika tahun 2000 seperti dalam gambar di bawah perenggan ni.
Kalau nak sign in ke Yahoo Mail kena klik pada link bertulis Yahoo Mail kat kiri logo Yahoo warna tu. Camnilah rupa portal internet 22 tahun lalu. Penuh dengan teks serta kurang imej sebab internet masa tu cuma guna teknologi dial up berasaskan line telefon biasa dan bukannya guna teknologi fibre optic atau teknologi satelit seperti dalam tahun 2022.
Portal Yahoo pada tahun 2000
Pada tu kalau nak guna portal online Yahoo dengan lebih lanjut kenalah sign in guna Yahoo ID iaitu alamat akaun email Yahoo Mail. Punyalah bangga masa tu ada akaun email Yahoo. Siap buka akaun email guna nama penuh lagi untuk memudahkan kami sebagai student hantar assignment kepada pensyarah apabila di arah sedemikian.
Mulai sekitar tahun 2011-2012 akaun email Hotmail telah di tukar menjadi akaun email Live.com kesan dari tindakan Microsoft yang mulai memfokus lebih banyak kepada aktiviti cloud computing.
Setelah beberapa tahun membiarkan pengguna dengan Live.com pihak Microsoft mula mengalih perkhidmatan email percuma mereka kepada Outlook.com pula sehinggalah ke hari ini kala artikel ini kami tulis sekitar bulan Februari 2022.
Jadi walaupun anda sign in ke portal Microsoft guna email Live.com atau akaun email Hotmail.com anda tetap akan dapat sign in kerana kesemua akaun-akaun email tersebut tetap akaun email Microsoft walau nama berlainan.
Kenapa Nak Buka Akaun Gmail BaruDari pemerhatian kami juga dari pengalaman kami tolong buka akaun Gmail baru untuk sahabat juga klien bisnes, berikut beberapa sebab-sebab kenapa ramai di kalangan kita nak buka akaun Gmail baru untuk kegunaan masing-masing supaya senang sign-in untuk lihat & teliti apa email baharu yang dihantar masuk..
Sebelum Ni Tak Pernah Guna Gmail. Anda mungkin pengguna baharu yang tidak ada satu pun akaun Gmail sebelum ini. Sebagai contoh - anda merupakan pengguna Yahoo Mail, pengguna Hotmail atau iPhone lalu hanya adalah email khusus untuk pengguna iPhone iaitu iCloud.com. Mungkin hanya guna email dari Outlook.com sahaja atau hanya guna email dari domain milik rangkaian intranet milik organisasi tempat bertugas.Penggunaan Produk-produk Google Disekat Kerajaan - hal ini berlaku kepada pelancong-pelancong luar khususnya pelancong-pelancong dari negara China. Penduduk warganegara China yang datang ke Malaysia untuk melancong tidak ada akaun Gmail langsung kerana Gmail di sekat sepenuhnya di sana. Kalau di China orang sana banyak guna akaun email dikawal selia kerajaan mereka iaitu email 163.com juga QQ.comLupa alamat email Gmail lama dan lupa password akaun Gmail lama - Hal ni kerap berlaku. Dari sakit kepala naik migrain nak ingat apa password lama lebih senang lagi buka saja akaun Gmail baru. Tak sampai 5 minit dah boleh siap akaun Gmail baru anda tu.
Bagaimana Membuka Gmail Baru Untuk LoginAkaun Gmail baru lebih senang di buka di web browser yang digunakan di desktop pc atau laptop kerana skrin peranti tersebut yang jauh lebih besar berbanding membuka Gmail baru di smartphone
Tapi jika anda mahu membuka Gmail baru di smartphone tidak ada masalah sebenarnya kerana langkah-langkah membuka akaun Gmail baru yang kami akan terangkan dalam tutorial ini tetap sama
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 1 - Untuk membuka Gmail baru masuk ke mail.google.com atau cari saja portal masuk Gmail melalui search engine Google di peranti yang anda gunakan sekarang. Taip "Gmail" ataupun boleh juga taip "Google Mail" untuk masuk ke ruang sign-in Gmail. Kat situ ada link untuk daftar nak buka akaun baru Gmaiil. Rupa ruang sign in ke Gmail (log masuk ke Gmail) lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni. Klik pada butang bertulis "Dapatkan Gmail"
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 2 - Apabila dah sampai ke laman untuk sign in (log masuk) ke Gmail, klik atau sentuh pada link bertulis Buat Akaun atau Create Account jika peranti anda gunakan bahasa Inggeris. Anda akan lihat ada 3 pilihan di situ iaitu buka untuk diri saya sendiri, buka untuk anak saya, buka untuk perniagaan saya. Saranan kami sila pilih "buka untuk diri saya sendiri" supaya senang buka Gmail dengan lancar tanpa apa-apa masalah kelak
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 3 - Selepas itu anda akan di bawa ke skrin berikutnya yang sama seperti gambar di bawah. Inilah satu-satunya laman untuk membuka akaun Gmail baru secara online. Pastikan sambungan internet anda sentiasa online supaya dapat buka Gmail baru. Ini kerana proses buka akan Gmail baharu akan terhalang jika sambungan internet terputus. Gmail baru tidak dapat di buka secara offline. Kena online
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 4 - Isikan butir-butir diri anda di kekotak kosong untuk membuat akaun Gmail anda. Dalam gambar di atas bertulis "Buat Akaun Google Anda". Jangan risau. Membuka akaun baru Gmail maknanya membuka akaun baru Google. Gmail anda akan menjadi Google ID anda - iaitu identifikasi kepada diri anda. Lakukannya seperti dalam gambar di bawah ni. Google akan cadangkan beberapa nama sesuai berdasarkan nama anda taip ketika proses daftar macam gambar di bawah ni
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 5 - Seterusnya, anda perlu isikan butir-butir diperlukan oleh Google iaitu nombor telefon dan email recovery. Tujuan Google minta email recovery adalah untuk Google menghantar kod keselamatan ke email tersebut jika anda terlupa password. Apa-apa email lain milik anda sendiri boleh dijadikan sebagai email recovery.
Isikan alamat email tersebut dalam ruang "alamat email pemulihan" seperti dalam gambar di bawah. Selepas itu isikan tarikh lahir anda, bulan kelahiran dan tahun kelahiran. Lihat pada gambar di bawah ni sebagai contoh. Bila dah siap klik butang "Seterusnya" berwarna biru tu
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 6 - Bila dah siap seterusnya anda akan di bawa ke laman Privasi Dan Syarat seperti dalam contoh gambar di bawah. Bila dah sampai ke sini anda perlu scroll sampai ke perenggan bawah sekali dalam laman tu sampai nampak butang biru bertulis "Saya Setuju".
Klik pada butang "Saya Setuju" tu macam dalam gambar di bawah ni. Tak perlu baca kandungan laman Privasi Dan Syarat tu sebab panjang sangat. Tapi kalau nak baca juga tiada masalah juga walaupun ia akan memakan masa
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 7 - Selepas dah tekan butang "Saya Setuju" dalam langkah sebelum ini anda akan di bawa masuk ke Inbox akaun Gmail anda yang baru. Tahniah! Proses buka akaun email Gmail baru untuk diri anda sendiri dah pun siap.
Dah boleh guna pun akaun email Gmail baru anda tu. Anda dah boleh tukar beberapa tetapan asas atau biarkannya begitu sahaja. Ini contoh Inbox akaun email Gmail baru yang telah dibuka oleh penulis iAwani iaitu saudara Shukry Abdullah
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 8 - Untuk keluar dari akaun email Gmail selepas selesai menggunakannya anda kena cari butang "Log Out". Butang "Log Out" ada di bawah nama akaun email Gmail anda. Sila lihat ke penjuru kanan sebelah atas di bahagian tepi web browser yang anda gunakan. Kat situlah anda akan nampak nama yang anda gunakan untuk daftar akaun Gmail baru anda. Sebagai contoh jika anda gunakan nama seperti nama penulis blog teknologi iAwani iaitu "Shukry Abdullah" maka beginilah yang anda akan lihat
Buka Akaun Gmail Baru Langkah 9 - Selepas tu anda dah ada boleh gunakan Gmail baru tu untuk sign up akaun Facebook baru, sign up akaun baru Instagram atau untuk hantar assignment kepada guru. Dalam sesi pembelajaran dari rumah anda boleh masuk ke Google Classroom menggunakan Gmail baru anda. Bagi yang bekerja anda sudah boleh masuk ke Google Meet untuk menyertai sesi online meeting.
Trik Untuk Pengguna Akaun Email GmailDari pengalaman kami yang dah menggunakan akaun Gmail sejak 2005 - Anda boleh buka akaun email Gmail baru seberapa banyak yang anda suka.
Tapi, jika anda buka banyak akaun Gmail baru dalam 30 minit secara berturut-turut satu demi satu dari device yang sama juga dari IP Address yang sama Google akan block anda kerana dilihat sebagai melakukan aktiviti spam
Jadi, jangan tamak okay!
Kalau Google tidak block anda selepas tu Google akan buat verification dengan meminta nombor telefon. Selepas tu Google akan sms kod rahsia untuk dimasukkan ke proses pendaftaran akaun Gmail baru
Setelah itu anda tidak boleh lagi guna nombor telefon yang sama tadi tu untuk buka akaun Gmail baru yang lain selepas itu. Ini adalah strategi Google untuk halang spam juga untuk halang penyalahgunaan terhadap Gmail
Selepas tu melalui pengalaman kami dapati akaun email Gmail tidak akan dipadam secara automatik walau tidak login lebih dari 3 bulan iaitu lebih dari 90 hari.
Bahkan ada antara akaun Gmail kami yang kami dah tak login langsung lebih dari 2 tahun. Tapi masih tetap boleh masuk ke Inbox walau tak sign in lansung dalam masa 2 tahun.
2 tahun tu dah cukup lama
Hal ini tidak sama dengan Yahoo Mail.
Kalau guna Yahoo Mail anda kena sign in dalam masa 90 hari. Jika anda tidak sign in ke akaun email Yahoo Mail lebih dari 90 hari tu akibatnya akaun email Yahoo Mail milik anda akan di delete secara automatik oleh sistem komputer Yahoo
Apabila itu sudah terjadi alamat email akaun Yahoo Mail anda akan diambil oleh orang lain. Sesiapapun pengguna baru Yahoo Mail yang sedang buka akaun Yahoo Mail boleh ambil nama email lama anda tu
Dalam pertengahan tahun 2021 pihak Google telah menjadikan akaun Gmail sama ada akaun Gmail percuma dan Gmail berbayar sebagai sebahagian dari pakej Google Workspace
Jadi walaupun anda hanya menggunakan akaun email Gmail yang versi percuma tapi apabila membuka Gmail akan tetap akan lihat logo Google Workspace beserta progress bar warna merah tiap kali skrin loading untuk nak sign in ke akaun Gmail macam dalam gambar di bawah
Hal ini terjadi pada Gmail di web browser sahaja tapi tidak untuk aplikasi Gmail di smartphone
Kami harap hasil dari artikel tutorial ni anda mahir membuka akaun email Gmail baru di ketika yang lain untuk diri sendiri, untuk ahli keluarga atau untuk rakan sekerja. Jika anda ada nak tanya pasal Gmail boleh hubungi melalui laman Contact Blog iAwani
Untuk lihat artikel terbaru kami jemput ke laman utama iAwani blog teknologi
Installer Windows 11 Palsu Mengandungi Malware Redline Stealer Kini Tersebar4 Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia Dalam 20222 Lelaki Ini Dapat 4 Juta US Dollar Hasil Perlombongan Bitcoin Guna Gas Metana
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/buka-akaun-gmail-email-1.html