Bagaimana Bisnes Kecil Boleh Memulakan Tahun Baharu Dengan Langkah Kanan Walaupun Dalam Suasana Sukar


Azam tahun baharu bukan sahaja boleh ditetapkan oleh individu tetapi juga sesuai untuk perniagaan. Selepas menempuh tahun yang penuh dengan peluang dan cabaran, banyak syarikat tidak sabar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 dan menuju ke tahun yang lebih cerah



Memulakan tahun baharu memberi kita masa untuk bermuhasabah, belajar dan berkembang maju untuk menjadikan tahun 2024 lebih berdaya maju bagi diri kita dan malah syarikat kita. Perkara paling penting ialah kita mengambil iktibar daripada 2023 dan mengguna pakai apa yang kita pelajari dalam cabaran yang mungkin kita hadapi pada 2024. Berikut adalah beberapa pengajaran yang ingin kami kongsi bersama para pengedar bebas kami di seluruh dunia untuk membantu mereka melangkah maju dan meluaskan perniagaan masing-masing. 
Bergerak Tangkas dan Kekalkan Sikap Positif  
Walaupun pelbagai cabaran dihadapi dalam tempoh beberapa tahun lepas, masih ada sebab untuk kita bersikap optimistik. Banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia telah mencari cara untuk mempelopori inovasi dan memastikan perniagaan mereka terus beroperasi dan berkembang maju, malah tiada sebab pertumbuhan tidak boleh diteruskan pada tahun baharu yang mendatang. Bagi separuh pertama 2023, tinjau selidik Indeks Sentimen PKS oleh SME Bank mencatatkan bacaan positif. Sikap yakin tentang masa depan sesungguhnya satu cara yang baik untuk memulakan tahun baharu dan pancarkan keyakinan tersebut kepada pasukan dan pelanggan anda. 



Semak Semula Apa Yang Berkesan Untuk Anda
Satu cara yang menarik untuk memulakan tahun baharu ialah mengimbas kembali apa yang berkesan pada tahun 2023. Adakah anda telah menemui cara untuk mengurangkan kos atau menyelaraskan proses-proses anda? Adakah anda telah menambah baik perkhidmatan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian teknologi? Mungkin anda telah menemui cara yang baharu dan inovatif untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan. Sesetengah pemilik perniagaan melaporkan bahawa mereka berjaya menjalin hubungan yang lebih erat dengan pelanggan apabila mereka berkongsi maklumat yang lebih peribadi tentang cara mereka menghadapi cabaran semasa. Terus manfaatkan apa yang berkesan untuk mengembangkan perniagaan anda. 



Jangan Lupa Untuk Merancang
Ramai usahawan memulakan perniagaan mereka untuk mengatasi rintangan yang wujud dalam syarikat-syarikat besar. Di samping kebebasan untuk menjadi bos anda sendiri, mereka lazimnya bercita-cita untuk membebaskan diri mereka daripada sesi perancangan yang tidak pernah berakhir. Bagaimanapun, setiap perniagaan, sama ada besar atau kecil boleh mendapat manfaat daripada rancangan perniagaan. Luangkan masa pada tahun baharu untuk menulis matlamat bagi perniagaan anda pada 2024 dan juga menggariskan tindakan yang munasabah untuk mencapai matlamat tersebut. Tulis apakah sumber yang anda perlukan untuk mencapai objektif dan menetapkan jadual untuk mencapai matlamat tersebut. Apabila selesai, jangan hanya simpan dokumen tetapi kongsi dengan pasukan anda. Jangan lupa untuk semak semula setiap suku tahun untuk melihat di mana anda telah mencapai dan terlepas sasaran yang ditetapkan untuk matlamat ini. 
Mencari Peluang Perniagaan Baharu
Seperti kata pepatah Inggeris, “Apabila satu pintu tertutup, satu lagi pintu akan terbuka.” Walaupun keadaan nampak mencabar, jangan lupa bahawa kita sedang memperbaiki diri dalam segala aspek, dan kadangkala kemajuan, walaupun kecil, sudah memadai buat kita. 
Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Malaysia dan Singapura
Pada tahun yang mendatang, para usahawan boleh terus mencari cara baharu untuk mengendalikan perniagaan masing-masing. Tanya diri anda apakah yang diperlukan oleh pelanggan daripada anda dan bagaimana anda boleh menyediakan produk atau perkhidmatan tersebut dengan cara yang terbaik. Sebagai penyedia produk pemakanan dan kesejahteraan, kami tahu bahawa pengguna di seluruh dunia kini semakin tercari-cari penyelesaian yang meningkatkan kesihatan. Para pengedar bebas kami menganjurkan webinar dalam talian, sesi senaman luar dan berkongsi maklumat kesihatan berharga menerusi e-mel dan risalah berita. 
Tulis Nota Untuk Kekalkan Hubungan Positif
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan pembekal yang menyokong perniagaan anda selama ini? Permulaan tahun baharu ialah masa yang paling sesuai untuk bertanya khabar dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka. Minta mereka berkongsi dengan anda matlamat mereka pada tahun baharu dan tanya bagaimana anda boleh membantu mereka. Cuba bayangkan perasaan anda jika anda menerima surat peribadi – lebih baik jika ditulis dengan tangan – daripada sesebuah syarikat. Sebagai pemilik perniagaan kecil, anda boleh berhubung dengan mereka yang menjadi pelanggan perniagaan anda secara terus. Anda seharusnya meluangkan masa untuk berhubung secara positif untuk mengeratkan lagi hubungan


Sememangnya permulaan tahun baharu adalah detik istimewa buat kita semua. Kita berpeluang bermula sekali lagi dengan langkah kanan. Kita boleh belajar daripada kesilapan kita dan menyusuri pencapaian kita. Usahawan paling berjaya sentiasa mempelopori inovasi, mencari cara baharu untuk membina hubungan dengan pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Tahun ini ialah masa terbaik untuk mencorakkan masa depan kita dengan penuh yakin












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2024/01/bagaimana-bisnes-kecil-boleh-memulakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiru Gaya Anwar 25 Tahun Dulu Tapi Ceroi Hapa Pun Hang Tak Boleh Buat Malu Kedah Ja Kena 3 Jam Menonong Blah Gitu Ja

Tiru Gaya Anwar 25 Tahun Dulu Tapi Ceroi Hapa Pun Hang Tak Boleh Buat Malu Kedah Ja Kena 3 Jam Menonong Blah Gitu Ja

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 130 hits
SHAZLEE ZAINORDINIngatkan panglima perang Ingatkan pembela orang miskin Sembang kemain langkah mayat saya Kat TikTok pumpang 24 jam Baru kena 3 jam dgn SPRM Keluar terus balik ka bang Awat xda angkat tangan Awat sampai laa membisu Dah laa j...
Permohonan Lesen Sementara Bas Ekspres Dibuka Sempena Tahun Baharu Cina

Permohonan Lesen Sementara Bas Ekspres Dibuka Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 114 hits
Bas digunakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina perlu dilengkapi GPS berusia kurang 10 tahun PETALING JAYA Agensi Pengangkutan Awam Darat membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara kepada pengendali bas sempena perayaan Tahun Baharu Cina...
Rahsia Ibu Bapa 4 Langkah Penting Selepas Kedatangan Si Kecil

Rahsia Ibu Bapa 4 Langkah Penting Selepas Kedatangan Si Kecil

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 133 hits
Pasangan mana yang tidak gembira saat mengetahui mereka bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi Malah perasaan bahagia itu terus mekar saat permata hati yang dinantikan menjengah dunia ini Apatah lagi jika zuriat yang ditunggu merupakan anak...
Foto Suasana Akses Ke Puncak Bogor Via Keluar Pintu Tol Gadog Sepi Selama Malam Tahun Baru 2024

Foto Suasana Akses Ke Puncak Bogor Via Keluar Pintu Tol Gadog Sepi Selama Malam Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 128 hits
Penutupan jalur Puncak via akses keluar pintu Tol Gadog ditandai spanduk imbauan berisi informasi pengalihan arus selama malam Tahun Baru 2024
Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 119 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF nbsp Malam ini saudara saudara kita akan sambut Tahun Baharu tanpa kerajaan baharu Itu sindiran Datuk Lokman Noor Adam terhadap blok pembangkang Perikatan Nasional Pengarah Komunikasi UMNO itu berkata beliau yaki...
Percutian Tahun Baharu Ke Lombok Indonesia Yang Memukau Dengan Pantai Biru Dan Cantik

Percutian Tahun Baharu Ke Lombok Indonesia Yang Memukau Dengan Pantai Biru Dan Cantik

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 166 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Masih belum terlewat lagi Maha nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua tak kira di mana korang berada Tahun ni korang sam...
Mereka Akan Sukar Bina Syarikat Sendiri Lisa Jisoo Bp Dijangka Akan Ikut Jejak Langkah Jennie

Mereka Akan Sukar Bina Syarikat Sendiri Lisa Jisoo Bp Dijangka Akan Ikut Jejak Langkah Jennie

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 122 hits
Eh betul ke ni ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini saluran media Korea telah mendedahkan maklumat terkini mengenai status kontrak individu di antara BLACKPINK dan YG Di mana mereka telah turut menyatakan kebimbangan terhadap tindakan Jennie yan...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke