Bagaimana Bekas Kp Jabatan Veterinar Boleh Masuk Jadi Pengarah Farm Fresh
.
Tok perasan nama kawan Tok, Boss Susu, Azmi Zainal sudah tiada dalam senarai pengarah Farm Fresh yang bakal IPO. Tok nampak nama Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin bin A. Hassan Nizam.
.
Quaza ni Tok kenal. Korang pun boleh google siapa dia. Tok dah tolong kepil profile dia daripada prospectus tu, bacalah. Quaza ni ex-boss DVS yang baru je pencen. Terus dilantik jadi pengarah di Farm Fresh. Daring gila kan?
.
Tau tak antara kuasa KP DVS ni adalah bagi geran, bagi kuota import susu dan macam-macam lagi insentif daripada kerajaan melalui DVS yang Tok tau Farm Fresh banyak dapat melalui Quaza nilah.
.
Melantik Quaza jadi pengarah terus ni dan Quaza pula terus terima ni macam ada deal payback pula. Dulu, aku tolong kau, sekarang, kau lantiklah aku. Kan?
.
Di dalam prospectus, Quaza akan menerima 500,000 share Farm Fresh! Selain dapat director fee RM100,000. Wow!
.
Dahsyat kan? Daring sungguh! Adakah perbuatan ini dibenarkan oleh undang-undang? Adakah ini bukan rasuah dan salahguna kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
.
Adakah Quaza ketika di DVS telah dibela Farm Fresh dan kemudian jadi pengarah dalam Farm Fresh pula selepas bersara untuk memastikan DVS masih di bawah seliaan Farm Fresh?
.
Tok banyak juga dengar macam-macam hal dalam DVS ni. Tapi taktaulah apasal Azam Baki taknak cuit kan? Mungkin ada allocation juga kot pakai account CDS adik dia pula.
.
Tok rasa terpanggil nak komen sebab Tok rasa something wrong sangat. Tok taknaklah anak-anak dan masyarakat tersontot pula bila beli IPO ni.
.
Firasat Tok rasa diorang ni akan cashout dan chow je lepas Tok study nombor-nombor dalam prospectus IPO ni.
.
Wallahu’alam.
=)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/03/bagaimana-bekas-kp-jabatan-veterinar.html