Bagaimana Banyak Syarikat Boleh Jimat Melalui Wd 40
KUALA LUMPUR: Penyelenggaraan dan pembaikan – ini adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pemilik bagi memastikan peralatan mereka dalam keadaan baik dan berfungsi. Begitu juga situasinya bagi syarikat
Malah, untuk mempunyai peralatan atau mesin yang digunakan berada pada tahap optimum, penyelenggaraan khususnya, adalah sesuatu perkara penting yang tidak boleh abaikan oleh syarikat. Ini kerana kerosakan akan mengganggu produktiviti dan menyebabkan kehilangan perolehan (apabila penghantaran pesanan pekerjaan ditangguhkan), dan dalam sesetengah kes, syarikat boleh kehilangan pelanggan. Kerosakan juga mungkin boleh menyebabkan tuntutan dari segi undang-undang jika ia telah melanggar kontrak
Dalam erti kata lain, kerosakan menyebabkan kos yang mahal, dan mungkin mendorong syarikat ke arah kerugian. Pembaikan – pula termasuk penggantian baru - sama ada ia tidak murah dan barangkali menyumbang kepada kelewatan dalam pengeluaran, oleh itu mereka perlu memastikan kerosakan itu pada tahap minimum
Satu-satunya cara untuk memastikan kedua-duanya, iaitu pembaikan dan penggantian berada pada tahap minimum adalah dengan membuat penyelenggaraan berjadual serta lebih baik dilakukan secara berkala. Melalui pembantu yang boleh diharap dan dipercayai seperti Produk Pelbagai Guna WD-40®, ia dilihat telah membantu banyak syarikat selama bertahun-tahun bagi menangani situasi seperti ini
Turut dikenali sebagai ‘Tin dengan beribu kegunaan’, Produk Pelbagai Guna WD-40® telah membantu pengguna dalam pelbagai bidang dan industri, seperti pembinaan kapal, sektor tenaga angin, keretapi, percetakan, perlombongan, pertanian, dan penyelenggaraan umum peralatan elektrik dan pneumatik – serta pelbagai lagi
Produk ini adalah jenama yang dipercayai dalam penyelenggaraan mesin kerana ia melindungi logam daripada karat dan hakisan, membebaskan benda yang tersekat atau beku, menghilangkan kelembapan, dan berfungsi sebagai pelincir bagi hampir semua benda, yang membuatkannya hebat untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan jangka hayat peralatan.
Dan disebabkan ia menghilangkan kelembapan, produk ini cepat mengeringkan sistem elektrik untuk mengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Ia juga menghalang hakisan bateri dan membantu untuk menghidupkan enjin ketika basah. Selain itu, ia juga memberi pembersihan yang berkesan bagi gris dan kotoran degil, manakala formula bukan aerosolnya juga memudahkan pelekat ditanggalkan
Ciri-ciri - dan reka bentuk pintarnya yang terdapat dalam produk ini, termasuk straw fleksibel yang disediakan – menjadikannya pembantu yang hebat dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan dan barangan, serta memberi perlindungan kepada semua jenis gear dan bahagian enjin daripada berkarat, melonggarkan skru yang ketat, serta membersihkan dan melincirkan bahagian yang sukar dicapai
Dalam proses pembuatan yang dipanggil pengacuan, sebagai contohnya, Produk Pelbagai Guna WD-40® juga menyediakan pembersihan dan penyelenggaraan cetakan anti-karat yang berkesan dan mudah, serta memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan terbabit. Ia juga digunakan sebagai ejen pelepas untuk acuan plastik tertentu, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan prosedur teknikal, yang menjimatkan penggunaan tenaga manusia dan bahan yang digunakan
Terdapat banyak sebab mengapa tin kecil biru dan kuning ini, dengan formula asalnya dicipta sejak 66 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1953, kekal sebagai produk penting yang perlu ada di setiap garaj dan kotak peralatan anda, sama ada di kalangan penyelenggara profesional mahupun amatur
WD-40® juga mempunyai rangkaian siri pakar dan produk siri automotif untuk memenuhi keperluan khusus dan tugas berat industri bagi setiap situasi yang berbeza
Untuk mengetahui bagaimana Produk Pelbagai Guna WD-40® atau barisan produk pakarnya boleh membantu dalam perniagaan anda atau memudahkan kehidupan anda, boleh terus melayari https://wd40.asia/.
MENGENAI SYARIKAT WD-40®
Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu
ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil
Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.
Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive
Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.
Untuk maklumat lanjut dan gambar siaran, sila hubungiChanGreatWorks MarketingTel +6012 362 7205Email
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://seindahcerita.blogspot.com/2019/03/bagaimana-banyak-syarikat-boleh-jimat.html