Bagaimana Bank Buat Duit Dengan Hanya Menguruskan Transaksi Duit Orang Sahaja




Di London ada satu gereja yang ditubuhkan dalam tahun 1185 bernama Temple Church. Ia kemudian menjadi pusat kepada Knights Templar di London.
Ia boleh dianggap sebagai bank pertama di London.
Anda tentu tertanya bagaimana sebuah gereja boleh jadi bank pulak?
Kisahnya begini.
Temple Church jadi bankPada tahun 1099, tentera kristian Eropah telah berjaya menawan Jerusalem dari tangan tentera Islam. Bila Jerusalem berada di bawah kristian, penganut agama Kristian beramai-ramai mula pergi ke situ untuk menunaikan perjalanan ke tempat yang mereka anggap suci itu. Jerusalem menjadi pusat menunaikan haji orang kristian.
Dalam melakukan perjalanan yang jauh begitu, secara beramai-ramai pulak, perlu ada persediaan kenderaan, makanan, minuman, tempat tinggal dan sebagainya, sepanjang perjalanan itu. Kena bawa duit banyak dalam perjalanan.
Kalau anda bawa duit banyak masa tu, anda mendedahkan diri kepada para perompak. Jadi perlu ada solusi yang lebih selamat.
Solusi itulah yang disediakan oleh Temple Church.
Para pengembara hanya perlu simpan duit tunai mereka di Temple Church. Kemudian mereka akan diberikan surat jaminan bank. Perjalanan boleh diteruskan tanpa perlu bawa duit.
Bila sampai di Jerusalem nanti, pengembara boleh tunaikan duit mereka di sana.
Yang menarik, aktiviti perkhidmatan kewangan itu dilakukan oleh pihak gereja dan bukanlah pihak kerajaan. Boleh dianggap sebagai Bank Swasta bagi zaman sekarang. Bank swasta yang dimiliki oleh Pope yang ada kabel besar dengan semua raja dan kerajaan lain di seluruh eropah.
Aktiviti kemudahan kewangan yang pihak Temple Church tawarkan pergi lebih jauh sehingga ke tahap menjadi broker jual dan beli hartanah.
Khidmat kewangan Dinasti TangCara sama telah dilakukan oleh Dinasti Tang beberapa abad lebih awal dari itu. Ia di panggil 'Feiqian' -Para peniaga boleh simpan duit mereka di mana-mana bandar lain tukarkan kepada dokumen dan boleh ambil balik duit tu di pusat bandar lain.
Di China, perkhidmatan itu dilakukan oleh kerajaan.
Cara yang sama sebenarnya sudah diamalkan oleh para pedagang Islam sejak abad ke 9 lama dahulu. Orang Islam membentuk sistem perniagaan dan kewangan yang teratur dan maju untuk orang awam gunakan dengan selamat. Saya pasti anda dah tahu tentang cerita tersebut jadi tak perlulah saya ceritakan semula di sini.
Khidmat kewangan di LyonPada abad ke 16 jika anda pergi ke Lyon, di Perancis ada sebuah ekspo perniagaan antarabangsa yang mengumpulkan semua pedagang dan peniaga dari seluruh Eropah. Mereka bawa barangan masing-masing untuk berniaga.
Ada yang datang untuk membeli barang dan ada juga yang hadir untuk menjual barang.
Tapi ada pedagang dari Itali yang hadir di situ tidak bawa apa-apa barang. Mereka juga tak beli barang dari mana-mana pedagang yang ada. Sebaliknya, mereka ada dalam ekspo perdagangan itu dengan sebuah meja, kertas dan pen.
Anda boleh lihat pedagang akan datang dan pergi, berurusan dengan orang Itali sama sibuk dengan aktiviti jual dan beli barang. Dan aktiviti itu membuatkan mereka jadi kaya raya. Orang yang tak faham, tentu timbul curiga terhadap aktiviti mereka.
Bagi para peniaga dan pedagang elite di eropah, mereka faham dan sudah biasa dengan aktiviti orang Italy itu. Ia adalah sah bagi mereka malah sangat membantu. Pedagang Italy itu kerjanya jual dan beli hutang.
Jika anda nak beli sesuatu di sana, hanya perlu ke meja orang Italy itu dan dapatkan pinjaman yang dipanggil Kredit Note. Ia dikeluarkan dalam nilai unik mereka tersendiri yang diiktiraf oleh semua agensi pinjaman sesama mereka di peringkat antarabangsa.
Anda tak perlu bawa duit orang Melayu untuk beli yang dijual oleh orang Lyon di Perancis dalam mata wang franc. Kredit note itu boleh diguna pakai dan ditukar kan di negara anda sendiri dalam mata wang tempat tersebut.
Antara kelebihannya adalah orang Lyon dapat percaya kepada pembelian dan pembayaran yang anda buat sekalipun tiada rekod reputasi dan anda orang Melayu yang siapapun tak kenal di pesta perdagangan Lyon sana. Itu satu nilai besar. Tak hairanlah orang Itai tu semua jadi kaya.
Setiap beberapa bulan sekali, agen dari semua peminjam itu akan bertemu sesama mereka dan mula semak dan contra balik semua pertukaran yang ada pada mereka. Kemudian bayar mana yang lebih atau kurang dan selesai urusan buat duit mereka itu tanpa perlu ada duit satu sen pun.
Khidmat Ceti dan AlongKalau anda tanya tok nenek atau orang tua anda jika masih hidup, tentu di ingat tentang wujudnya ceti ketika zaman P Ramlee dulu. Mereka wujud dan jadi kaya dengan menawarkan perkhidmatan kewangan yang lebih kurang sama juga lah. Beli dan jual hutang.
Zaman sekarang, bila bank di negara kita sudah terlalu dikawal dan hanya beberapa buah bank saja yang dibenarkan beroperasi di Malaysia, maka sistem kewangan di bawah undang-undang negara sudah jadi sistem oligopoli dengan semua bank perlu tunduk pada bank negara.
Bila jadi begitu, pengguna yang rugi sebab pihak bank tak payah berlawan sangat untuk berikan khidmat terbaik mereka kepada orang ramai. 
Para peniaga nak buat pinjaman jadi susah dan terlalu banyak benda kena buat.
Akhirnya Along muncul untuk berikan pertolongan mereka kepada para peniaga yang terdesak. Along buat kerja pantas untuk proses pinjaman. Bagi IC saja dah cukup dan anda dapat duit. Tak ada mana-mana bank yang mampu lawan cara along bagi pinjam. Maka kegiatan along bercambah sebab mendapat sambutan meriah dari ramai peniaga yang bermasalah.
Along dan Ceti buat duit tanpa perlu buat apa-apa perniagaan barang pun. Hanya beli dan jual hutang.
Kewangan digitalZaman sekarang dengan kecanggihan teknologi yang ada, anda boleh ke sani sini, berbelanja, makan dan minum hanya dengan bawa telefon pintar anda saja.
Kalau dulu kemudahan pembayaran hanya ada pada peniaga yang besar saja, sekarang peniaga nasi lemak tepi jalan pun dah boleh guna kemudahan pembayaran itu. Yang paling hebat paling ramai di pakai ada pembayaran melalui QR Code.
Ia memberikan kebaikan kepada ramai peniaga.
Tapi malangnya, peniaga akan mula di kenakan charge untuk perkhidmatan itu. Chargenya pulak lebih tinggi dari charge yang kad kredit kenakan. 
Sistem QR Code itu di miliki oleh ketuanya bank negara dan semua rangkaian bank-bank lain yang memang semua orang tahu saban tahun catatkan keuntungan berbillion-billion. Dan mereka masih tidak puas dengan apa yang sudah dikecapi. Mereka mahu lebih lagi.
Sistem beli dan jual hutang seperti mana yang orang Italy di atas buat dulu itu sudah diadakan semula secara digital sekarang oleh pihak bank yang menguasai sistem kewangan sekarang dan ia turut sama disekongkol oleh pihak bank negara yang sepatutnya berkecuali dan lebih kepada menjaga kepentingan rakyat dan peniaga kecil.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/09/bagaimana-bank-buat-duit-dengan-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Lemas Dalam Kolam Renang Abang Tiri Disyaki Hanya Perhati Sahaja

Budak Lemas Dalam Kolam Renang Abang Tiri Disyaki Hanya Perhati Sahaja

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 261 hits
Polis menahan seorang lelaki susulan menerima laporan mengenai kematian kanak kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah kolam renang di Bangi pada 13 September lalu Ketua Polis Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata suspek y...
Siapa Kata Ringgit Jatuh Membimbangkan Yang Pandai Buat Duit Tenang Sahaja Tetap Untung Besar

Siapa Kata Ringgit Jatuh Membimbangkan Yang Pandai Buat Duit Tenang Sahaja Tetap Untung Besar

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 130 hits
Ibrahim Mat IsaEmas Tak selamanya seluang melaut kata bidalan menjunam pasti menjongket Dah sampai ke dasar nak pergi mana lagi Kannn Chart harian sudah mendasar tapi bulanan USD masih gagah Kerajaan US pun dah selamat dari bangkrup Hati ke...
Menteri Hanya Yang Ada Id Khas Boleh Beli Minyak Masak Peket Tahun Depan

Menteri Hanya Yang Ada Id Khas Boleh Beli Minyak Masak Peket Tahun Depan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 262 hits
Afiezy AzamanKUALA LUMPUR Hanya mereka yang ada pengenalan diri khas dan disahkan layak sahaja boleh mendapatkan minyak masak berpeket melalui subsidi bersasar yang dijangka diperkenalkan tahun depan Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri...
Dijamin Sedap Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 Youtuber Ini

Dijamin Sedap Ikuti Resepi Makanan Korea Hanya Di Rumah Dari 5 Youtuber Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 268 hits
Orang ramai semakin mencari resepi memasak makanan Korea di rumah kerana banyak manfaatnya kalau masak sendiri Baca Ramai YouTuber makanan Korea menawarkan resepi yang mudah untuk semua jenis hidangan Maangchi Dari tahun 2007 hingga sekaran...
14 Manfaat Minuman Bersoda Tak Hanya Untuk Dikonsumsi Saja

14 Manfaat Minuman Bersoda Tak Hanya Untuk Dikonsumsi Saja

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 261 hits
Jika kamu beranggapan bahwa minuman bersoda buruk untuk kesehatanmu kamu bisa mencoba memanfaatkannya untuk hal hal lain
5 Resepi Murah Dan Cepat Dengan Hanya 2 Bahan

5 Resepi Murah Dan Cepat Dengan Hanya 2 Bahan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 187 hits
Kek coklatbahan bahan3 biji telur180 gram coklat gelap atau susuBagaimana ia disediakan Sediakan kuali dengan melapiknya dengan kertas minyak Panaskan ketuhar hingga 180 C Asingkan telur pukul putih telur berbuih dengan pemukul atau pengadu...
Jual Nasi Bajet Hanya Rm4 Sebungkus Habis Tak Sampai 120 Minit Ini Rahsianya

Jual Nasi Bajet Hanya Rm4 Sebungkus Habis Tak Sampai 120 Minit Ini Rahsianya

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 257 hits
RM4 je sebungkus Biar betul Ha macam tak percaya tapi itulah harga bagi sebungkus nasi bajet yang dijual Mek Klate di Tumpat ini Bukan jer murah tapi peniaga ini turut menawarkan pelbagai jenis lauk antaranya ayam cincang ayam gulai ikan ke...
Tak Hanya Relawan Jokowi Kaesang Ungkap Psi Terbuka Untuk Masyarakat

Tak Hanya Relawan Jokowi Kaesang Ungkap Psi Terbuka Untuk Masyarakat

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 220 hits
PSI juga siap menerima masyarakat yang ingin maju sebagai caleg di Pemilu 2024
Nina Yunken Hanya

Nina Yunken Hanya

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 205 hits
Nina Yunken Hanya Pernah kurasakan Pedih tak ada ujung Lelah ku menghapus Air mata yg jatuh Ingin ku mengulang Tawa bersamamu Rindu ku mendekap Hangat cinta yang kau bri Hanya kini semua Tak mungkin Hanya bukan untukku Hanya anganku Habis s...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi