Bagaimana Anda Dapat Jadikan Masa Lebih Panjang Dalam Dunia Yang Mencabar Sekarang Ini




Ada satu video tentang masa yang saya tonton dalam media sosial yang kata-katanya melekat dalam kepala. Dalam video itu, masa digambarkan sebagai satu perkara yang perlu ada supaya dunia ada pergerakan, ada dimensi dan seumpamanya, seperti mana yang anda rasa selama ini.
Apa yang dapat dirumuskan dari penerangan itu adalah seperti berikut.

“Masa diperlukan supaya segala perkara yang ada di alam ini tidak berlaku sekali gus”
Kata-kata itu dikaitkan dengan saintis terkenal Albert Einstein. Kalau masa tiada, segala kejadian akan berlaku serentak. Zas! 
Memang agak sukar untuk dibayangkan bagaimana diri anda sejak dilahirkan sehinggalah menemui kematian nanti berlaku secara serentak dalam satu masa, TUP! Tetapi itulah yang dilalui oleh satu unsur yang bernama Photon. Ia bergerak dengan kelajuan cahaya.
Oleh sebab kelajuan cahaya adalah malar, maka dia tidak terikat pada masa. Ertinya, di mata photon, jika dia satu makhluk yang sedar, semua kejadian bermula dari wujudnya alam raya ini sehinggalah sekarang yang dah berbillion tahun, berlaku dalam masa yang sama.
Anda dan saya bukan photon dan kita tak bergerak dengan kelajuan cahaya, maka sudah tentu masa sentiasa wujud dalam lingkungan kehidupan selama ini. Ayuh kembali ke alam manusia biasa semula.
Masa adalah relatifSatu perkara yang saya rasa sebaik saja melepasi zaman remaja, semakin umur meningkat semakin banyak yang perlu dilakukan. Tambahan pula selepas dah mendirikan rumah tangga dan kemudiannya dikurniakan anak yang perlu dibesarkan, masa dirasakan berjalan sangat pantas. Kadangkala anda rasa masa macam tak cukup. Sedangkan dari dulu masa tetap sama, 24 jam juga sehari.
Perasaan masa tak cukup akan bertambah lagi dirasai jika anda punya cita-cita yang tinggi. Lebih-lebih lagi pada anda yang sedang berusaha membina sebuah perniagaan. Anda ada visi besar terhadap syarikat yang manu dibina itu.
Jika anda tak berniaga, sama juga. Orang makan gaji, terutamanya yang tinggi komitmen terhadap tugasan, masa bergerak dengan laju juga. Setiap tugasan terpaksa dilaksanakan mengikut masa yang ditentukan oleh majikan atau boss. Anda akan sering alami rasa kecewa sebab asyik tak cukup masa, semuanya urgent, datang bertimpa-timpa.
Yang peliknya, dalam keadaan tenggelam rasa masa tak cukup itu, anda (saya pun sama juga) sering leka melayari media sosial yang menghiburkan. Tiktok, IG, FB, WhatsApp, Twitter atau X dan seumpamanya. Ada saja benda menarik yang membuatkan anda melekat tak sedar sampai berjam-jam.
Akhirnya timbul perasaan menyesal sebab sia-siakan masa. Tapi tak lama selepas itu perkara yang sama diulang buat dan masa sekali lagi terbuang.
Bagaimana nak pastikan anda rasa masa lebih panjang supaya apa yang dikejar dapat dilaksanakan?
Panjangkan masaSebenarnya anda dapat jadikan masa lebih panjang dan bermakna dalam hidup. Sekalipun semua orang ada masa yang sama iaitu 24 jam sehari, setiap orang akan lalui tempoh masa yang tidak sama di dalam minda sedar nya.
Ia bergantung kepada aktiviti yang anda buat bagi mengisi masa tersebut. 
Secara umum ada 2 cara untuk anda isikan masa. Satu masa yang anda luangkan untuk buat aktiviti bagi faedah diri anda sendiri. Layari media sosial, layan TV, lepak atas sofa tertidur dan sebagainya terang-terang untuk diri sendiri yang bertemakan keseronokan dan hiburan. Pergi memancing atau layan hobi juga adalah contoh masa yang anda luangkan untuk diri sendiri.
Kedua adalah masa yang anda luangkan untuk aktiviti bagi faedah orang lain. Tolong isteri masak, tolong anak buat Math, tolong orang tua lintas jalan. Ziarah orang tua di kampung, sertai gotong royong memasak kenduri kahwin di rumah kawan dan sebagainya masuk dalam kategori masa diluangkan untuk faedah orang lain.
Berdasarkan kajian, cara luangkan masa kedua itu dapat panjangkan masa anda. Memang pelik juga sebab masa jadi panjang bila anda luangkannya untuk faedah orang lain dan bukan untuk diri anda sendiri.
Malah jika anda asyik luangkan masa untuk diri sendiri, masa akan jadi makin pendek.
Salah satu punca masa jadi panjang apabila diluangkan untuk orang lain adalah anda akan rasa tidak tergesa-gesa kelam kabut berkhidmat secara sukarela membantu orang lain. Ada kaitan dengan kepuasan dan makna hidup yang berlaku dalam kepala anda.
Tempoh lama mana anda luangkan masa tidak memberi kesan. Ertinya jika anda bantu orang dan luang masa 5 minit tetap sama saja jika anda bantu orang dengan luangkan masa 30 minit. Kesannya sama, anda rasa masa lebih panjang, janji bantu orang. 
Jadi tak perlu luangkan masa yang lama asyik bantu orang. Asalkan sentiasa ada sekejap, sudah memadai dan mencukupi. Jika habis semua masa tolong orang lain sampai abaikan tanggung jawab juga tak bagus. 
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan mudah untuk merasa puas dengan penggunaan masa adalah seperti:
Luangkan masa mengajar anak menulis atau lain-lainSertai AJK Masjid atau Surau mengimarahkan Rumah AllahAjak kawan keluar untuk belanja makan atau minumBantu kawan yang perlukan idea baru untuk berniagaBantu isteri masak atau buat lain-lain kerja rumahHantar jiran atau kawan yang menghadapi masalah kenderaanBuat kerja kebajikan secara sukarela dengan mana-mana pertubuhanBanyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Yang pentingnya aktiviti tersebut membantu orang lain. Perasaan puas dan masa dirasakan bertambah setiap kali anda meluangkan sedikit masa membantu manusia lain berbanding jika bersendirian melayari internet dan sebagainya seorang diri.
Baca kajiannya di sini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/05/bagaimana-anda-dapat-jadikan-masa-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Patahkan Persepsi Sekarang Adalah Masa Untuk Ofensif Dan Bukan Lagi Defensif

Wan Rosdy Patahkan Persepsi Sekarang Adalah Masa Untuk Ofensif Dan Bukan Lagi Defensif

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 167 hits
JERANTUT Sekarang adalah masa untuk ofensif dan bukannya defensif dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak dihujani dengan pelbagai persepsi yang akhirnya merugikan parti Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan ...
Dulu Dan Sekarang Menukar Bilik Yang Sama Supaya Lebih Segar Kemas Dan

Dulu Dan Sekarang Menukar Bilik Yang Sama Supaya Lebih Segar Kemas Dan

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 158 hits
Sebelum dan Selepas Kita transform bilik yang sama menjadi lebih segar kemas dan teratur dengan IKEA item Kredit Anis Syuhada The post appeared first on
Hutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun

Hutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 272 hits
AssalamualaikumHutang Jangka Masa Panjang Pertama Di Usia 28 Tahun Alhamdulillah Segala puji bagiMu ya Allah Siapa sangka di usia 28 tahun yang hampir menjangkau usia 29 tahun aku mampu memiliki kenderaan sendiri walaupun dalam status berhu...
Dulu Masa Dia 30k Sekarang 10k Nobita Heran

Dulu Masa Dia 30k Sekarang 10k Nobita Heran

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 122 hits
Harakatdaily Radzi Jidin gesa Menteri Pendidikan beri jawapan tentang ketidakhadiran 10 ribu calon SPM Dulu 30 ribu kenapa makin turun ujarnya hairan
Awas Rakyat Malaysia Makan Paling Banyak Mikroplastik Di Dunia

Awas Rakyat Malaysia Makan Paling Banyak Mikroplastik Di Dunia

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 300 hits
KOSMONEW YORK Satu kajian baharu di Amerika Syarikat mendapati rakyat Malaysia makan kira kira 15 gram mikroplastik sebulan lapor sebuah portal berita kelmarin Jumlah itu adalah yang tertinggi di dunia Majoriti sumber partikel plastik yang ...
Enggan Hadiri Reunion 20 Tahun Filem Taegukgi Won Bin Tekad Nak Bersara Dari Dunia Lakonan

Enggan Hadiri Reunion 20 Tahun Filem Taegukgi Won Bin Tekad Nak Bersara Dari Dunia Lakonan

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 198 hits
Sepertinya Won Bin telah memutuskan untuk bersara dari dunia lakonan Artikel Berkaitan Menurut pihak industri filem Taegukgi The Brotherhood of War dijangka akan ditayangkan semula pada 30 Mei ini sempena 20 tahun sejak naskhah itu dikeluar...
Kepupusan Gelaran Pasukan Malaysia Berterusan Setelah Kekalahan Piala Dunia Kepada Thailand

Kepupusan Gelaran Pasukan Malaysia Berterusan Setelah Kekalahan Piala Dunia Kepada Thailand

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 200 hits
MALAYSIA gagal mengakhiri tunggu selama 33 tahun untuk kejayaan setelah kalah 2 1 kepada Thailand yang hebat dalam final pasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini Kekalahan di rumah bermaksud skuad kebangsaan gaga...
Pramugari Berkhidmat 67 Tahun Meninggal Dunia

Pramugari Berkhidmat 67 Tahun Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 185 hits
AgensiBETTE Nash masih bertugas pada usia 81 tahun pada 2017 FOTO fail AFPWashington Pramugari paling lama berkhidmat di dunia Bette Nash meninggal dunia pada usia 88 tahun selepas hampir 70 tahun berkhidmat dalam kerjaya itu lapor BBC Menu...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation