Bagaikan Enau Dalam Belukar Begitulah Manusia Di Hutan Besi


Dunia di hutan konkrit dan gelas ini penuh dengan pancaroba.Ia mencorakkan insan menjadi egois dan hanya mementingkan diri masing-masing.Ketika Master sampai di Kuala Lumpur dahulu, dia agak menghormati orang tua. Jika menaiki bas dan Master dapat duduk, akan diserahkannya kepada mereka yang lebih memerlukan.Namun lama kelamaan sikap itu terhakis. Lama kelamaan sifat Master bertukar rona.Gamaknya pada masa sekarang Master akan lebih rela menduduki tempat duduk itu sendiri tanpa menyerahkannya kepada sesiapa.Adakah ia kerana sombong? Tedi tidak berasa demikian.Dalam mengharungi kehidupan seharian di kota kaca ini, kita mungkin kelelahan dan mengalami tekanan.Kelelahan dan tekanan itu mencorak diri kita sehingga kita lupakan kelelahan dan tekanan pada orang lain.Ketika itulah kita hanya mementingkan diri sendiri.Perkara ini membuat Tedi terfikir seketika, mengenangkan satu peribahasa yang agak cerdik tinggalan mereka yang terdahulu daripada kita."Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"Peribahasa itu secara rasminya bermaksud masyarakat yang tiada muafakat, hanya berpegang pada pendapat sendiri.Peribahasa itu secara mudahnya ditafsir sifat manusia yang mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain.Tapi apabila difikirkan mendalam, "enau dalam belukar" adalah satu gambaran yang dahsyat! Di mana keadaan enau itu terpaksa bersaing sesama sendiri demi melepaskan hajat masing-masing. Mereka bukan saja-saja mementingkan diri, tetapi keadaan sekeliling yang memaksa.Contohnya dalam kesesakan lalu-lintas, walaupun apa yang diajar adalah bergilir-gilir memberi lalua, namun dek kerana tekanan punch card atau mengejar masa masuk pejabat jam 8.30, manusia kota raya melupakan ajaran itu dan masing-masing "mencucuk" kereta agar tiada ruang diberikan kepada orang lain.Boleh juga dijadikan contoh dalam suasana kerja di pejabat, apabila pendapat seseorang yang naif dan jujur digunakan untuk menikamnya dari belakang semata-mata untuk menjaga air muka atau demi mempromosi diri.Ermmm... desakan hidup di kotaraya, menghakis nilai murni yang ditelan masa.Apakah itu enau?Sibuk berperibahasa sehingga lupa mencari makna. Peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing itu memberitahu kita bahawa enau adalah sejenis tumbuhan.
Tumbuhan apakah itu?
Enau sebenarnya adalah sejenis tumbuhan palma yang nama saintifiknya disebut Arenga Pinnata. Ia juga disebut orang di Malaysia sebagai pokok aren atau pokok kabung. Kita boleh mendapatkan gula daripada enau, jika kawan-kawan pernah dengar nama gula kabung atau gula aren.
Ini adalah gambar lukisan vektor pokok enau.
Mati-mati Tedi ingat selama ni bahawa Gula Kabung dan Gula Merah itu sama iaitu daripada nira pokok kelapa. Di bawah ni adalah gambar buah kabung yang sedap jika diletakkan dalam air batu campur, nyam nyam.
Di bawah ini pula adalah gambar buah kabung yang belum masak.
Penafian:Rencana ini adalah pendapat Tedi tentang maksud peribahasa bagai enau dalam belukar. Ia mungkin salah atau tidak.
Karangan ini pertama kali diterbitkan pada 10 Feb 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2015/02/bagaikan-enau-dalam-belukar-begitulah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyebab Harimau Sumatera Serang Manusia Mangsanya Habis Diburu

Penyebab Harimau Sumatera Serang Manusia Mangsanya Habis Diburu

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 249 hits
Balai Konservasi Sumber Daya Alam menyebut salah satu penyebab keluarnya harimau Sumatera dari habitatnya karena mangsanya sudah habis diburu manusia Akibatnya raja hutan itu memangsa apapun yang ditemuinya termasuk manusia
Buku Diperbuat Dari Kulit Manusia

Buku Diperbuat Dari Kulit Manusia

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 699 hits
Pakar di Universiti Harvard mengesahkan satu naskhah buku dari kurun ke 19 yang tersimpan di perpustakaan pusat pengajian elit itu menggunakan kulit manusia sebagai kemasan akhirnya Saintis menjalankan siri ujian ke atas buku karya penulis ...
Manusia Pelik Punyai Tiga Mulut

Manusia Pelik Punyai Tiga Mulut

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 578 hits
Pencinta seni saat ini semakin dimanjakan dengan pelbagai jenis seni tubuh seperti tatto dan piercing Dengan berkembangnya zaman body piercing atau seni tindik pada badan akhir akhir ini semakin diminati di pelbagai negara sama halnya denga...
Kebakaran Hutan Di Australia Terus Mengganas Setengah Billion Haiwan Dianggarkan Mati

Kebakaran Hutan Di Australia Terus Mengganas Setengah Billion Haiwan Dianggarkan Mati

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 624 hits
Kebakaran hutan terus memberi kebimbangan kepada semua pihak setelah hampir 500 juta haiwan telah ditemui mati sejak krisis bermula Ahli ekologi dari Universiti Sydney menganggarkan 480 juta mamalia burung dan reptilia telah hilang sejak Se...
Video Mendebarkan Tim Pemadam Kebakaran Australia Dikejar Kobaran Api Kebakaran Hutan

Video Mendebarkan Tim Pemadam Kebakaran Australia Dikejar Kobaran Api Kebakaran Hutan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 441 hits
Video itu diunggah ke Twitter oleh tim Fire and Rescue NSW pada 31 Desember dan video itu direkam oleh kru dari Station 509 Wyoming yang pada saat itu tengah berada di selatan Nowra ketika mereka dikepung kobaran api kebakaran hutan
Hilang 13 Hari Di Hutan Nunukan Wn Australia Ditemukan Selamat

Hilang 13 Hari Di Hutan Nunukan Wn Australia Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 354 hits
WN Australia Camkin Stephen Honard bersama pemandu Muhammad Mohdar ditemukan dalam kondisi selamat Kamis Sebelumnya keduanya dilaporkan hilang sejak Jumat lalu di hutan belantara di Krayan Selatan Nunukan Kalimantan Utara
Mengapa Manusia Tersedu

Mengapa Manusia Tersedu

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 326 hits
Gejala biasa dihadapi manusia ada kaitan dengan saluran pernafasanSedu menyebabkan individu rasa tidak selesa dan merimaskan Ia adalah keadaan biasa dirasai sama ada bayi kanak kanak atau orang dewasa dan pelbagai cara digunakan untuk mengh...
Saksikan Syaitan Pemakan Manusia Dalam Trailer Filem Seram Antlers

Saksikan Syaitan Pemakan Manusia Dalam Trailer Filem Seram Antlers

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 625 hits
FOX Searchlight telah melancarkan trailer terakhir filem seram Antlers adaptasi dari cerita pendek The Quiet Boy tulisan Nick Antosca Anda boleh saksikan trailer menakutkan itu dipemain video dibawah Antlers berkisarkan tentang seorang cikg...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Koleksi Ucapan Whatsapp Hari Raya Aidilfitri Pantun Mesej Terbaik

Hidangan Ramadan Dan Basikal Raya

Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Petrol Ganti Minyak Tanah Jika Tiada Untuk Pasang Pelita Raya 4 Risiko Wajib Anda Tahu

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More