Bagai Jatuh Ditimpa Tangga Tidak Suka Meminta Minta Tapi


Bagai jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib menimpa sebuah keluarga apabila kehilangan mata pencarian ketika menunggu kelahiran cahaya mata keempat pada bulan hadapan.
Hashrudy Afero Idris, 37, dan isterinya Asma Ismail, 42, kini hanya bergantung hidup dengan pendapatan daripada menjual pakaian terpakai berharga RM1 sehelai di hadapan taman perumahan itu selepas kedai makan tempat mereka bekerja ditutup.
Hidup dalam serba kemiskinan membuatkan pasangan yang memiliki tiga anak iaitu Irma Fatehah Batrisya, 12, Don Daniel Don Biyajid, 7, dan Armel Syarifah Qhasif ,4, tidak dapat menghantar dua anak mereka yang sepatutnya bersekolah ke sekolah.
Malah, mereka pernah hidup bergelandangan di ibu kota sekitar 2014, selain turut tidak mendaftarkan kelahiran dua anak iaitu Don Daniel Don Biyajid dan Armel Syarifah Qhasif sehingga kini.
Kisah keluarga ini tular di media sosial sejak semalam selepas seorang pengguna Facebook menggunakan nama ‘Sayb Legacy’ menceritakan nasib Asma yang dikenali sebagai Kak Emma yang terpaksa menjual pakaian terpakai atau ‘bundle’ untuk menampung kos pembedahan untuk bersalin, tidak lama lagi.
Hashrudy berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai penebar roti canai di kedai makan terpaksa berhenti selepas kedai makan berkenaan ditutup dan kini sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain.
“Saya tidak suka meminta-minta, kalau boleh saya nak mencari rezeki sendiri kerana saya sihat tubuh badan dan rasa mampu untuk bekerja bagi menampung keluarga, saya akan berusaha untuk mencari kerja.
“Memang saya langsung tidak sangka kisah keluarga kami ini akan jadi ‘viral’ kerana menjual baju bundle di hadapan taman perumahan ini. Dulu kami berniaga bundle di rumah sahaja selepas isteri berhenti kerja di kedai makan kerana mengandung.
“Namun selepas melihat orang tidak tahu yang kami menjual bundle di rumah, isteri mengambil keputusan untuk menjualnya di hadapan taman perumahan ini pada sebelah petang. Semua pakaian ini diperoleh daripada penjual yang memberikannya kepada kami untuk dijual tanpa meminta untung,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Cempaka, Ipoh, hari ini.
Sementara itu, Asma berkata, dia dijangka melahirkan anak pada 18 Februari ini, namun terpaksa masuk wad pada Selasa ini kerana mempunyai pelbagai komplikasi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.
“Lebih menyusahkan hati saya ketika ini adalah terpaksa membayar sewa rumah sebanyak RM500 pada Isnin ini. Memang kami tidak ada duit ketika ini dan berharap ada pihak yang akan membantu keluarga kami,” katanya.
Ditanya mengenai kisah hidup keluarganya, Asma berkata, mereka sebelum ini tinggal di Klang sebelum suaminya yang ketika itu bekerja sebagai pengawal keselamatan berhenti dan mereka membawa diri ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.
Katanya, namun nasib keluarganya tidak baik apabila mereka tidak mendapat pekerjaan sekaligus terpaksa menjadi gelandangan di ibu kota selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke negeri ini.
Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7065251877 atas nama Asma Ismail.
The post ‘Bagai jatuh ditimpa tangga.Tidak suka meminta-minta, tapi…’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/bagai-jatuh-ditimpa-tangga-tidak-suka-meminta-minta-tapi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

Telur Dadar Halia Bukan Hanya Sedap Tapi Baik Untuk Penghidap Asma Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 369 hits
Bagi penghidap asma selain bergantung kepada ubat ubatan seperti inhaler dan sebagainya menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan Ramai penghidap asma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alah...
Senang Sangat Nak Buat Tanam Kangkung Guna Penapis Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

Senang Sangat Nak Buat Tanam Kangkung Guna Penapis Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 580 hits
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat ber...
Perempuan Tewas Di Green Pramuka City Dikenal Baik Tapi Suka Marah Tak Jelas

Perempuan Tewas Di Green Pramuka City Dikenal Baik Tapi Suka Marah Tak Jelas

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 397 hits
Tukang parkir Apartemen Green Pramuka City ini kerap diminta memarkirkan kendaraan Setiap kali memakirkan kendaraan selalu mendapatkan imbalan
Grabfood Couple Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema Grabfood

Grabfood Couple Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema Grabfood

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 529 hits
GrabFood Couple Ini Bukan Setakat Jatuh Cinta Tapi Gambar Kahwin Pun Ikut Tema GrabFood Nur Atiqah dan Mohd Afandi telah bertemu cinta semasa masing masing bekerja secara sambilan sebagai pengendali makanan untuk GrabFood Hati hati jadi rid...
Tidak Boleh Nak Kata Serik Uqasha Dedah Suka Lelaki Tinggi Tapi Kurang Tertarik Lelaki Sado

Tidak Boleh Nak Kata Serik Uqasha Dedah Suka Lelaki Tinggi Tapi Kurang Tertarik Lelaki Sado

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 685 hits
Jika yang lain meminati lelaki sado tapi bagi pelakon cantik dan terkenal iaitu Uqasha Senrose mengatakan dia kurang tertark dengan lelaki terlalu bertubuh sasa BACA Mira Filzah Pesan Anak Dara Kena Jaga Solat Kalau Nak Bakal Suami Jaga Sol...
Tukar Lane Ikut Suka Dia Je 1 Maut 2 Cedera Ditimpa Kayu Balak

Tukar Lane Ikut Suka Dia Je 1 Maut 2 Cedera Ditimpa Kayu Balak

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 373 hits
Tukar lane ikut suka dia je 1 maut 2 cedera ditimpa kayu balakSeorang maut manakala dua lagi mangsa cedera dalam kemalangan yang berlaku pada pagi Khamis lalu di bandar Jiangxi di mana kesemua mangsa ditimpa kayu balak dari sebuah lori yang...
Anwar Tiada Sabotaj Tapi Ada Orang Tak Setuju Saya Jadi Pm

Anwar Tiada Sabotaj Tapi Ada Orang Tak Setuju Saya Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 265 hits
January 4 2019 2 09 PMBerdasarkan perjanjian yang dicapai antara kepimpinan PH Anwar akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke 8 dalam masa 2 tahun KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud ko...
Pm Jangan Di Tohmah Tapi Mana Ada Rule Of Law Tun

Pm Jangan Di Tohmah Tapi Mana Ada Rule Of Law Tun

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 581 hits
Majlis Raja Raja masih perlu bermesyuarat satu hari lagi Baca di sini Maka belum ada pengumuman tentang status DYMM SPB Agong atau pengganti Malah ada mesej yang di viral pun tak benar dan bercanggah satu sama lain Memang patut kerajaan Kel...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Rekod Pn Ketika Covid 19 Adalah Ulangan Mimpi Gagal

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Get Started With Unit Trust Investment In Malaysia

Spaghetti Aglio Olio Dan Bab B40 Di London

Tengah Diuji Tapi Rasa Tuhan Diam Mungkin Ini Sebabnya

Resepi Ikan Bakar Sambal

Biodata Muaz Zabir Pelakon Dan Jurulatih Kecergasan Dari Negeri Sembilan

Documented Cases Compromised Nonprofits In Abuse Scandals