Anwar Tiada Sabotaj Tapi Ada Orang Tak Setuju Saya Jadi Pm


Mohamad Fadli
-January 4, 2019 2:09 PM

Berdasarkan perjanjian yang dicapai antara kepimpinan PH, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke-8 dalam masa 2 tahun.
KUALA LUMPUR:  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud konspirasi dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menghalangnya menjadi perdana menteri, seperti dijanjikan 4 parti komponen gabungan itu sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

Beliau merujuk laporan Financial Times yang memetiknya sebagai berkata, ada sekumpulan kecil orang dalam gabungan parti pemerintah itu yang mahu “mensabotaj rancangan itu”.

“Saya tidak boleh menafikan, sesetengah orang dalam gabungan PH ada satu agenda lain,” kata Anwar dipetik akhbar United Kingdom itu.

Bagaimanapun, Anwar enggan bercakap mengenai “sabotaj” hari ini.

“Saya tidak pernah cakap macam itu. Saya tidak akan layan berita palsu. Apa yang saya kata ialah anda tidak boleh menafikan beberapa unsur yang ‘tidak bersetuju’. Itu proses demokratik,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan al-Bukhary hari in.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, memadai dengan pucuk pimpinan PH, Dr Mahathir dan beliau bersetuju dengan rancangan melantiknya sebagai perdana menteri ke-8.

Ditanya bila peralihan kuasa itu akan berlaku, Anwar berkata: “Tiada isu”.

Berdasarkan perjanjian yang dicapai antara kepimpinan PH, Anwar yang berjaya memasuki Parlimen selepas memenangi pilihan raya kecil Port Dickson pada Oktober lalu, akan menggantikan Dr Mahathir untuk menerajui negara dalam masa 2 tahun.

Tetapi, isu itu dibangkitkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM minggu lalu, apabila seorang perwakilan dari Kelantan mencadangkan Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri selama 5 tahun sehingga pilihan raya umum ke-15 diadakan.

“Saya membuat suatu janji, saya akan menepati janji saya. Sesetengah orang fikir tempoh itu terlalu pendek,” kata Dr Mahathir dalam perhimpunan itu.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan M Manogaran akan mewakili PH untuk bertanding dalam PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Naib Presiden MIC, Datuk C Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 9 Mei lalu dengan majoriti 597 undi, menewaskan 4 pencabar lain, termasuk Manogaran.

Bagaimanapun, Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Sivarraajh terbatal dan tidak sah, selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi ketika berkempen.

Kemudiannya, Suruhanjaya Pilihan Raya pada 28 Disember lalu mengesahkan Sivarraajh tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/anwar-tiada-sabotaj-tapi-ada-orang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 993 hits
Firdaus Azil Astro Awani KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam satu kenyataan hari i...
Mp Lembah Pantai Wujud Pemimpin Pkr Tidak Setuju Anwar Pm Ke 8

Mp Lembah Pantai Wujud Pemimpin Pkr Tidak Setuju Anwar Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 532 hits
Selain pemimpin parti komponen Pakatan Harapan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan ada pemimpin parti itu sendiri yang tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke 8 Saya sendiri tidak perna...
Anwar Nafi Laporan Sabotaj

Anwar Nafi Laporan Sabotaj

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 326 hits
04 Januari 2019 4 59 PM KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebuah laporan berita yang memetiknya sebagai berkata kononnya wujud konspirasi dalam Pakatan Harap
Azmin Tidak Setuju Pelantikan Kepimpinan Pkr Oleh Anwar

Azmin Tidak Setuju Pelantikan Kepimpinan Pkr Oleh Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 482 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengkaji semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti tersebut Beliau berkata pelantikan baharu itu tidak mencerminkan prinsip anggota p...
Selain Ph Pemimpin Pkr Juga Ada Tak Setuju Anwar Jadi Pm

Selain Ph Pemimpin Pkr Juga Ada Tak Setuju Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Selain pemimpin parti komponen Pakatan Harapan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tidak menolak kemungkinan ada pemimpin parti itu sendiri yang tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke 8 Saya sendir...
Anwar Ulangi Dr M Saya Dah Setuju Peralihan Kuasa

Anwar Ulangi Dr M Saya Dah Setuju Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 471 hits
Malaysiakini 7 Januari 2019 Presiden PKR Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan beliau dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju mengenai pelan peralihan kuasa Dalam suatu kenyataan hari ini Anwar berkata spekulasi pertelingkahann...
Berpakaian Alim Tapi Lari Loloskan Diri Selepas Makan Mahal

Berpakaian Alim Tapi Lari Loloskan Diri Selepas Makan Mahal

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 305 hits
FMT Reporters January 3 2019 nbsp Apabila memilih makan di luar kena pastikan poket pun tebal nbsp Jika tak cukup duit memang masalah besar Apatah lagi kalau tidak berduit Namun bagi sepasang suami isteri ini mereka lansung tidak kisah berp...
Senang Sangat Nak Buat Tanam Kangkung Guna Penapis Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

Senang Sangat Nak Buat Tanam Kangkung Guna Penapis Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 580 hits
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat ber...
Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

Pencuri Rumah Imam

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University

Gubahan Hantaran Nikah

Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Parlimen Machang Sedar Diri Dia Mulut Busuk Mulut Longkang

Navigating By Nature How To Find Your Way Without Gps

Govt Waives Kwtbb Charge Effective Aug 1

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Fmm Ad Hoc Holidays Unproductive Creates Costly Inefficient Disruption For Manufacturers