Badminton Syarat Ketat Galas Cabaran Negara


Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI pada 16/04/2015 ([email protected])
KONSISTENSI akan menjadi kriteria utama pada sesi pemilihan pemain badminton untuk beraksi pada dua pertandi­ngan utama tahun ini iaitu Piala Sudirman di China dan temasya Sukan SEA 2015 di Singapura pada Mei dan Jun depan.
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata, sesi pemilihan pemain yang dilakukan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam dan hari ini merupakan sebahagian daripada proses untuk mencari pemain-pemain yang terbaik.
Jelasnya, antara kriteria lain yang akan turut menjadi perkara utama dalam proses pemilihan itu ialah konsistensi, prestasi semasa pada kejohanan-kejohanan yang disertai serta tahap kecergasan sebelum para pemain diberikan tanggungjawab untuk membawa cabaran negara.
“Saya tidak boleh menjanjikan jika pemain ini menang semua perlawanan dan dia akan terpi­lih kerana ia sebahagian daripada proses. Kami akan lihat juga prestasi mereka di kejohanan, tahap kecergasan dan banyak lagi perkara-perkara penting."“Kami memisahkan pemain-pemain perseorangan lelaki kepada empat kumpulan dan wanita kepada dua kumpulan. Kami tidak boleh menggunakan format round robin kerana sesi pemilihan ini dua hari, jadi kami tidak mahu menjejaskan mereka,” kata Frost semalam.Seramai 14 pemain perseora­ngan lelaki menyertai sesi pemilihan itu dan antara pemain yang mencuri tumpuan ialah dua bekas pemain BAM, Mohamad Arif Abdul Latif dan Tan Chun Seang.
Bagaimanapun, bagi dua lagi pemain profesional, Zulfadli Zulkiffli tidak disenaraikan kerana tidak menghadiri ujian kecergasan, manakala Misbun Ramdan Misbun masih dalam proses pemulihan kecederaan kaki.
Bagi perseorangan wanita pula, selain Tee Jing Yi dan juara Terbuka Kuala Lumpur 2015, Goh Jin Wei, pemain profesional negara, Sannatasah Saniru turut hadir untuk mencuba nasib pada sesi pemilihan yang disertai tujuh pemain itu.
Frost berkata, senarai nama pemain yang dipilih untuk ber­aksi pada Piala Sudirman akan diumumkan pada 27 April ini dan BAM turut menantikan keputusan kes doping Datuk Lee Chong Wei kerana bekas pemain No. 1 dunia itu masih menjadi harapan mereka pada kejohanan berpasukan campuran tersebut.
“Saya harap Chong Wei akan mendapat keputusan yang baik supaya dia boleh beraksi. Pen­ting juga untuk dia menyertai Sukan SEA kerana dia memerlukan banyak kejohanan untuk kembali di tahap sebenar.
“Saya rasa untuk Sukan SEA tiada masalah kerana kami boleh menggugurkan nama pemain pada saat-saat akhir. Empat pemain perseorangan akan dipilih ke Sukan SEA dan dua pemain untuk menyertai Piala Sudirman,” jelas Frost.
Piala Sudirman akan berlangsung di Dongguan (10 hingga 17 Mei), manakala Sukan SEA di Singapura pada 5 hingga 16 Jun depan.

20150416

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2015/04/badminton-syarat-ketat-galas-cabaran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan Ketua Polis Negara

Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 475 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pemilik portal Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota Polis Diraja Malaysia tidak menjaga solat sebagai keterlaluan Beliau juga ...
Rusia Pecah Rekod Negara Pertama Berjaya Hasilkan Vaksin Covid 19 Dan Diberi Percuma Kepada Rakyatnya

Rusia Pecah Rekod Negara Pertama Berjaya Hasilkan Vaksin Covid 19 Dan Diberi Percuma Kepada Rakyatnya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 488 hits
Presiden Rusia berkata ini bukan kali pertama Rusia menyelamatkan penduduk dunia dengan Vaksin mereka malah negara Rusia juga merupakan negara yang banyak menghasilkan Vaksin untuk manfaat dunia Sebelum ini negara Rusia juga yang menghasilk...
Eur Usd 12 Ogos Laporan Cot Vaksin Coronavirus Pertama Telah Didaftarkan Di Rusia Amerika Dan Negara Eu Mengkritiknya

Eur Usd 12 Ogos Laporan Cot Vaksin Coronavirus Pertama Telah Didaftarkan Di Rusia Amerika Dan Negara Eu Mengkritiknya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 392 hits
EUR USD 1H Selamat sejahtera para pedagang Pada 11 Ogos pasangan mata wang EUR USD melakukan pembalikan yang memihak kepada mata wang AS dan meneruskan proses penurunan harga Garis arah aliran menurun baru telah dibina yang kini menunjukkan...
Walaupun Majoriti Beragama Islam Negara Ini Menolak Suami Yang Ingin Berpoligami

Walaupun Majoriti Beragama Islam Negara Ini Menolak Suami Yang Ingin Berpoligami

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 359 hits
Kebelakangan ini masyarakat Malaysia disajikan dengan pelbagai kes perceraian dalam perkahwinan disebabkan oleh suami poligami Tidak kiralah melibatkan manusia biasa artis selebriti mahupun ahli agama Sedarkah anda bahawa poligami yang seri...
Keputusan Yang Merugikan Negara Sebenarnya

Keputusan Yang Merugikan Negara Sebenarnya

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 258 hits
ZUBAIDI SUDINGANTI rugi AS 3 9 bilion oleh bank pelaburan antarabangsa Goldman Sachs berkaitan penyelewengan 1MDB yang diuar uarkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebagai kejayaan adalah sebenarnya keputusan yang merugikan negara Ia adala...
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Penjualan Aset Aset Strategik Negara Ketika Ph Berkuasa

Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Penjualan Aset Aset Strategik Negara Ketika Ph Berkuasa

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 822 hits
Oleh Jebat1 Ketika berkempen pada PRU 14 Pakatan Harapan menyuarakan kebimbangan mereka dengan tindakan kerajaan Barisana Nasional yang membenarkan Proton mempunyai rakan strategik mereka dari Geely 2 Momokkan kereta nasional terjual kepada...
Ajukan Pk Bos First Travel Persoalkan Aset Dirampas Untuk Negara

Ajukan Pk Bos First Travel Persoalkan Aset Dirampas Untuk Negara

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 322 hits
Kuasa hukum bos First Travel Boris Tampubolon mengatakan seharusnya asset milik FT itu dikembalikan ke yang berhak Dalam hal ini yang dimaksud berhak adalah jemaah terutama dan kliennya
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran