Badannya Begitu Sebab Minum Susu Bapa Abang Aji Jelas Isu Video Makan Hanya Konten


Di media sosial, siapa yang tak kenal dengan si comel Abang Aji, pempengaruh cilik yang sering menghiburkan warganet dengan telatahnya yang bersahaja. Namun baru-baru ini, timbul pula isu yang membuatkan ramai tertanya-tanya: “Adakah si kecil ini makan secara berlebihan untuk konten?”
Persoalan ini semakin hangat selepas jurulatih kecergasan, Tareq Fit, menegur mengenai keadaan tubuh Abang Aji yang dikatakan sedikit berisi untuk usia empat tahun. Seperti biasa, netizen mula berbelah bahagi – ada yang menyokong, ada juga yang mempertikaikan.

Namun, bapa kepada Abang Aji, Mohd Redzuan Zainol, tampil menjernihkan keadaan dengan penjelasan yang penuh kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
“Semua Lakonan Sahaja, Abang Aji Berlakon Untuk Menghibur” Menurut Redzuan, video yang tular hanyalah konten hiburan semata-mata. Apa yang ditayangkan bukanlah realiti penuh kehidupan harian anaknya.
“Video tu saya yang edit. Saya buat seolah-olah dia makan banyak supaya nampak lucu dan menghiburkan. Sebenarnya, dia cuma berlakon. Tak makan banyak pun.”
Malah katanya, jika ada yang tidak terhibur, tidak perlu menonton. Bagi mereka sekeluarga, niat berkongsi konten hanyalah untuk menggembirakan hati orang ramai.
@wan.belida.1 Sekian ulasan hari ini #bangaji ♬ bunyi asal – wan belida 1
“Saya Ayah Dia, Saya Yang Jaga Dia” Sebagai seorang ayah, Redzuan menjelaskan bahawa dia sangat mengambil berat tentang pemakanan anaknya. Beliau tidak akan sesekali membiarkan anaknya makan secara berlebihan atau tidak sihat.
“Saya bukan nak sombong, tapi komen-komen semua pelik. Saya ni ayah dia. Takkan saya nak abaikan tanggungjawab saya? Satu Malaysia sayang dia, takkan saya tak sayang pula.”
Pantang Jajan, Jaga Pemakanan, Cuma Makan Dua Kali Sehari Abang Aji bukanlah seperti yang disangka oleh netizen. Di rumah, dia tidak dibenarkan makan makanan proses, malah jajan pun tidak disimpan di rumah.

“Makanan proses dia tak makan. Gula-gula dan aiskrim pun kadang-kadang je. Dia hanya makan dua kali sehari.”
Menurut Redzuan, bentuk tubuh anaknya bukan disebabkan makan banyak, tapi kerana pengambilan susu sejak kecil yang sangat konsisten.
“Badannya begitu sebab dia minum susu. Kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus.”
Baru 4 Tahun, Tak Mungkin Makan Macam Dewasa Sebagai ibu bapa, kadang-kadang kita juga perlu belajar membezakan antara realiti dan konten hiburan. Redzuan menegaskan bahawa anaknya baru berusia empat tahun dan pemakanannya langsung tidak seperti orang dewasa.
“Saya pantau semua. Dia tak makan banyak pun. Lagipun dia baru empat tahun. Takkanlah makan macam orang dewasa.”
Mama papa, kisah ini memberi kita pengajaran penting: jangan cepat membuat andaian berdasarkan apa yang kita lihat di media sosial. Lebih penting, jika kita risau atau prihatin, tegurlah dengan berhemah, dan berilah ruang kepada ibu bapa untuk menjelaskan.
Di sebalik setiap video comel anak-anak yang tular, pasti ada ibu dan ayah yang berusaha keras mendidik, menjaga dan melindungi anak mereka dengan penuh kasih sayang.
Pa&Ma Titip Pesanan Buat Ibu Ayah 👶🏼 Anak kita adalah amanah, pantau setiap apa yang masuk ke mulut mereka
🥛 Susu memang penting, tapi pastikan ia seimbang dengan makanan berkhasiat lain
🍬 Elakkan makanan tinggi gula, garam dan proses dari usia kecil
🩺 Buat pemeriksaan berkala di klinik untuk pantau tumbesaran anak
📱 Dan yang paling penting, jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain hanya berdasarkan video yang kita tonton di media sosial
Semoga kisah ini jadi inspirasi buat semua mama papa yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk anak-anak tersayang 💗
Sumber: TikTok
 
The post ‘Badannya Begitu Sebab Minum Susu…’ – Bapa Abang Aji Jelas Isu Video Makan Hanya Konten appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/badannya-begitu-sebab-minum-susu-bapa-abang-aji-jelas-isu-video-makan-hanya-konten/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Agak Agaklah Warga Asing Tu Pun Badan Abang Aji Begitu Kerana Susu Bapa Abang Aji Nafi Tak Jaga Pemakanan Anak

Hiburan Agak Agaklah Warga Asing Tu Pun Badan Abang Aji Begitu Kerana Susu Bapa Abang Aji Nafi Tak Jaga Pemakanan Anak

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 169 hits
Melalui platform TikTok bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji tampil membalas teguran yang diberikan oleh seorang jurulatih kecergasan Tareq Fit mengenai saiz badan anaknya yang dianggap membimbangkan Tugas Abang Aji menghiburkan orang Da...
Video Lakonan Kenapa Dato Makan Rasuah

Video Lakonan Kenapa Dato Makan Rasuah

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 140 hits
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtTBy at
Kenyataan Habis Belajar Hanya Sampai Tadika Jadi Perdebatan Asa Babymonster Jelas Perkara Sebenar

Kenyataan Habis Belajar Hanya Sampai Tadika Jadi Perdebatan Asa Babymonster Jelas Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 131 hits
Kenyataan Asa baru baru ini telah hangat menjadi perdebatan dalam kalangan netizen Artikel Berkaitan Pada 6 Julai lalu dua ahli BABYMONSTER iaitu Asa dan Ah yeon telah muncul sebagai tetamu dalam program Running Man Sebelum permainan bermul...
Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 226 hits
Sebelum ini tular satu video yang memaparkan seorang wanita menegur seorang jemaah lelaki yang sedang beribadah di sebuah surau Tindakan wanita itu telah mencuri perhatian ramai kerana dia meminta agar jemaah lelaki tersebut beredar walaupu...
Peminat Teruja Neelofa Amira Othman Berpelukan Video

Peminat Teruja Neelofa Amira Othman Berpelukan Video

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 169 hits
Peminat Teruja Neelofa Amira Othman Berpelukan VIDEO Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia Amira Othman ...
Rutin Harian Khawla Sebelum Ke Sekolah Buatkan Netizen Terhibur Video

Rutin Harian Khawla Sebelum Ke Sekolah Buatkan Netizen Terhibur Video

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 136 hits
Rutin Harian Khawla Sebelum Ke Sekolah Buatkan Netizen Terhibur VIDEO Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyerta...
Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 191 hits
Pempengaruh dan usahawan terkenal Kieda Crepe sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas dia mengakui bahawa isu yang melanda dirinya kini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perniagaannya Menerusi satu sesi siaran langsung Kieda berkata...
Frightful Video Shows Floating Restaurant Sinking Under Its Own Weight

Frightful Video Shows Floating Restaurant Sinking Under Its Own Weight

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 168 hits
FINE dining isn t always just about the taste of the meal Presentation and ambience goes a long way towards creating the pampered environment that makes diners willing to pay for the exorbitant bill And that is perhaps why some restaurants ...
Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 244 hits
Akibat dikecam teruk oleh orang ramai mengenai isu jemaah surau dihalau Jawatankuasa Pengurusan Bersama Halaman 11 di Bandar Rimbayu Telok Panglima Garang Selangor akhirnya tampil bersuara Memetik laporan Mstar wakil JMB berkata isu berkena...
Beware Of Tiktok Account Falsely Claiming To Be The Star Journalist

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

Roti Gardenia Durian

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ujian Membuatkanmu Menangis Tapi Allah Memberimu Sebab Untuk Tersenyum

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Design Kotak Packaging Mengikut Niche Produk Makanan Kosmetik Hadiah Banyak Lagi

Ikuti Saya Di Media Sosial

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Domain Extension Startup Guide