Badan Pensijilan Sawit Dakwa Fgv Amal Buruh Paksa


MALAYSIAKINI



   

Badan pensijilan bagi industri minyak sawit mendakwa FGV Holdings Bhd  menjalankan buruh paksa dan amalan tidak beretika lain yang disifatkannya sebagai bercanggah dengan undang-undang buruh Malaysia dan antarabangsa.

Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) dalam surat terbarunya kepada FGV menyatakan bahawa, siasatan mereka yang melibatkan pengesahan melalui lawatan pada 26 hingga 28 April lalu ke beberapa ladang dan kilang FGV mendapati syarikat itu mengamalkan buruh paksa, selain tindakan "pemerdagangan orang".

Siasatan RSPO berpunca dari aduan yang difailkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada 2015 yang menerbitkan laporan pada tahun sama berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang di ladang-ladang sawit di Malaysia.

RSPO turut menyatakan bahawa dari laporan pengesahan bebas dan ulasan yang didapati daripada FGV, syarikat sawit Malaysia itu perlu segera melakukan semakan audit perundangan dan operasi berhubung amalan pengambilan pekerja bagi menyingkirkan unsur buruh paksa yang bercanggah dengan undang-undang tempatan dan antarabangsa.

"Penemuan Panel Aduan RSPO seperti berikut [....] FGV melalui perjanjian bertulis membekalkan pekerja asing kepada kontraktor FGV yang melanggar undang-undang Malaysia dan ini boleh dianggap sebagai tindakan pemerdagangan orang.

"Proses pengambilan pekerja FGV perlu ditambah baik kerana ada unsur buruh paksa yang melanggar prinsip dan kriteria RSPO 6.12 termasuk isu berhubung penggantian kontrak, kebebasan kontrak dan berhenti kerja, pasport, tempoh pengekalan bekerja dan kebebasan bergerak, serta keadaan bekerja dan tempat tinggal pekerja.

"Kegagalan FGV mengawal dan menyelia kontraktor FGV, termasuk pekerja kontraknya, memburukkan lagi pelanggaran undang-undang di atas, serta menggalakkan amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika [...]," kata RSPO dalam surat bertarikh 28 Nov.

Antara pelanggaran undang-undang yang disenaraikan RSPO termasuk dakwaan FGV gagal memperincikan dalam kontrak pengambilan pekerja berhubung bayaran dan persekitaran kerja yang perlu dibincangkan dengan pekerja, termasuk yang diambil bekerja oleh kontraktor FGV

Pekerja juga didakwa tidak diberi hak untuk menamatkan kontrak bekerja mereka, selain "amalan berunsur diskriminasi" antara pekerja tempatan dan pekerja asing yang menurut RSPO dinafikan oleh FGV.

Selain itu, RSPO menyatakan bahawa dari penemuan mereka menunjukkan meskipun FGV
menyediakan bekalan air dan elektrik serta membuat pemeriksaan kesihatan bagi pembaharuan kontrak pekerja, FGV tidak mematuhi kriteria peruntukan air dan elektrik serta pemeriksaan kesihatan.

FGV juga didakwa gagal menunjukkan bahawa dakwaan pengambilan pekerja haram atau tanpa dokumentasi sah yang dilaporkan WSJ pada 2015 - yang telah diakui sendiri oleh kontraktor FGV ketika diwawancara RSPO - sudah ditangani dan diperbaiki di semua ladang,

Susulan itu, surat itu menyatakan bahawa sekretariat RSPO mengarahkan sijil salah satu kilang FGV di Negeri Sembilan digantung.

Penggantungan itu akan dimansuhkan sekiranya FGV mematuhi kriteria RSPO termasuklah semakan audit dan perundangan, selain mengemukakan rancangan bagi menangani isu yang disebutkan.

Sekiranya gagal, RSPO akan mengenakan sekatan, meskipun badan pensijilan itu tidak menyebutkan secara spesifik sekatan berkenaan.

Malaysiakini sudah menghubungi FGV dan dimaklumkan bahawa pihak FGV akan mengeluarkan kenyataan balas hari ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/badan-pensijilan-sawit-dakwa-fgv-amal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Bertindak Kuil Dakwa Anggota Bomba Cedera Akibat Kemalangan

Badan Bertindak Kuil Dakwa Anggota Bomba Cedera Akibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 615 hits
AFIQ AL HAFIZ MAT YUSOF 28 November 2018 1 55 PM SUBANG JAYA nbsp Badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan d
Gv5 Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa Dakwa Diaibkan

Gv5 Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa Dakwa Diaibkan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 417 hits
PENAJA utama Gegar Vaganza musim kelima Datuk Seri Aliff Syukri pada malam tadi meluahkan perasaan kecewa di Instagramnya Sukar saya ungkapkan perasaan terhina Kalau saya tahu macam ini tak payah nyanyi lagu biarapaorgkata lagi bagus Jangan...
Khairuddin Gesa Tangkap Waytha Moorthy Dakwa Di Bawah Sosma

Khairuddin Gesa Tangkap Waytha Moorthy Dakwa Di Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 301 hits
Kerajaan digesa bertindak terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang dianggap pengkhianat negara atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan...
30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital

30 Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Matawang Digital

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 283 hits
KAJANG Seramai 30 daripada kira kira 300 mangsa warga tempatan membuat laporan polis berhubung satu pelaburan melibatkan mata wang digital yang dianggar membabitkan kerugian mencecah RM22 juta Seorang daripada mereka Mohd Alif Basari 27 men...
Pekerja Arang Batu Dakwa Berketurunan Kerabat Diraja Anak Tidak Sah Taraf Almarhum Raja Perak

Pekerja Arang Batu Dakwa Berketurunan Kerabat Diraja Anak Tidak Sah Taraf Almarhum Raja Perak

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 932 hits
Pekerja arang batu dakwa berketurunan kerabat diraja anak tidak sah taraf Almarhum Raja Perak
Pemimpin Umno Enggan Ulas Najib Dakwa Kerajaan Ditipu Jho Low

Pemimpin Umno Enggan Ulas Najib Dakwa Kerajaan Ditipu Jho Low

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 444 hits
November 22 2018 6 13 PM Ismail Sabri Yaakob Noh Omar dan Nazri Aziz KUALA LUMPUR Tiga pemimpin Umno enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengaku kerajaan pimpinannya ditipu ahli perniagaan Low Taek Jho ata...
Pecat Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy

Pecat Dakwa Dan Gugur Kerakyatan Waytha Moorthy

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 545 hits
Pelbagai pihak menyuarakan gesaan supaya tindakan undang undang diambil ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berikutan penularan video beliau yang berunsur fitnah dan hasutan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Ahmad...
Ini Respon Dr Amalina Kepada Datin Shahidah Selepas Di Dakwa Kondem Produk Aliff Syukri

Ini Respon Dr Amalina Kepada Datin Shahidah Selepas Di Dakwa Kondem Produk Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 655 hits
Ini Respon Dr Amalina Kepada Datin Shahidah Selepas Di Dakwa Kondem Produk Aliff SyukriIni Respon Dr Amalina Kepada Datin Shahidah Selepas Di Dakwa Kondem Produk Aliff Syukri
Fgv Saman Isa Samad Bekas Ceo Isu Beli Kondominium Mewah

Fgv Saman Isa Samad Bekas Ceo Isu Beli Kondominium Mewah

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 23 Rabiulawal 1440H Sabtu FGV Holdings Berhad telah memfailkan saman terhadap bekas pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung pembelian dua kondominium mewah di Persiaran KLCC di sini Anak syarikat Felda itu juga turu...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Capeng Warisan Budaya

Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025