Bad Lab Dan Boon Siew Honda Racing Team Jalin Kerjasama Melalui Kempen Man Gineered For Power


Assalamualaikum dan salam sejahtera

BAD LAB telah melancarkan dan mengumumkan secara rasmi inisiatifnya yang terbaru melibatkan sukan permotoran melalui kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM. 
engan kempen yang dinamakan ‘MAN-GINEERED FOR POWER’, ianya merupakan sebahagian dari misi BAD LAB untuk menyokong bakat-bakat baru terutamanya pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar satu hari nanti dapat beraksi di arena antarabangsa

BAD LAB (Brave and Daring Laboratory), ialah sebuah jenama barangan penjagaan diri dari Malaysia yang juga terkenal di pasaran dunia. Ia direka khususnya untuk lelaki bukan konvensional yang berani dan tidak mudah menyerah kalah. 
Ciri-ciri ini menjadikannya jenama yang amat sesuai untuk jalinan kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM – sebuah entiti di bawah BOON SIEW HONDA yang bertanggungjawab menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gergasi yang mula ditubuhkan di Jepun. Pengumuman ini dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama beberapa bulan di antara pihak-pihak untuk menentukan objektif kempen dan penajaan, serta mendalami peluang-peluang yang ada, samada dalam bentuk kreatif mahupun komersil



Lum Chong Heng, Pengarah Komersil BAD LAB, menjelaskan, 
“Keputusan untuk menjalin kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM bukan sahaja satu keputusan strategik, namun ia begitu sejajar dengan misi BAD LAB memperkasa generasi muda Malaysia agar berani dan tidak mudah menyerah kalah di dalam usaha merealisasikan impian. Ini adalah di antara peristiwa paling penting di dalam sejarah jenama BAD LAB sejak ia mula diperkenalkan kepada pasaran tempatan dan dunia pada tahun 2014. 
Sebagai sebuah kempen, MAN-GINEERED FOR POWER merupakan satu daripada strategi kami untuk menyokong serta membangunkan generasi baru pelumba Malaysia. Selari dengan itu, BAD LAB akan menyediakan satu platform khusus agar mereka bukan sahaja dapat menampilkan bakat yang ada, malah dapat juga menimba pengalaman dan belajar dari pelumba-pelumba lain yang hebat dan lebih senior”


Sebelum ini, BAD LAB juga telah melancarkan satu pertandingan kepada para pelanggannya serta menawarkan hadiah motorsikal edisi terhad kepada pemenang. Pada acara hari ini, BAD LAB juga telah memperkenalkan para pelumba yang bakal mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM, iaitu pasukan pelumba motorsikal BAD LAB. Pemilihan pelumba-pelumba ini benar-benar menunjukkan betapa BAD LAB begitu komited dengan objektif mereka untuk memupuk pelumba muda Malaysia dari generasi baru yang pada satu hari nanti dapat beraksi di pentas dunia

Pelumba-pelumba tersebut adalah:
(i) Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus(ii) Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan(iii) Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim; and(iv) Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim 
Menurut Zulhelmi Ahmad, Pengurus BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 
“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan BAD LAB untuk membentuk BAD LAB KC HONDA RACING TEAM. BAD LAB amat dikenali dengan inisiatif yang amat berkait rapat dengan trend serta genre budaya alternatif golongan muda, dan dalam proses ini, ia telah berjaya merealisasikan impian audiens jenama hebat ini. Secara tidak langsung, ianya bertepatan sekali dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN”

“Keempat-empat pelumba yang dipilih untuk mewakili BAD LAB KC HONDA RACING TEAM adalah dari generasi muda Malaysia di bawah umur 25 tahun, berbakat besar di dalam sukan permotoran dan begitu bersemangat. Pemilihan ini benar-benar menunjukkan kredibiliti serta potensi tinggi yang ada dalam diri setiap dari mereka kerana ianya merupakan pemilihan khas oleh pihak BOON SIEW HONDA RACING TEAM sendiri. Jika mereka berusaha bersungguh-sungguh, tidak mustahil satu hari nanti mereka dapat muncul sebagai juara di dalam kategori mereka masing-masing,” 
katanya lagi
 
Turut ditampilkan buat kali pertama adalah sut lumba rasmi serta motorsikal yang bakal digunakan para pelumba, kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu hitam dan keemasan. Para pelumba bagi BAD LAB KC HONDA RACING TEAM bakal beraksi buat kali pertama bermula pada 25 Februari 2023 di pusingan pertama edisi ke-30 Petronas Malaysian Cub Prix (2023), yang bakal berlangsung di Sepang International Circuit. 
“Kami punyai harapan yang tinggi buat pasukan ini serta keempat-empat pelumba yang diperkenalkan kepada semua pada hari ini. Namun begitu, apa yang lebih penting adalah mesej yang cuba kami sampaikan bahawa dengan kerja keras, kesabaran serta semangat yang tidak luntur, tiada apa yang mustahil. Dan dengan BAD LAB, sesiapa sahaja dapat tampil hebat dalam usaha mencapai impian mereka,” 
kata Lum Chong Heng

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial media mereka di:
BAD LABInstagram - @badlabco danFacebook - BadLabMY.
BOON SIEW HONDA RACING TEAMInstagram - @boonsiewhondaracingteam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/03/bad-lab-dan-boon-siew-honda-racing-team.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Man Gineered For Power

Kempen Man Gineered For Power

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 359 hits
Baru baru ini BAD LAB telah melancarkan dan mengumumkan secara rasmi inisiatifnya yang terbaru melibatkan sukan permotoran melalui kerjasama dengan BOON SIEW HONDA RACING TEAM Dengan kempen yang dinamakan MAN GINEERED FOR POWER ianya merupa...
Astra Honda Racing Team Merajai Mandalika Racing Series 2023 Putaran Pertama

Astra Honda Racing Team Merajai Mandalika Racing Series 2023 Putaran Pertama

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 139 hits
Pada dua race Sabtu dan Minggu Astra Honda Racing Team berhasil merajai dengan menempatkan pembalap mereka di podium satu
Shahidan Normal For Opposition To Desire Returning To Power

Shahidan Normal For Opposition To Desire Returning To Power

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 186 hits
Perikatan Nasional leader Shahidan Kassim insists that as the opposition it is normal for the coalition to want to return to power He said that PN was confident it could be a better government compared to the current administration However ...
For The Man In The Street A Boring Budget

For The Man In The Street A Boring Budget

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 331 hits
From Nehru SathiamoorthyI read news reports that listed the budget highlights on the night it was tabled I read the first few items on the list but found it so insipid and dull that it took a lot of energy to give it the minimum attention r...
Din Hadi Offers Pm Xi Post To Abang Johari For Power

Din Hadi Offers Pm Xi Post To Abang Johari For Power

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 255 hits
Money first cronies second Malay Islam last He could say and do anything he likes including insulting and belittling all the nine Malay Rulers And he certainly could instigate social unrest with seditious statements to the point of starting...
Azalina Only 7 States Signed Up For Anti Hopping Law

Azalina Only 7 States Signed Up For Anti Hopping Law

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 188 hits
PARLIAMENT Only seven out of Malaysia s 13 state assemblies have enacted anti hopping laws the Dewan Rakyat was told To date Johor Kedah Malacca Pahang Sabah and Terengganu have not amended their laws to reflect similar laws that have been ...
Macc Nabs Bersatu Treasurer For Matters Related To Party Funds

Macc Nabs Bersatu Treasurer For Matters Related To Party Funds

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 285 hits
Source says Datuk Mohd Salleh Bajuri has been remanded for two days The Malaysian Anti Corruption Commission has arrested Bersatu treasurer Datuk Mohd Salleh Bajuri for matters relating to the use of party funds An MACC source told The Vibe...
Petronas Clean Energy Arm Eyes India Australia For Rapid Growth

Petronas Clean Energy Arm Eyes India Australia For Rapid Growth

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 179 hits
Gentari the clean energy arm of Malaysia s state oil firm Petronas sees India and Australia as its key markets for growth and expects to tap more financing to meet its ambitious targets its chief executive told Reuters Petronas launched Gen...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas