Bacaan Talkin Dalam Bahasa Melayu



Bismillah hir rah man nir  rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,  Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan  siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar  pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa  sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah  Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali  menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), hendaklah kamu  ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia  ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke  negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada  Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA), apabila datang  kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,  maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan  risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah  Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,  mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan  kamu?
Siapakah Nabi  kamu?
Apakah agama  kamu?
Apakah kiblat  kamu?
Siapakah saudara  kamu?
Apakah pegangan iktikad  kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa  bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab  soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.  Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah  tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab  begini:
Allah Taala  Tuhanku,
Muhammad  nabiku,
Islam  agamaku,
kitab suci Al-Quran  ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan  solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan  haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah  saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha  illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA)  Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu,  inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang  tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan  dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah  wahai (ANDA)  Bin  (IBU ANDA), bahawasanya  mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini  adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah  benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira  segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada  syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat  tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan  semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami  ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah  Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera  kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah  mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas  kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan  Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala  amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan  bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami  Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya  sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil  alamin.
wikipedia.org



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.mistazam.com/2021/01/bacaan-talkin-dalam-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Lagu Melayu 2021

Senarai Lagu Melayu 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 516 hits
Senarai Lagu Melayu 2021Senarai Lagu Melayu Tahun 2021 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun baharu buku baharu dan pastinya penggemar lagu melayu pasti menantikan lagu lagu terbaharu dari artis tempatan Jadi sempena tahun 2021 ini Mom...
Dimana Suara Pejuang Melayu

Dimana Suara Pejuang Melayu

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 210 hits
Norshidah Mohd DaudCamne pejuang pejuang Melayu sekalian Seronok Puas hati Dengan peningkatan kes Covid Ekonomi negara makin merudum sedangkan negara jiran x jatuh maacm kita Apa khabar nak anak kita yang masih tercari cari peluang pekerjaa...
Jawapan Kepada Melayu Utk Stabil Dan Selamat

Jawapan Kepada Melayu Utk Stabil Dan Selamat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 327 hits
Jika PAS mahu kekal dengan BERSATU pun tidak AKAN ada masalah Ini syaratnya Ini shj yg terbaik daripada saki baki yang mengkhianati perjuangan umno
Perbalahan Parti Melayu Mungkin Jadikan Dap Kuasa Penentu

Perbalahan Parti Melayu Mungkin Jadikan Dap Kuasa Penentu

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 244 hits
freemalaysiatoday com January 11 2021 9 04 AMJusteru kerjasama Umno DAP tidak akan berlaku DAP mungkin memilih untuk bekerjasama dengan PPBM susulan pengalaman mereka dalam kerajaan PH PETALING JAYA Seorang penganalisis politik meramalkan D...
Senarai Pantun Nasihat Melayu

Senarai Pantun Nasihat Melayu

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 1704 hits
Senarai Pantun Nasihat Melayu Harini saja nak share senarai pantun nasihat yang sememangnya berguna Zaman sekolah dulu aku suka dengar dan baca pantun Tapi kalau mendalam sangat susah jugak nak faham Haha Tapi kamus dewan tu sentiasa standb...
Susah Nak Dapat Melayu Kerja Ladang

Susah Nak Dapat Melayu Kerja Ladang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 331 hits
Norshidah Mohd Daud Sekarang ni pun punya susah nak dapat pekerja Indon untuk ladangRata2 nk blk ke negara sendiri disebabkan nilai tukaran wang negara kita yg makin kecilNk harap pekerja tempatan kerja kt ladang Xyah berharap sgt la Zaman ...
Retorik Melayu Islam Backfire Kepada Pn

Retorik Melayu Islam Backfire Kepada Pn

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 255 hits
Pandemik Covid 19 yang digunakan Perikatan Nasional sebagai alasan merampas kuasa daripada Kerajaan Pakatan Harapan kini hanya menyerlahkan kebobrokan perjuangan PN itu sendiri Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid popula...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord