Baca Mesej Whatsapp Yang Di Padam
Cara Membaca Kandungan Mesej WhatsApp Yang Di Padam
Siapa yang tak tahu WhatsApp kan? Boleh di katakan hampir kesemua pengguna smartphone hari ni memiliki applikasi WhatsApp di handphone dia. WhatsApp antara applikasi menghantar dan menerima mesej terawal yang di hasilkan yang bekerja menggunakan Internet menggantikan cara klasik menghantar mesej menggunakan SMS satu masa dulu. Malah applikasi WhatsApp ini bukan sekadar menghantar dan menerima pesanan bertulis sahaja malah turut di lengkapi dengan feature feature lain seperti menghantar gambar, video, file malah mampu membuat panggilan suara dan panggilan video. Tak perlu di terangkan secara panjang lebar tentang whatsapp ni sebab semua tahu feature dia kan..
Pihak pembangun whatsapp sering mengupdate applikasi WhatsApp untuk para pengguna dengan menambah ciri ciri baru whatsapp. Dan jika anda perasan, WhatsApp awal awal dulu, tak ada feature memadam mesej yang telah dihantar. Sekarang pengguna whatsapp boleh memadam atau menghapus kandungan mesej yang dihantar samaada dihantar kepada individu atau dihantar ke Group whatsapp
Fungai memadam atau menghapus kandungan mesej ini mungkin bagus dan memang sepatutnya ada kerana berkemungkinan seseorang itu secara tidak sengaja tersalah menghantar mesej whatsapp ke orang lain atau kandungan mesej yang dihantar mengandungi kandungan yang tidak sewajarnya di hantar atau dikirim. Walau bagaimanapun, fungsi ini mempunyai keterbatasan waktu. Bermaksud selepas mesej whatsapp di hantar, hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja mesej tadi boleh di padam dan tidak dapat dibaca oleh orang lain, selepas dari waktu yang ditetapkan, mesej tersebut tidak dapat lagi di padam dari applikasi whatsapp pengguna lain yang sudah menerima mesej tersebut
Bagi pihak pengirim mesej yang telah dihantar, semestinya dia tahu isi kandungan mesej whatsapp tersebut. Pada pihak penerima, mungkin si penerima tertanya tanya apa isi kandungan mesej tersebut dan mengapa di padam... Terutama pengirim dan penerima mesej whatsapp tersebut sepasang kekasih atau suami isteri... Faham faham lahhh.. Hahaha. (gelak jahat sikit)
Jadi macam mana caranya untuk kita si penerima mesej whatsapp hendak membaca atau mengetahui isi kandungan whatsapp yang sudah di padam oleh si pengirim
Terdapat 2 cara untuk anda recover atau mengetahui isi kandungan mesej yang telah di padam. Cara tersebut adalah menggunakan applikasi tambahan percuma yang terdapat di Play Store juga App Store iaitu1. Notification Hostory2. WhatsRemoved+
Notification History
Aplikasi ini akan merakam setiap pemberitahuan yang masuk ke telefon bimbit anda. Sekiranya terdapat mesej WhatsApp yang memasuki telefon bimbit anda, pemberitahuan kemasukan mesej akan direkodkan dengan aplikasi ini walaupun mesej telah dipadamkan oleh pengirim.
Cara menggunakannya agak mudah, anda boleh memuat turun dan memasangnya melalui Play Store atau App Store. Selepas itu, aktifkan akses pemberitahuan pada telefon bimbit anda melalui tetapan. Aktifkan akses pemberitahuan atau Notification untuk aplikasi Notification History.
Selepas itu, buka aplikasi Notification History dan anda akan dapati koleksi pemberitahuan dari pelbagai aplikasi yang dipasang di telefon bimbit anda termasuk WhatsApp. Klik pada pilihan pemberitahuan WhatsApp dan anda akan mendapati keseluruhan rakaman perbualan anda di WhatsApp termasuk mesej yang telah dipadamkan oleh pengirim
WhatsRemoved+
Aplikasi WhatsRemoved+ juga sama dengan Notification History, yang merakamkan pemberitahuan yang datang pada telefon bimbit. Apa yang menjadikan aplikasi ini berbeza dari Notification History adalah bahawa aplikasi ini membolehkan anda memilih pemberitahuan pada sebarang aplikasi yang anda ingin rekodkan dengan WhatsRemoved+
Sebagai contoh, jika anda hanya mahu merakamkan pemberitahuan WhatsApp, anda boleh menetapkan WhatsRemoved+ untuk hanya merekodkan pemberitahuan WhatsApp. Aplikasi ini dikhaskan untuk merakam mesej yang dipadamkan oleh pengirim dan anda boleh mengetahui secara langsung dengan aplikasi ini. Cara menggunakannya juga mudah, seperti aplikasi biasa, anda hanya perlu memuat turun dan memasangnya di Play Store atau App Store
Selepas itu buka aplikasi, pada peringkat awal anda akan segera dibawa untuk mengaktifkan akses pemberitahuan dalam menu tetapan. Sebaik sahaja diaktifkan, anda boleh memilih aplikasi yang mana anda ingin merakamkan pemberitahuan. Pilih Aplikasi WhatsApp untuk merakamkan pemberitahuan
Selepas mengaktifkan WhatsRemoved+ untuk WhatsApp semua pemberitahuan masuk akan dirakam. Dan mesej yang dipadamkan akan dipaparkan pada aplikasi ini. Aplikasi ini boleh memaparkan mesej yang dipadam dalam bentuk teks, imej, video atau bunyi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kongsikanaje.blogspot.com/2019/08/baca-mesej-whatsapp-yang-di-padam.html