Baca Din Cirit Jangan Tak Baca Kenyataan Balas Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Art Kedaulatan Ekonomi Terjamin















Terima kasih kepada YB Tan Sri Muhyiddin di atas persoalan yang dibangkitkan tentang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat. Sebelum saya menghuraikan isu-isu yang dibangkitkan oleh TSMY satu persatu, saya ingin menegaskan semula beberapa fakta utama yang telah saya bentangkan di Parlimen pada 29 Oktober 2025, iaitu:


1. Rundingan ART berbeza sama sekali daripada rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang lain. Tarif Timbal Balas (Reciprocal Tariff) adalah cukai unilateral yang dikenakan oleh AS.


2. AS kekal sebagai salah satu pasaran eksport terbesar Malaysia. Jumlah perdagangan dua hala pada 2024 mencatatkan RM325 bilion, dengan nilai eksport Malaysia sebanyak RM198.65 bilion. Untuk tempoh Januari-September 2025, jumlah eksport negara pula adalah RM166.38 bilion. 


3. Malaysia wajib mempertahankan akses kepada pasaran kritikal AS ini dan berunding demi kepentingan nasional dan kelangsungan ekonomi kita.
4. Perjanjian ini melibatkan kelangsungan punca rezeki jutaan rakyat Malaysia merentasi sektor utama (Elektrik & Elektronik, Aeroangkasa, Getah, Koko, Farmaseutikal). Keengganan bertindak pantas akan menyebabkan jutaan rakyat Malaysia terancam hilang punca pendapatan.


Walau bagaimanapun, sepanjang proses rundingan, Kerajaan telah:
● Berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, menggunakan pendekatan seluruh kerajaan (whole-of-government), dan sentiasa memastikan kepentingan serta kedaulatan negara dilindungi dan dipelihara.
● Tegas tidak berganjak daripada pendirian melibatkan isu-isu garis merah (red lines), terutamanya Dasar Bumiputera, Dasar Perolehan Kerajaan, dan tuntutan liberalisasi ekuiti sepenuhnya dalam sektor strategik negara (seperti Tenaga dan Telekomunikasi).
● Perjanjian ART ini juga mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaannya adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta berlandaskan undang-undang dan peraturan domestik.


Hasilnya, Malaysia berjaya mendapat penurunan kadar tarif dari 25% kepada 19%, menjadikannya kadar terendah yang dikenakan kepada negara-negara ASEAN yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS.


Malaysia juga berjaya memperoleh pengecualian daripada tarif 19% ini bagi 1,711 barisan tarif (tariff lines) ke atas produk eksport utama, termasuk minyak sawit, barangan getah, produk koko, komponen pesawat, dan farmaseutikal, yang menyumbang kolektif sehingga RM22 bilion (USD5.2 bilion).


Jika Malaysia menolak perjanjian ini, Kerajaan AS dijangka menaikkan semula kadar tarif kepada kadar asal 24% atau kadar yang jauh lebih tinggi (30%, 40%, 50%, malah 100%). Ini secara langsung akan melumpuhkan daya saing eksport Malaysia ke pasaran AS.


Selain itu, ketidaktentuan pasaran akan menyebabkan pelabur hilang keyakinan untuk membuat pelaburan baharu atau mengembangkan operasi sedia ada di Malaysia. Faktor kebolehramalan (predictability) dan kebolehjangkaan (certainty) adalah prinsip asas kepada komuniti perniagaan. Pelabur tidak akan memilih negara yang kelihatan teragak-agak dan tidak mengambil tindakan proaktif untuk melindungi akses pasaran eksportnya.


Jawapan kepada Isu-Isu Spesifik oleh TSMY


Artikel 3.4 (Pencegahan Pemindahan Teknologi Paksa)


TSMY: Peruntukan ini melarang Malaysia mengenakan syarat pemindahan teknologi sebagai kaedah untuk menarik pelaburan AS.


Jawapan: Artikel 3.4 bertujuan menghalang "pemindahan teknologi secara paksa". Ini adalah peruntukan standard (lazim) yang wujud dalam majoriti perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh Malaysia. Tujuannya adalah untuk memastikan syarikat tidak dipaksa menyerahkan hak harta intelek (IP) yang berharga, seperti rahsia perdagangan atau kod sumber, kepada Kerajaan sebagai syarat untuk melabur, menjual, atau beroperasi di Malaysia.
Paling penting, Artikel 3.4.2 menyediakan pengecualian yang jelas. Ia membenarkan Kerajaan Malaysia, sebagai pengawal selia, untuk mengakses kod sumber, algoritma, dan teknologi proprietari lain, bagi tujuan pengawalseliaan (regulatory) dan perundangan yang sah. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) penyiasatan, prosiding kehakiman, penyelenggaraan infrastruktur kritikal, memastikan pematuhan undang-undang, dan memastikan kestabilan sistem kewangan (atas sebab-sebab prudential).


Artikel 5.1 (Tindakan Sekatan Terhadap Negara Ketiga)


TSMY: Peruntukan ini menegaskan, jika AS mengenakan sekatan atau langkah lain terhadap negara ketiga atas alasan keselamatan ekonomi atau keselamatan nasionalnya, Malaysia juga hendaklah melakukan tindakan yang sama. TSMY mendakwa ini memaksa Malaysia akur secara mutlak.


Jawapan: Seperti yang saya jawab di Parlimen, peruntukan ini SAMA SEKALI tidak memaksa Malaysia akur secara membuta tuli. Frasa-frasa utama seperti "mengikut undang-undang dan peraturan domestik" dan "dalam garis masa yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak" dengan jelas memberikan Malaysia ruang undang-undang dan autonomi diplomatik untuk mengurus tindakannya.
Peruntukan tersebut dengan jelas menekankan bahawa sebarang tindakan Malaysia hanya terpakai untuk isu yang merupakan "shared economic concern" (kebimbangan ekonomi bersama). Sekiranya isu tersebut tidak menjejaskan kepentingan ekonomi Malaysia, kita TIADA OBLIGASI untuk mengambil tindakan atau sekatan yang sama seperti AS. Ini adalah komitmen berasaskan kebimbangan bersama, bukan kepatuhan mutlak.


Artikel 5.2 (Kawalan Eksport Strategik)


TSMY: Peruntukan ini menyatakan, Malaysia hendaklah mematuhi seluruh kawalan eksport ke atas negara ketiga yang dikenakan oleh AS secara unilateral. TSMY mendakwa ini menyebabkan Malaysia kehilangan autonomi penuh.


Jawapan: Artikel ini TIDAK menyebabkan Malaysia kehilangan kuasa penuh atau autonomi. Ia hanya menyatakan komitmen untuk bekerjasama dalam mengawal selia perdagangan strategik, selagi ia mematuhi undang-undang domestik Malaysia.


Malaysia telah pun mempunyai rangka kerja undang-undang melalui Akta Perdagangan Strategik 2010. Tindakan ini diambil secara konsisten (walaupun sebelum ART) untuk melindungi pengeksport dan komuniti perniagaan domestik daripada risiko sekatan sekunder (secondary sanctions). Ini membuktikan Malaysia telah sedia mengambil langkah proaktif untuk kekal sebagai rakan dagang yang dipercayai kepada masyarakat antarabangsa, termasuk AS.


Artikel 5.3 (Akses Data Kastam)


TSMY: Peruntukan ini memberikan akses langsung kepada AS terhadap data kastam dan urusan kastam Malaysia. TSMY mendakwa ini bermakna kedaulatan data dan kawalan ekonomi nasional Malaysia kini dikuasai AS.


Jawapan: Walaupun Artikel ini membenarkan AS memiliki akses kepada data kastam, akses tersebut bukanlah automatik. Tiga perenggan di bawah Artikel ini secara tegas memerlukan perkongsian data dilakukan:
● "through its domestic regulatory process"; atau
● "in accordance with its domestic laws and regulation".
Ini bermakna sebarang perkongsian data mestilah melalui proses peraturan Kastam dan berlandaskan sepenuhnya undang-undang domestik negara.


Artikel 6.1.3 (Komitmen Pelaburan dan Perolehan)


TSMY: Peruntukan ini menuntut komitmen memudahkan pelaburan US$70 bilion (10 tahun) dan perolehan US$150 bilion (5 tahun) oleh syarikat Malaysia ke atas AS adalah pemindahan kekayaan yang berat sebelah.


Jawapan: AS adalah sumber pelaburan terbesar bagi Malaysia. Sebagai rekod, setakat Januari-Jun 2025, pelaburan yang diluluskan dari AS mencatatkan RM10.4 bilion, manakala secara kumulatif sehingga 2024, rekod pelaburan dari AS adalah berjumlah RM218.2 bilion.


Komitmen pelaburan dan perolehan di bawah Artikel ini tidak akan menggunakan dana Kerajaan dan adalah semata-mata keputusan komersial dan perancangan perniagaan syarikat-syarikat. 


Kerajaan hanya mendapatkan maklum balas daripada Syarikat Multinasional (MNC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mengenai perancangan perolehan sedia ada mereka dari AS, dan menyenaraikan komitmen tersebut. Tanpa ART sekali pun, perolehan ini akan tetap dilakukan kerana ia adalah perancangan komersial yang sedia ada.


Contoh: Pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada Mac 2025, iaitu sebelum pengumuman tarif oleh Presiden Trump.


Artikel 6.2 (Nadir Bumi dan Sekatan Eksport)


TSMY: Peruntukan ini melarang Malaysia untuk mengenakan kuota atau sekatan eksport ke atas sumber strategik seperti nadir bumi (REE) ke AS. TSMY mendakwa ini menyebabkan Malaysia menyerahkan autonomi dasar ke atas sumber strategik miliknya.


Jawapan: Malaysia TEGAS mengekalkan dasar MELARANG eksport REE mentah. Dasar ini adalah untuk memastikan pembangunan industri hiliran tempatan. Ini bermakna nilai tambah, pekerjaan berkemahiran tinggi, dan teknologi pemprosesan mesti diwujudkan dan kekal di Malaysia. Kita tidak akan kembali menjadi negara yang sekadar menggali dan menjual bahan mentah dengan harga murah.


Pembangunan sumber strategik negara akan berlaku mengikut undang-undang Malaysia, di bumi Malaysia, dengan kawalan penuh kedaulatan negara.


Dasar yang diamalkan bukan untuk menghalang perdagangan secara total, tetapi untuk menghalang eksport bahan mentah yang belum diproses, bagi memastikan nilai tambah berlaku di Malaysia terlebih dahulu. Seperti mana sektor lain seperti oil and gas, getah, koko, dan minyak sawit, Malaysia tidak menghalang eksport produk hiliran dan bahan yang telah diproses tetapi kita menggalakkan pembangunan aktiviti hiliran untuk memaksimumkan nilai. Setelah diproses di dalam negara mengikut undang-undang dan piawaian Malaysia, dan setelah nilai itu dicipta di sini, barulah produk hiliran bernilai tinggi boleh dieksport sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global.


Pelaksanaan fasilitasi dan semua pelaburan di bawah Perjanjian ini akan sentiasa tertakluk dan dilaksanakan selaras dengan undang-undang dan dasar negara.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/baca-din-cirit-jangan-tak-baca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini

Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Baca Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 186 hits
Checklist Terperinci Pemeriksaan Kereta Terpakai A PEMERIKSAAN EKSTERIORBadan Kereta Cat Periksa keseragaman warna cat keseluruhan kereta Cari garisan cat tidak sekata Periksa karat di bawah pintu bonet dan bumper Semak ruang antara panel b...
Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

Pm Anwar Tegur Pihak Lantang Kritik Tanpa Faham Isi Art 2025 Dah Baca Ke Belum

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 101 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang lantang kritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dengan Amerika Syarikat tanpa memahami kandungan sebenar perjanjian tersebut Lantang kritik tapi tak baca isi kandunga...
Nak Minat Artis Jangan Sampai Over Mereka Tak Hairan Pun Abby Abadi Bersuara Setelah Dikecam Gara Gara Satu Kenyataan

Nak Minat Artis Jangan Sampai Over Mereka Tak Hairan Pun Abby Abadi Bersuara Setelah Dikecam Gara Gara Satu Kenyataan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 128 hits
Pelakon dan penyanyi terkenal Abby Abadi tampil menegur orang ramai agar tidak terlalu taksub atau berlebihan dalam meminati seseorang artis Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan 48 menasih...
Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah Pula Jadi Pemimpin Bersatu Yang Secara Terbuka Gesa Muhyiddin Berundur

Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah Pula Jadi Pemimpin Bersatu Yang Secara Terbuka Gesa Muhyiddin Berundur

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjadi pemimpin BERSATU terbaru yang secara terbuka menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Presiden dan memberi laluan kepada kepimpinan baru Saif...
Saifuddin Dropped As Pahang Pn Chief Days After Criticising Muhyiddin

Saifuddin Dropped As Pahang Pn Chief Days After Criticising Muhyiddin

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 161 hits
Mas Ermieyati Samsudin has also been appointed as Melaka PN chief and Shahidan Kassim as Perlis PN chief Saifuddin Abdullah will be replaced as Pahang PN chief by PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man KUALA LUMPUR Perikatan Nasional ha...
The House Of Muhyiddin Burns From Within

The House Of Muhyiddin Burns From Within

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 167 hits
Bersatu a party once born out of ambition for reform now finds itself in karmic decline its foundations shaken by power hunger and betrayal The past weeks have exposed internal discontent with voices like Wan Saiful Wan Jan and Wan Ahmad Fa...
Just Revoke Citizenship Of Muhyiddin S Sil For Using Foreign Passport If It S So Difficult To Track Him Down

Just Revoke Citizenship Of Muhyiddin S Sil For Using Foreign Passport If It S So Difficult To Track Him Down

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 176 hits
SUCH was the response of man on the street Malaysians following the admission by the Malaysian Anti Corruption Commission that it has been a struggle for the graft buster to extradite former premier Tan Sri Muhyiddin Yassin s son in law Dat...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange