Babysitter


Macam dah lama tak cerita pasal student aku. Biasalah, student datang silih berganti. Sekejap je jumpa, tahu-tahu dah habis. Sedar-sedar je dah nak konvo. Eh, sekejap je korang membesar ye? Hahaha.

Dari Tawau dulu membawak ke PJ ni, student aku 99% lelaki. Pernah rasa sekali je dapat student perempuan. Itu pun sekali je. Alhamdulillah kekal kawan sampai sekarang. 

Masa awal-awal aku mengajar dulu. Posting pertama, baru settle konvo dah terbang ke Tawau. Umur pun muda lagi. Masuk kelas, tengok senarai nama, tengok ic. Ehhhhhhhhhhh.. Majoriti student aku sebaya aku. Ada yang lagi tua 2,3 tahun. Mak aih. Seram aku. Nak panggil abang kakak ke macam mana ni? Haha. 

Awal-awal dulu, mungkin sebab muka pun suci murni aku agak diorang ni dapat teka yang aku fresh graduate. Siap main teka-teka umur okeh! Masuk uni tahun berapa. Belajar berapa tahun. Grad tahun bila. 

Teka umur tu exactly pulak tu.

Tapi aku biasalah. 
I cannot confirm nor deny the information.

Dah tua baru orang tak main teka-teka umur dah. Ni baru-baru ni Program Sukan Balapan kat Kuala Langat. Walaupun badan sasa, perangai macam 'comel' lagi. Terpaksa Miss ko jadi babysitter :D
Tapi kadang-kadang aku confuse, aku babysitter ke diorang babysitter aku?
Kan dah kata, pensyarahnya yang perangai baby lebih dari budak :D
By the way, kawan aku ada buat bisness aiskrim kon ni. Murah je kon besar ni baru singgit. Kalau kon kecik boleh bagi lagi murah. Kebetulan ada program, dia angkut mesin aiskrim ni bawak ke tepi trek. Laku gila aiskrim. Aku je 5 kali repeat makan. Untung kawan dengan aku. Supportive.
Jom naik Hutan Pendidikan Bukit Gasing!
Tak tahu apa motif gambar ni. Nak test camera function kut?
Ini aktiviti semester lepas rasanya masa diorang ni semester 2.
Sekarang ni dah semester 3. Next semester pergi LI. Then dah habis. Tahu-tahu je nanti aku dah kena arrange surat panggil konvo.
Eh, cepatnya masa berlalu. Kak Gee (cap hitam) tu pun dah pencen. Ni kira last activity dengan student sebelum 'keluar baris'. Macam mak aku selalu kata. Sekarang sekejap je masa berjalan. Baru je solat Zuhur, eh dah azan Asar. Betullah tu kan.
Best Bukit Gasing ni. Dekat dengan office.Yang penting masa naik ni aku tak pancit okeh. Aku sendiri kagum dengan diri sendiri sebab steady je. Haha. 
Lepas naik Bukit Gasing ni riak gila cakap dengan kawan aku sebab tahun 2016 naik aku pancit separuh jalan. Padahal Bukit Gasing ni bukan extreme pun. Kalau rate kesukaran, lagi rendah dari Beginner okeh!
Kau mampu lagi rendah dari Beginner pun ko pancit? Lepas settle Bukit Gasing, aku naik Bukit Broga dengan Epa, konon dah fit sikit kut? Sekali ya Allah. 5 kali berhenti ambik nafas! Pui.
Trek best sangat. Even sekeliling bukit ni dah bandar, bangunan rumah orang penuh, hutan dia segar. And pokok keriang banyaaaaak sangat. Ada sekali dulu aku pergi tengah musim keriang, penuh keriang gugur kat tanah. Tapi dah kena pijak oranglah.
Lepas tu ada jambatan besi kat atas tu. Route yang kami pilih memang selalu lalu jambatan besi tu tapi tak naik sampai temple & observation hut. Tinggi nau. Gigil kaki aku nak naik.
Ada sungai jernih gila boleh bawa mandi. Masa kami sampai sungai tu sedang elok je ada parents bawak anak dia mandi. Rupanyakan, ada jalan senang naik kereta ke atas ni. Baru aku tahu. Naif sangat hiking.
Kanak-kanak riang berjimba kat Jambatan Gantung.Last route sebelum balik. Student aku ada yang gayat, so memang dia tak lalu jambatan ni. Kalau korang spesis ok tak pening kepala boleh lalu jambatan ni. Settle sini turun bawah sikit terus jumpa rumah orang. Memang dekat gila rumah orang dengan bukit ni.
Ramai yang naik parking tepi jalan je dekat area rumah-rumah ni. Budak-budak naik sendiri pun ramai. Well I guess sebab dekat dengan rumah orang so risiko sesat tu rendah. Ko pusinglah celah mana pun confirm turun jumpa rumah orang. Nak buat aktiviti pelajar pun mudah. Nak mengkaji tumbuhan hutan dan serangga pun mudah. 
Mungkin sebab tu nama dia Hutan Pendidikan Bukit Gasing?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.nurulshahira.com/2019/08/hiking-hutan-pendidikan-bukit-gasing-petaling-jaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Month Old Dies After Alleged Abuse By Babysitter Husband

12 Month Old Dies After Alleged Abuse By Babysitter Husband

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR A 12 month old baby girl died after she was believed to have been abused by a babysitter and her husband at a house in Gombak on Sunday Gombak police chief Samsor Maarof said investigations revealed that the baby died of severe...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik