Baby Muqarrabin Hadiah Dari Allah


Ketika baby Muqarrabin berusia 30 hari. Hatiku semakin tenang menerima qada’ dan Qadar dari Allah. Ujian bagi kami sekeluarga dengan kehadiran cahaya mata yang mempunyai masalah Klef bibir dan lelangit. 



Teringat lagi dengan pertanyaan dari Doktor Pakar yang pecahkan ketuban saya ketika itu :

“Puan tak tahu ke baby Klef?” selepas melihat raut wajahku terkejut sebaik beberapa minit bayi dilahirkan secara normal. 

“Tak tahu doktor. Sebab masa scan berwarna pada usia kandungan 19 weeks, tidak menunjukkan keganjilan pada scan. Kepala baby pun menunduk, dan doktor minta repeat scan kalau nak tengok lagi muka baby.”

“Oh. Takpe, baby puan kita bawa ke NICU sekarang.”

Ketika berehat di katil dalam labour room. Dengan uri masih tidak dikeluarkan lagi. Hati saya tenang setenangnya. Tidak tahu nak sedih atau bagaimana sebab tenagaku habis digunakan sewaktu proses kelahiran. Tidak dapat berfikir apa-apa langsung. 

Proses bersalin boleh baca dalam artikel bersalin pada 36 weeks . 

Jam 1.43 pagi bersalin pada 12.12.2024 dengan berat baby 2.64 kg . Saya dihantar ke wad bersalin kembali pada jam 4 pagi, setelah melihat saya  stabil. 

“Jangan risau puan. Masalah Klef ni kita boleh repair kemudian, puan berehat ya?”
Teringat semasa di labour room, doktor dan staff nurse disana memujukku apabila melihat mata ku mula berkaca dan menunggu masa untuk empangan air pecah. 


Selepas 24 jam diriku di hospital wad bersalin. Berjaya discharged, tetapi bukan bersama baby. 

Sebelum keluar wad. Ada seorang doktor pelatih lelaki yang tegur saya :
“Puan, hari ni dah boleh discharged ye. Boleh berehat di rumah. Call suami minta datang ye settle bill.”

“Oh. Okay. Tapi baby? tak boleh balik sekali kan? dia ada masalah Klef je kan?”

“Puan tak tahu ke? bukan masalah Klef bibir tu je. Ada masalah lain lagi.”
“Doktor cuba tanyakan doktor yang merawat baby saya tu.”

“Nanti saya cuba tanya ya.”


Hati saya mulai sudah tidak sedap lagi. Tidak setenang seperti semalam di labour room! Terus saya berbaring di katil untuk tidur. Kiri, kanan, depan dan belakang dikelilingi  ibu-ibu yang masih menanti proses sakit bersalin dan yang sudah bersalin. Tangisan baby lain juga kedengaran.

Selepas hati saya tenang kembali, tangan mencapai laci wad sebelah katil. Hajatnya mahu whatsapp suami. 

“Bang, jangan bersedih dengan kelahiran ke-5 kita ni ye? mungkin ni rezeki besar kita sekeluarga. Harap abang terima seadanya baby.”
Satu chat whatsapp berjaya dihantar kepada suami sebelum suami datang menjemput saya pulang. 

“ok.”

Sebenarnya, saya sendiri yang bersedih di wad bersalin, Seorang diri menahan rasa di katil. Rasa sakit bersalin hilang berganti dengan kesedihan. 


6 Hari kemudian 

Doktor dari NICU ( Hospital Tengku Ampuan Afzan ) HTAA menelefon suami dan meminta saya datang ke hospital untuk belajar menyusukan baby. 

Keesokan harinya, hati saya hancur! bila melihat baby Muqarrabin berada di Zon Merah dalam NICU. Bilik tersebut dengan mempunyai 8 baby keseluruhannya yang mempunyai masalah kesihatan sewaktu kelahiran. 

Dalam bilik, dikelilingi dengan mesin-mesin oksigen untuk selamatkan nyawa baby yang ada di sini. 

Sekali lagi, mata saya berkaca! mujur saya mengenakan mask, jadi tidak kelihatan sekiranya saya menangis sekalipun.  Dalam hati, boleh ke tidak baby Muqarrabin survive ni? dalam red zon. Bukan bilik biasa untuk newborn. Baby yang ada disini, semuanya menggunakan bantuan oksigen dari mesin yang mana pada badan baby-baby dipenuhi wayar dan tiub. 

“Nurse, mana satu baby saya?” 

“Nama siapa maknya?” kata nurse yang bertugas sedang menguruskan baby lain. 

“Nor Azlina.”
“Oh, yang doktor nak ajar penyusuan tu kan. Ni depan  pintu jer. Cuci tangan dulu ye puan kat luar sana.”

Dengan perlahan, kaki melangkah ke arah baby. Kemudian saya mengundur untuk keluar  membersihkan kedua tangan. 


Sekembalinya saya ke dalam bilik Zon Merah. Staff nurse keluarkan wayar tiub halus dari baby Muqarrabin. Agak panjang.

“Saya kena buat semua ni ke balik rumah nanti. Masukkan wayar?” dalam hati, habis dah aku ni. Aku tak reti dan tidak sanggup mahu masukkan wayar tiub yang panjang ke dalam mulut dan tekak baby. 

“Eh, taklah. Ni kami masukkan tiub sebab nak beri dia susu.”

Fuhh, rupanya bukan! kalau tidak, memang awal saya tidak akan buat. Sebab saya jenis ibu yang mudah menangis dan tidak sanggup melihat anak begitu. 

Kemudian, saya diberikan tunjuk ajar :
1. Bagaimana mahu menyusukan baby Klef. 
2. Posisi baby Klef  menyusu. 
3. Waktu penyusuan  newborn baby Klef. 

Dalam bilik NICU ini, saya juga diterangkan masalah baby. Rupa-rupanya, baby juga Klef lelangit selain bibir. Allahuakbar! hancur hati saya sekali lagi. Saya memikirkan masa depan dia. 

Doktor kanak-kanak dan doktor gigi jika tidak silap pantau saya ketika proses penyusuan. 1 set botol dan puting serta buku dan pamplet dari group CLAPAM diberikan kepada saya sebaik penjelasan diberikan. Rm 10 untuk keahlian CLAPAM. Kata doktor, boleh sertai di group Facebook untuk masalah Klef dan Palate. 

Oleh sebab baby mempunyai masalah Klef bibir dan Palate, baby tidak boleh menyusu direct dari badan ibu kerana boleh mengakibatkan tersedak susu. Selain itu, botol susu juga jenis special iaitu dihujung berbentuk susu. 


Check Kuning 

Baby kuning sehingga hari ke-21. Setiap kali datang ke klinik, mata saya sentiasa berkaca. Ini kerana pandangan ( ekor mata mereka )  dari ibu-ibu dan ayah yang membawa baby masing-masing ke klinik kesihatan melihat saya dengan kelainan. 

Ya Allah! masa ni, saya mengadu kepada suami bahawa  tidak kuat untuk ke klinik. Tambah lagi, hanya beberapa kali sahaja suami temankan saya, memandangkan cuti suami 7 hari telah pun habis. 

Beberapa orang staff nurse disini menenangkan saya dengan berkata:

“Takpe puan. Kat HTAA ada pakar bedah hebat. Boleh repair semula tu. Jadi, puan kena bersabar dengan mulut-mulut orang.”


Dalam saya bersedih , hati kami suami isteri juga risau memikirkan kos perbelanjaan pembedahan Klef. Ada staff nurse beritahu kos sekitar RM 8,000 bagi pembedahan mulut sahaja. Lebih kurang 2 minggu saya bersedih, dan saya kuatkan hati bertanya dalam group Klef. Kos sebenar adalah ratusan sahaja jika di Hospital Kerajaan. Lega! jika tidak, saya terpaksa bekerja keras bersama suami untuk mengumpul dana tersebut. 


Hikmah cerita :
Kami suami isteri dan anak-anak yang lain bersatu hati membesarkan baby Muqarrabin dengan sepenuh hati. Walaupun ada orang terdekat yang mempertikaikan kelahiran baby Muqarrabin. 

“Kenapa macam ni? anak-anak 4 orang semua elok kan?” soal individu tersebut. 
“Saya terima ujian Allah dengan reda. Baby macam ni, biasanya dia cerdik dan banyak bawa rezeki kepada kami sejak dalam perut. Takkan saya tak nak terima, ni darah daging saya dan suami.” sayu hati ketika menjawab pertanyaan diatas. Sebagai ibu, saya mesti kuat juga pertahankan zuriat sendiri. 
Dengan kata-kata saya tadi, individu tersebut terdiam ketika datang melawat saya dalam minggu ke-3 berpantang ketika itu. 

P/s: Setiap kali baby menangis, saya pujuknya dengan zikir munajat. Hati saya pun tenang, baby selenanya tidur. 

Dalam fasa berpantang, sangat menguji kesabaran kami suami isteri untuk sesuai kan baby. Kata ibu-ibu dalam group Klef, baby meragam semestinya. Tambah lagi baby Klef dan palate. 


Ada masa terluang, saya akan update gambar di artikel ini.



Perancangan seterusnya selepas berpantang;

1. Kelas Basic SEO ( ada diskaun sempena ulang tahun perkahwinan kami Februari)
2. Rakaman dan nota slide Kelas Ghostwriter akan dijual pada harga RM 49.
3. Servis Tulis Artikel SEO.
4. Review servis dan produk di Blog.
5. Servis Content Writer website SEO 
6. Copywriting media sosial 
7. Copywriting Landing page 
8. Copywriting Sales Page 

Hubungi saya menerusi whatsapp 0189107161, sekiranya perlukan servis penulisan diatas. 


 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/baby-muqarrabin-hadiah-dari-allah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Golongan Yang Dijauhkan Dari Rahmat Allah Masuk Ramadhan Tidak Diampuni

Tiga Golongan Yang Dijauhkan Dari Rahmat Allah Masuk Ramadhan Tidak Diampuni

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 106 hits
Rasulullah mengucapkan Aamiin tiga kali sebagai bentuk pengabulan doa Jibril terhadap mereka Simak penjelasan lengkap hadits ini dan bagaimana kita bisa menghindari menjadi bagian dari golongan yang merugi
Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir Rm12 Juta Selepas Bersalin

Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir Rm12 Juta Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 84 hits
Isteri dihujani hadiah mewah hampir 12 Juta selepas bersalin Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan hadiah hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan selepas melahirkan anak kedua mer...
Kisah Kaum Tsamud Peradaban Yang Hilang Karena Azab Allah

Kisah Kaum Tsamud Peradaban Yang Hilang Karena Azab Allah

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 125 hits
Kaum Tsamud dikenal sebagai bangsa yang memiliki peradaban maju tetapi mereka dihancurkan karena kesombongan dan kedurhakaan terhadap perintah Allah Nabi Saleh alaihissalam diutus kepada mereka namun mereka menolak dakwahnya dan membunuh un...
Makin Diminati Insya Allah Negara Kita Malaysia Bakal Masuk Senarai P

Makin Diminati Insya Allah Negara Kita Malaysia Bakal Masuk Senarai P

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 107 hits
Berkata kepada agensi berita Interfax Ketua ROSOBORONEXPORT Alexander Mikheev menyatakan bahawa pelanggan eksport pertama pesawat pejuang Su 57E itu akan menerima dan mengoperasikan pesawat pejuang pelbagai guna canggih itu pada tahun ini P...
Sertai Cabaran Tiktok Jabatan Wilayah Persekutuan Dan Menangi Hadiah Menarik

Sertai Cabaran Tiktok Jabatan Wilayah Persekutuan Dan Menangi Hadiah Menarik

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 90 hits
Adakah anda penggemar TikTok dan suka beraksi dengan kreativiti Kini peluang anda untuk mencabar bakat kreatif dalam dunia maya dan berpeluang memenangi hadiah menarik dari Jabatan Wilayah Jom Sertai Cabaran Mingguan Jabatan Wilayah Perseku...
Mother Safely Delivers Baby After Being Stranded In Tambunan

Mother Safely Delivers Baby After Being Stranded In Tambunan

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 92 hits
KOTA KINABALU A mother who was stranded on her way to the hospital to give birth in the interior Tambunan district has safely delivered her baby via caesarean section Sabah Health Department director Dr Maria Suleiman shared this news after...
Joy Revfa Kongsi Ward Tour Nervous Nak Lahirkan Baby Kedua Macam Lahirkan Anak Pertama 10 Tahun Dulu

Joy Revfa Kongsi Ward Tour Nervous Nak Lahirkan Baby Kedua Macam Lahirkan Anak Pertama 10 Tahun Dulu

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 120 hits
Usahawan kosmetik Joy Revfa sebelum ini pernah berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia hamil pada Ogos tahun lalu Baru baru ini menerusi akaun TikToknya Joy berkongsi suasana wad yang bakal dihuni bersama bayinya nanti selepas bers...
Lirik Lagu Lagi Lagi Tak Dapat Raya Floor 88 Ft Baby Shima

Lirik Lagu Lagi Lagi Tak Dapat Raya Floor 88 Ft Baby Shima

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 85 hits
Lirik Lagi Lagi Tak Dapat Raya Tak sabarnya rasaNak untung nak jadi kayaKali ini balik rayaSemua naik kereta mewahMolek benar apa yang engkau katatetamu kita mesti kita mesti kan berceritaRendang wagyu laksa caviarDuit raya bagi dolarBerlag...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Serangan Bom Tembakan Di Golok Polis Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Sudah Hampir 3 Tahun Dap Dalam Kerajaan Segala Tuduhan Seperti Yang Ada Dalam Vi

Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

Fractional Reserve Banking

Video Nur Nilam Dedah Azlan Komeng Akan Kahwin Selepas Aidilfitri Dia Minta Saya Pergi Meminang

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Depresi

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Yaya Nadila Feat Zinidin Zidan Cinta Digaris Tangan

Kambing Perap Mendunia