Babi Tetap Melahirkan Babi Sampai Bila Bila



" BABI TETAP MELAHIRKAN BABI SAMPAI BILA-BILA! "
Kami amat tertarik dengan penulisan yang disampaikan oleh saudara Abdul Ghani Haron menerusi laman facebooknya. Penulisan yang bertajuk, "Babi Tetap Melahirkan Babi Sampai Bila-Bila".
Mari sama-sama kita baca coretan ini sebagai peringatan bersama untuk terus bermuhasabah setiap masa.
YANG HARAM, TETAP HARAM 
Sebuah lori ikan terbabas di tepi jalan dan tong ikan serta ikan berserakan. Ramai yang berhenti dan mengambil ikan. Seorang dari mereka mengangkat seekor ikan tenggiri untuk diberi kepada saya ketika saya melintas tempat itu, saya bertanya,"Encik ni tuan punya ka ?"Dia berkata,"Tidak. Ambik sajalah encik "Saya menolak. Bolehkah kita mengambil sesuatu yg bukan hak,sudahlah dia kemalangan, hartanya pula disamun sewenangnya. Banyak orang menjadi penyamun walaupun yang berketayap bila lori dengan muatan makanan terbalik.
Seorang guru besar bertanya pandangan saya pada tahun yang lalu,"Cikgu,saya dihubungi oleh seseorang menawarkan soalan bocor UPSR. Apa pandangan cikgu. Saya larang dia dari ambil, bukan kerana meragukan tetapi hukum tetap mengharamkan samada ia soalan betul atau tidak. Niat kita, berbuat tidak baik, perbuatan kita, menjadi dosa.Memang bukan kita yang membocorkan tetapi kita bersekongkol mengambil faedah dari kerja jahat. Babi tetap melahirkan babi walau sepuluh keturunan pun.
Seorang penyeludup pakaian dari sempadan dikejar oleh unit pencegah penyeludupan. Dalam masa melarikan diri dengan kenderaan yang memuat barang seludup, mereka membaling keluar pakaian ditepi jalan untuk mengelak dari ditangkap bersama barang seludup. Orang ramai yang lalu dijalan itu telah memungut pakaian yang dibuang tersebut. Apa hukumnya? Tetap berdosa kerana mengambil faedah dari kerja jahat orang lain. Apa yang gugur dari tangki lori pengangkut najis, tetaplah najis.
Tiga insiden yang dicerita diatas antara contoh dimana orang memandang ringan hal hukum mengambil hak tanpa izin dan meletak hukum ditangan sendiri,pada akal sendiri. Banyak orang yg memandang mencuri itu bila kita secara senyap dan tidak diketahui mengambil hak orang,kalau ambil terang-terang bukan mencuri.Ada yg bagi alasan orang lain ambik, akupun ambiklah.Jadi orang lain masuk neraka,akupun masuk nerakalah. Begitu?
Seperkara lagi, kita tidak boleh mengambil manfaat dari kerja jahat atau kerja khianat orang lain. Contoh diatas orang lain yg menyeludup,kita tidak boleh mengambil barang yg dibuang oleh mereka, orang lain yg bocorkan soalan, kita tidak boleh tumpang sekaki ambil faedahnya. Dosa sama sahaja. 
Begitu juga kerja copy paste yang membuang hak milik bermula dengan seorang yang khianat yang membuang nama penulis. Maka kita tidak semudahnya menjawab, saya copy saja dari group lain yg memang tiada nama. Tidakkah kita berkongsi dosa dengan orang yang pertama yang memulakan kerja khianat? 
Fikirkanlah sebelum copy artikel yang tiada nama terutama yang berbentuk karya. Jika ia berbentuk ilmu yg umum,hukum hakam,mungkin dibolehkan. Sedangkan memetik hadis pun kita menulis periwayat, memetik kitab pun kita tulis ulamak pengarangnya,sedangkan imam Nawawi, imam Ghazali dan lainnya pun menulis nama pada kitab mereka, apakah kita lebih waraq untuk berkata ilmu kena kongsi, tak perlu nama,ilmu hak Allah,tak boleh mengaku hak kita.Ini bukan waraq,ini warkaq,berlagak alim dari buku komik,mengharus yang haram kerana mereka suka melakukannya.
Telitilah dalam hidup. Jangan terpengaruh oleh nafsu dan akal semata, rujuklah kpd hukum sebelum mengambil keputusan.Walau setinggi mana ilmu kita,segiat mana kerja kebajikan kita,sebesar mana serban kita,selabuh mana jubah kita, hukum kena dipegang bukan akal kita yg penuh dengan alasan utk memberi faedah kepada diri.
Kdt - ABD GHANI HARON

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://infokinidotmy.blogspot.com/2015/09/babi-tetap-melahirkan-babi-sampai-bila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tentang Perubahan Fisik Perempuan Setelah Menikah Dan Melahirkan Sebuah Proses Ajaib

Tentang Perubahan Fisik Perempuan Setelah Menikah Dan Melahirkan Sebuah Proses Ajaib

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 199 hits
Peluk sayang untuk Moms yang tetap merasa cantik dan hebat meski sederet perubahan fisik sudah dialami
Terbit Dan Pamer Poster Filem Babi Penerbit Mengaku Tak Salah

Terbit Dan Pamer Poster Filem Babi Penerbit Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 241 hits
Ho Kit YenPenerbit filem Babi Toh Han Boon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari iniPETALING JAYA Seorang penerbit tempatan yang dihadapkan ke mahkamah majistret di sini mohon dibicarakan atas tuduhan menerbitkan filem Babi ta...
Babi Producer Claims Trial To Not Having Permit For Movie

Babi Producer Claims Trial To Not Having Permit For Movie

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 288 hits
Toh Han Boon producer of the movie Babi at the Petaling Jaya magistrates court today PETALING JAYA A local producer claimed trial in the magistrates court here today to a charge of not having permission to produce the film Babi Toh Han Boon...
Penerbit Filem Babi Didakwa Di Mahkamah

Penerbit Filem Babi Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 207 hits
Penerbit filem Babi yang mencetuskan kontroversi pada tahun lalu dihadapkan ke mahkamah majistret hari ini berhubung penerbitan filem berkenaan Toh Han Boon bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret atas tuduhan menerbitkan ...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Fiersa Besari April Chord

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing