Bab Besarkan Anak 10 Bahasa Dosa Ini Ketika Bercakap Penyebab Anak Jadi Degil


Sepanjang membesarkan anak, ada perkara-perkara yang selalunya ibu bapa terlepas pandang sehingga kita tak perasan ia juga doa yang ‘tak disengajakan’.
Selalunya ibu bapa akan berkata, rasanya apa anak nak semua dah bagi tapi kenapa degil dan sikapnya tak seperti yang diharapkan. Ingat dalam berbicara dan setiap yang keluar dari mulut ibu bapa itu dianggap doa.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Noraliza Alwi, bab besarkan anak; Ada 10 “Bahasa Dosa Dalam Berbicara”, menurut Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Pakar An-Nur.

Penyebab Anak Degil Dan Bermasalah Yang Perlu Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak.
#1 Bahasa Melaknat
Contohnya, sumpah, maki hamun, menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang ditengking dan dimaki cenderung sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.
#2 Bahasa Menyindir (Sarcasm)
Contoh ayat; “
“Asyik-asyik mintak duit je”
Kamu ingat ayah ni kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang direct namun tidak mengguris.
#3 Bahasa Berdusta/Menipu
Contoh ayat;
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim.” (Tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.” “Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan untuk diamkan anak pada masa itu. Namun kesan panjangnya masuk dalam kepala hati anak, dan boleh membentuk emosi negatif pula.
Terbaiknya usahlah berbohong kepada anak. Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
#4 Bahasa Menemplak
Contohnya, “Padan muka.” “Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
#5 Bahasa Membandingkan
Contoh ayatnya;
“Cuba kamu tengok abang, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak main je.”
“Kenapalah kamu ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot je.”
Perbuatan melebihkan anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed.
Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.

#6 Bahasa Mengkritik/Membebel
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri.
Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas janji mereka faham. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
#7 Bahasa Mengungkit
Contohnya, “Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pergi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga.”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
#8 Bahasa Mengugut
Contohnya, “Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.” “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.” “Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan untuk terapkan disiplin.
#9 Bahasa Menuduh
Contohnya “Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti tadi kamu cuai masa main sampai tercicir.” “Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis.
Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
#10 Bahasa Bisu (Silent Treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan.
Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita perbaiki yang salah. InsyaAllah
Sumber: Noraliza Alwi
The post Bab Besarkan Anak, 10 Bahasa Dosa Ini Ketika Bercakap Penyebab Anak Jadi Degil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bab-besarkan-anak-10-bahasa-dosa-ini-ketika-bercakap-penyebab-anak-jadi-degil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pukul Dengan Tangan Pada Bahagian Badan Menjadikan Anak Semakin Degil

Pukul Dengan Tangan Pada Bahagian Badan Menjadikan Anak Semakin Degil

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 583 hits
Selalu terdengarkan orang kalau jumpa budak nakal or degil dia akan cakap anak siapa lah ni degil betul mak bapak dia tak ajar ke ni sampai teruk sangat perangai Sedih sebenarnya kalau dengar orang cakap macam tu Kalau yang kena herdik tu a...
Cium Anak Dapat Pahala Cium Suami Gugur Dosa Cium Isteri Dapat Bahagia Selamanya

Cium Anak Dapat Pahala Cium Suami Gugur Dosa Cium Isteri Dapat Bahagia Selamanya

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1488 hits
Mungkin tak ramai yang lakukan amalan mencium pasangan dan anak Kebiasaannya amalan ini dilakukan di peringkat awal perkahwinan kemudian terhenti lantaran mahu segera ke tempat kerja atau sebagainya Namun bagi mereka yang masih mengamalkan ...
Lebih Setahun Kahwin Ada Anak Bahasa Rindu Penting Jika Tak Rumah Tangga Hambar

Lebih Setahun Kahwin Ada Anak Bahasa Rindu Penting Jika Tak Rumah Tangga Hambar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 414 hits
Bila dah lama kahwin sebahagian besar rumahtangga jadi hambar Bebanan mencari duit karenah anak anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin Jemu menghadap muka Keluar makan pu...
Fasih Baca Doa Dalam Bahasa Arab Ibu Pelajar India Tak Kisah Anak Belajar Di Tadika Islam

Fasih Baca Doa Dalam Bahasa Arab Ibu Pelajar India Tak Kisah Anak Belajar Di Tadika Islam

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 801 hits
Memang banyak pusat Pendidikan awal yang ada di Malaysia dewasa ini Salah satunya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam yang biasanya akan dipenuhi dengan pelajar pelajar melayu kerana ia menawarkan pembelajaran berasaskan Islam kepada kanak kana...
Marahlah Anak Ketika Buat Salah Puji Anak Ketika Dia Buat Kebaikan

Marahlah Anak Ketika Buat Salah Puji Anak Ketika Dia Buat Kebaikan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 397 hits
Real Case Ada parents di sini yang mengaku tak pernah dan tak tahu untuk marah anak Parents Marah tu tandanya untuk menegur kesalahan anak Kan ada pepatah mengatakan marah tandanya sayang Real case ini adalah perkongsian daripada Cik Aishah...
Walaupun Hanya Straw Je Ibu Beri Peringatan Jangan Leka Ketika Anak Anak Bermain

Walaupun Hanya Straw Je Ibu Beri Peringatan Jangan Leka Ketika Anak Anak Bermain

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 402 hits
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak anak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka Ibu bapa juga pasti tidak sanggup melihat dan membiarkan anak anaknya terluka dan sakit namun kadang kadang ada perkara yang tidak...
Budak Perempuan Diliwat Anak Pengasuh Ketika Ditinggalkan Bersendirian Bersama Suspek

Budak Perempuan Diliwat Anak Pengasuh Ketika Ditinggalkan Bersendirian Bersama Suspek

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 428 hits
The ReporterSeorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun mendakwa diliwat anak pengasuhnya kelmarin Menurut sumber kejadian itu berlaku di kediaman pengasuh di Kuala Terengganu selepas mangsa dihantar ibunya ke rumah tersebut yang tidak...
Wanita Ditalak 3 Ketika Hamil Bekas Kekasih Datang Dodoi Anak Baru Lahir

Wanita Ditalak 3 Ketika Hamil Bekas Kekasih Datang Dodoi Anak Baru Lahir

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1008 hits
Cinta yang kita semai dan baja dengan kasih sayang tidak semuanya akan terus mekar Kadang kala perhubungan yang bertahun dijaga rapi boleh sahaja terlerai bila bila masa Namun tidak semua tali silaturrahim yang telah dibina akan dibiarkan p...
Doa Untuk Anak Yang Lambat Bercakap

Doa Untuk Anak Yang Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 792 hits
Perkembangan setiap anak tak sama Dapat anak yang perkembangannya laju dan cepat pasti menggembirakan ibu bapa tapi bila ada anak yang perkembangan nya lambat Pasti meredakan hati Anak sulung MF laju perkembangannya Normal ikut tempoh dan u...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda