Azmin Masih Mendahului Rafizi Tetap Yakin



KUALA LUMPUR - Usai pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu.
Walaupun mendahului di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis, Mohd Rafizi masih ketinggalan 1,186 undi di belakang Mohamed Azmin dalam keputusan setakat semalam selepas anggota parti di Perlis dan tujuh lagi cabang di Selangor memilih kepimpinan PKR bagi tahun 2018 semalam.
Loading...
Menurut laman sesawang pemilihankeadilan2018, Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, memperoleh 38,228 undi, manakala Mohd Rafizi memperoleh 37,042 undi.

Jumlah undian ini termasuk keputusan muktamad di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, undi ragu di 16 cabang di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis masih diproses dan keputusan masih belum dimuktamadkan.
Di Melaka, Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dilaporkan sebagai berkata sejumlah 2,000 undi dilaporkan ‘hilang’ membabitkan lima daripada enam cabang dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih menyiasat punca masalah berkenaan.
Di Negeri Sembilan, undian di cabang Jelebu masih lagi belum dikira akibat masalah teknikal.
Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi JPP, Dr Adzman Hedra berkata, melalui siasatan awal, masalah capaian internet yang lemah ketika undian berlangsung menyebabkan undian itu 'hilang' daripada sistem dan tidak dapat dikesan.
"Kita mengetahui undi ini 'hilang' apabila jumlah bacaan 'QR Code' anggota yang datang mengundi tidak sama dengan jumlah undian yang masuk. Bahagian teknikal JPP masih berusaha mengesan undian ini, dan jika ia gagal ditemui, kita akan ambil tindakan susulan," katanya.
Proses pengundian berbaki empat negeri lagi, iaitu Kedah (26 dan 27 Oktober), Perak (27 Oktober), Sabah (3 dan 4 November) dan Sarawak pada 10 November.
Sementara itu, pengundian di baki enam cabang Selangor akan dilaksanakan pada 28 Oktober.
Mohd Rafizi dan pasukannya yang membawa perjuangan 'Reformasi 20 Tahun' semalam dalam satu kenyataan dalam laman Twitternya menyatakan keyakinan bahawa proses pemilihan di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak akan berpihak kepadanya.
"Dengan persaingan di Semenanjung hanya berbaki enam cabang di Selangor berbanding 39 cabang di Perak dan Kedah minggu hadapan, saya yakin #Reformasi20Tahun ada peluang untuk menang di Semenanjung, sebelum pemilihan di Sabah dan Sarawak bermula dalam bulan November.“ Saya juga optimis sokongan di Sabah dan Sarawak akan berpihak kepada #Reformasi20Tahun," katanya.  - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/azmin-masih-mendahului-rafizi-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Dahului Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya

Azmin Dahului Rafizi Yakin Baki Empat Negeri Berpihak Padanya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Pemilihan di sembilan negeri dengan Selangor berbaki enam cabang penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan nombor dua dalam parti itu Wa...
Pemilihan Pkr Rafizi Dakwa Sudah Mendahului Azmin

Pemilihan Pkr Rafizi Dakwa Sudah Mendahului Azmin

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 392 hits
Rafizi Ramli mendakwa sudah berjaya mendahului lawannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan timbalan presiden PKR selepas menang di Perak Rafizi mendakwa dengan kemenangan di Perak dan perkembangan di Kedah beliau kin...
Pemilihan Pkr Persaingan Rafizi Dan Azmin Masih Lagi Sengit

Pemilihan Pkr Persaingan Rafizi Dan Azmin Masih Lagi Sengit

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR Selepas enam negeri selesai mengundi pada Pemilihan PKR 2018 pada Ahad lalu keputusan semasa menyaksikan persaingan sengit apabila hanya tiga undi membezakan kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli bagi merebut ...
Rafizi Dakwa Kalahkan Azmin Di Melaka Negeri Sembilan

Rafizi Dakwa Kalahkan Azmin Di Melaka Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 322 hits
PEMILIHAN PKR Pencabar jawatan timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa menewaskan penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Melaka dan Negeri Sembilan Keputusan muktamad masih belum tersedia pada saat berita ini ditulis tetapi Rafizi m...
Saingan Rafizi Azmin Perkara Biasa

Saingan Rafizi Azmin Perkara Biasa

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 372 hits
Muhammad Faiz Sulong23 Oktober 2018 Amirudin hadir merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Induk dan Forum Kelestarian Sumber Air Negeri Selangor SUBANG JAYA Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menganggap perebutan bagi jawatan Timbalan Presid...
Azmin Ahead In Pkr Polls But Rafizi Still Confident

Azmin Ahead In Pkr Polls But Rafizi Still Confident

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 289 hits
PKR deputy president Mohamed Azmin Ali remains ahead of his challenger Rafizi Ramli in the contest for the number two spot in the party polls according to results posted on the party website Rafizi who is ahead in six states Kelantan Tereng...
Rafizi Menang Di Perlis Azmin Menang Fasa Kedua Di Selangor

Rafizi Menang Di Perlis Azmin Menang Fasa Kedua Di Selangor

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 340 hits
MALAYSIAKINI PEMILIHAN PKR Penyandang jawatan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memenangi pengundian fasa kedua di Selangor sementara pencabarnya Rafizi Ramli menangi di Perlis Ketika ini keputusan pengundian di Neger...
The Azmin Rafizi Fight Still Too Close To Call

The Azmin Rafizi Fight Still Too Close To Call

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 265 hits
It s surprisingly not a straightforward fight in the PKR party polls as Team Azmin and Team Rafizi slog it out Philip Golingai The Star ON paper it looks like an easy fight for a federal minister to defend his PKR deputy president post agai...
Timbalan Presiden Pkr Azmin Dahului Rafizi 777 Undi

Timbalan Presiden Pkr Azmin Dahului Rafizi 777 Undi

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 471 hits
Wartawan Watan Online Kedudukan terkini pemilihan PKR menyaksikan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabarnya Rafizi Ramli dengan perbezaan sebanyak 777 undi Persaingan kedua dua tokoh pemimpin PKR m...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti