Azmin Isytiharkan Perang Terhadap Anwar


Azmin Memilih Untuk Membuka Langkah Jebat Dan Bukannya Lagi Tuah


DALAM perjalanan politik negara, sejarah Melaka sering sahaja dijadi pedoman...

Baik untuk kita menilai kesetiaan Hang Tuah mahu pun melihat kepada penderhakaan Hang Jebat...

Tuah setia kerana pegangan hidup dan Jebat tampil menderhaka bersebab tetapi ada persamaan antara keduanya yakni demi kepentingan pada ketika itu...

Ramai ahli politik memiliki sosok Tuah dan Jebat...

Setia pada satu ketika tetapi di penghujung cerita berpencak sebagai Jebat...

Jika di telusuri watak Jebat dalam pentas politik tanah air, ramai yang hayat politiknya berakhir begitu sahaja di tangan 'sultan'...

Sekalipun pada awalnya garang berpencak, tetapi ia tidak bertahan lama...


Makanya, sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan secara terbuka tentang rasa tak puas hati dan mempertikai keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam soal perlantikan PKR, ia segera membuka perdebatan banyak pihak...

Ini kerana pencak Azmin bukan sebarangan pencak...

Latahnya kali ini, jika di pandang mudah, mampu menoktahkan impian Anwar...

Kesetiaan Azmin Kepada Anwar Sudah Sampai Penghujung


Dalam hal ini, menyentuh soal sejarah hubungan antara beliau dengan Anwar, Azmin suatu ketika adalah watak Tuah kepada Anwar...

Azmin di ketahui besar pengorbanannya terhadap Anwar dan kasih Anwar kepadanya juga cukup kuat pada suatu ketika...

Namun, membawa watak Tuah, bukan bererti Azmin memiliki hati seperti Tuah...

Azmin mempunyai cita2 besar, ada aura dan punya tenaga politik...

Paling penting beliau memiliki modal.


Itu sebabnya sehingga artikel ini di tulis, sebaik Azmin bersuara, Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan bekas Pengerusi PKR Kelantan bertalu2 menghentam Anwar...

Mereka itu kalau dalam analogi drama, hanyalah pelakon tambahan dan kru produksi sahaja kerana pelakon utama, hero serta heroin sebenar Azmin belum lagi beraksi...

Dalam PKR kem Azmin menguasai hampir keseluruhan kepimpinan parti dan bukan rahsia lagi siapa pemimpin yang bersama Azmin dan pihak mana yang masih pro Anwar...

Begitu juga dalam kalangan wakil rakyat, Azmin di katakan menguasai 25 Ahli Parlimen PKR...


Jumlah itu kemudiannya di percayai berkurang kepada 20 selepas Anwar berjaya memujuk lima daripadanya tetapi paling penting Azmin juga mendapat dokongan dari luar PKR yang menjadikan beliau kini lebih yakin...

Dokongan itu meresahkan Anwar...

Hari ini Azmin tampil berani menyanggah Anwar secara terbuka, yang di lihat sebagai isyarat jika hati, perasaan, kemahuan serta tuntutannya tidak di layan, beliau mampu bertindak lebih jauh...


Namun di pihak Azmin juga, ia tidak mudah, kerana Anwar terbukti pejuang tidak mudah kalah, hanya kerana sekali dua dia rebah...

Pastinya Anwar sendiri sedang menyusun langkah kerana umum telah maklum, antara Azmin dan Anwar kedua2nya sudah membuka langkah...

Persoalannya kini apakah terjadi bak kata pepatah, alang2 membuka langkah, membujur lalu melintang patah...

Sekian lama membawa semangat Tuah, apakah Jebat kini mengiringi langkah?

Ramai yang sudah menelah tetapi persoalan lebih menarik berapa jauh Azmin memiliki daya mengatur langkah agar tidak nanti keluar sebagai pihak yang kalah..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/01/azmin-isytiharkan-perang-terhadap-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Nasihatkan Azmin Supaya Gunakan Saluran Yang Betul

Anwar Nasihatkan Azmin Supaya Gunakan Saluran Yang Betul

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 396 hits
PORT DICKSON Pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pelantikan barisan kepemimpinan Majlis Pimpinan Pusat bagi sesi 2018 2021 diminta menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan pandangan mereka Presiden PKR Datuk ...
After Azmin Pkr Wanita Chief Chides Anwar On Party Top Appointments

After Azmin Pkr Wanita Chief Chides Anwar On Party Top Appointments

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 419 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim faced dissent from a wing chief today over his recent picks for the ruling party s top leadership council PKR Wanita chief Haniza Mohamed Talha said she agreed with deputy president Datuk Seri Azmin Al...
Azmin Pertikai Keputusan Anwar Melantik Rafizi Dan Lain Lain

Azmin Pertikai Keputusan Anwar Melantik Rafizi Dan Lain Lain

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 435 hits
Azmin pertikai pelantikan jawatan utama PKR Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertikaikan pelantikan beberapa jawatan utama kepemimpinan parti seperti yang diumumkan semalam yang disifatkan membelakangkan pandangan akar ...
Azmin Mahu Orang Tertentu Keluar Saya Mahu Semua Masuk Anwar

Azmin Mahu Orang Tertentu Keluar Saya Mahu Semua Masuk Anwar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 402 hits
Azmin mahu orang tertentu keluar saya mahu semua masuk Anwar Anwar menegaskan Azmin sepatutnya menggunakan saluran yang betul sekiranya berasa tidak berpuas hati dalam isu pelantikan jawatan parti Selepas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Az...
Selamat Bergaduh Azmin Dan Anwar

Selamat Bergaduh Azmin Dan Anwar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 345 hits
CATATAN AKHIR TAHUNDiucapkan selamat bergaduh kepada Mohamad Azmin Ali dan Anwar Ibrahim Anda berhak bergaduh kerana anda ada anak buah ada puak ada geng dan ada sang setia masing masing untuk membantu anda merawat luka atau membawa air ket...
Preacher Wan Ji Expects Azmin To Slaughter Anwar Soon

Preacher Wan Ji Expects Azmin To Slaughter Anwar Soon

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 378 hits
Influential preacher Wan Ji Wan Hussin has predicted that PKR president Anwar Ibrahim will be slaughtered by the latter s deputy Azmin Ali in due time Drawing comparisons to Chinese military strategist and philosopher Sun Tzu Wan Ji said Az...
Peringatan Pada Anwar Azmin Bukan Musa Hitam

Peringatan Pada Anwar Azmin Bukan Musa Hitam

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 493 hits
Sejarah mencatatkan hubungan Tun dengan Musa Hitam mula retak apabila Tun melantik Ku Li ke jawatan Kabinet walaupun Ku Li tewas dengan Musa dalam perebutan jawatan Timbalan President Musa Hitam letak jawatan TPM tetapi KEKAL di dalam umno ...
Giliran Anwar Dimuziumkan Azmin Ustaz Wan Ji

Giliran Anwar Dimuziumkan Azmin Ustaz Wan Ji

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 611 hits
Wan Ji Wan Hussin Seorang kawan saya berbangsa Cina suatu hari bertanya kepada saya berkenaan Azmin Ali Saya menyatakan andai kamu orang Cina berbangga dengan kehebatan Sun Tzu dalam seni perang kami dari kalangan orang Melayu ada Azmin Ali...
Akhirnya Azmin Menunjukkan Belangnya Kepada Anwar Ibrahim

Akhirnya Azmin Menunjukkan Belangnya Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 453 hits
Lantik MPP ikut merit bukan sogokan politik kata Azmin Ali MALAYSIADATELINE Timbalan Presiden PPKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa presiden parti itu supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti Menurut Azmin pelan...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Traffic Reported Smooth On Major Highways