Azmin Ini Komplot Jahat Untuk Memusnahkan Karier Politik Saya



Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dirinya terbabit dalam sebuah video lucah yang sedang beredar di media sosial.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam.

“Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

“Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain,” katanya.

Awal pagi semalam, sebuah video seks atas ranjang diedarkan secara sistematik apabila wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ.
Video seks, dalam tiga bahagian itu, kemudiannya dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin.

Awal pagi ini, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks bersama Azmin.

Haziq mendakwa kejadian berlaku pada 11 Mei lalu semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

Mengulas lanjut, Azmin, berkata, beliau yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

“Saya yakin polis dan SPRM akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/azmin-ini-komplot-jahat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

Komplot Jahat Musnahkan Karier Azmin Ali Haziq Aziz Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 755 hits
Susulan tersebarnya video seks mirip seorang menteri kanan Kabinet Haziq Abdullah Abdul Aziz bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru baru ini Haziq telah ditahan polis 5 30 petang tadi BACA Jangan Sebar Video Lucah Atau Anda Akan Didenda ...
Saya Nafikan Ini Tuduhan Untuk Jatuhkan Karier Saya Azmin Ali

Saya Nafikan Ini Tuduhan Untuk Jatuhkan Karier Saya Azmin Ali

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 668 hits
The ReporterSusulan viral video dua lelaki yang melakukan hubungan sejenis dan salah seorang daripadanya didakwa merupakan menteri Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dakwaan itu Saya menafikan sekeras kerasnya tuduhan ini yang bers...
Azmin Harus Letak Jawatan Jika Bersalah Setiausaha Politik Anwar

Azmin Harus Letak Jawatan Jika Bersalah Setiausaha Politik Anwar

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 397 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terheret dalam skandal seks berprofil tinggi yang dikatakan berprofil tinggi dengan sesetengan pihak mendakwa dia adalah dalang di sebalik kempen bagi menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali...
Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

Setiausaha Politik Desak Azmin Letak Jawatan Anwar Tak Setuju

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 331 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR Saya tidak bersetu...
Tidak Ada Satu Pihak Pun Menyokong Penyebaran Sesuatu Komplot Jahat Dan Fitnah

Tidak Ada Satu Pihak Pun Menyokong Penyebaran Sesuatu Komplot Jahat Dan Fitnah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 249 hits
Termasuklah vedio gaysex yang blur Yang tetiba buat laporan polis Yang melulu buat pengakuan sumpah Sekadar kera sumbang Hentikanlah kalau ada niat nak menyambung fitnah dengan komen yang jijik Paling sederhana serahkan pada pihak berkuasa ...
Apakah Tun Mahathir Akan Melindungi Azmin Ali Demi Kedudukan Politik Beliau

Apakah Tun Mahathir Akan Melindungi Azmin Ali Demi Kedudukan Politik Beliau

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 376 hits
oleh Ab Jalil Backer Dulu cukup pengakuan mangsa sahaja Tun Mahathir sanggup pecat Anwar Ibrahim dan mendakwa beliau Sekarang ada pengakuan individu yang terlibat dan bukti video Rakyat menunggu untuk melihat Mahathir seorang berprinsip ata...
Hindari Politik Keji Lagi Jahat Nurul Izzah

Hindari Politik Keji Lagi Jahat Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 398 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menyifatkan hari ini sebagai paling menyedihkan apabila negara kembali terpalit dengan politik kotor melalui penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan Bekas naib presid...
Penggunaan Pita Kaset Ceramah Politik Tinggal Sejarah

Penggunaan Pita Kaset Ceramah Politik Tinggal Sejarah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 212 hits
Pada masa dahulu untuk menyebarkan audio ceramah politik ialah dengan mengguna kaset atau pita kaset Cara ini paling banyak digunakan oleh PAS untuk menyebarkan caramah pemimpin mereka Ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk merakam ucap...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti

Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara