Azmin Calon Mb Selangor Tapi Video Haziq Penghalang Dia Dinamakan Poster Boy


 

Semalam, PN memaklumkan, walaupun mereka sudah mempunyai calon Menteri Besar jika gabungan itu berjaya merampas Selangor dalam PRN akan datang, tetapi tiada “poster boy” akan dinamakan.

Alasan gabungan itu tidak menamakan ‘poster boy’ untuk PRN berkenaan kerana berpendapat siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar pada akhirnya akan diputuskan oleh Sultan Selangor.

Dengan alasan demikian, maka disebut tiadalah sesiapa dinamakan sebagai “poster boy” bagi negeri Selangor.

Soalnya, apakah hanya Selangor saja tiada “poster boy” yang dinamakan?

Bagaimana dengan Kelantan, Terengganu dan Kedah – ada “poster boy” atau tidak?

Sepatutnya jika PN meletakkan alasan calon Menteri Besar adalah hak dan budi bicara pihak Istana negeri masing-masing membuat penentuan, maka semua negeri juga tidak perlu ada “poster boy”.

Sementara Menteri Besar sedia ada difahamkan akan diletakkan sebagai “poster boy” bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah, PN sebaliknya tidak berbuat demikian di Selangor adalah disebabkan hal-hal yang merunsingkan gabungan itu sendiri.

Melalui beberapa maklumat yang diterima, adalah tidak disangsikan lagi bahawa Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa sekarang adalah calon Menteri Besar jika gabungan itu berjaya mengalahkan PH di Selangor.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini yang mahu dan meletakkan keyakinan kepada Azmin untuk menghadiahkan Selangor kepada gabungan itu.

Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan bertanding lagi di Bukit Antarabangsa, sebaliknya akan berpindah ke Dun Hulu Kelang, satu kawasan dalam Parlimen Gombak.

Dalam PRU15 lepas, meskipun Azmin tewas kepada Amirudin Saari di Gombak, tetapi beliau menang di semua peti undi dalam Dun Hulu Kelang.

Hakikat itulah yang memberi keyakinan kepadanya untuk berpindah ke Hulu Kelang, kawasan yang kini diwakili Saari Sungib daripada Amanah/PH.

Meskipun dinamakan secara diam-diam sebagai calon Menteri Besar, Azmin tidak dinamakan sebagai “poster boy” adalah kerana PN dikatakan bimbang isu “video Haziq” akan dimainkan semula sebagai bahan utama ketika kempen diadakan nanti.

PN dipercayai amat bimbang jika isu berkenaan dimainkan semula, malah disebarkan dengan meluas, ditambah jika disertai dengan pelbagai pihak pula tampil membuat laporan polis bagi menuntut sesuatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa, ia akhirnya akan menjejaskan peluang gabungan itu untuk menang PRN nanti.

Sebab itu difahamkan langkah paling selamat ialah tidak menamakan sesiapa sebagai “poster boy” bagi negeri Selangor.

Yang nyata, Azmin adalah satu-satunya calon pilihan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang ada dalam hati Mahiaddin dan perkara berkenaan memang dalam pengetahuan kebanyakan pemimpin utama Bersatu serta PN.

Selain Noh Omar telah mengumumkan tidak bertanding, sebaliknya akan menjelajah ke seluruh Selangor bagi memastikan kemenangan PN merampas negeri berkenaan,!beberapa bekas menteri seperti Mohd Zin Mohamed, Shahidan Kassin dan lain-lain lagi dipercayai akan turut membantu dengan aktif sepanjang kempen diadakan.

Yang nyata, dalam enam negeri yang bakal berlangsung PRN nanti, Selangor akan menyaksikan pertandingan paling sengit sekali.

Selangor menjadi matlamat utama bagi PN untuk melonjakkan harapan mereka memenangi PRU akan datang dan negeri itu juga menjadi benteng utama kepada PH sama ada mampu kekal bertahan lagi atau bakal terkulai dalam pelukan kuasa yang dengan kekalahan di Selangor nanti, semua cengkaman kekuasan bakal melonggar dengan sendirinya. – ShahbudinHusin 20/06/2023.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/azmin-calon-mb-selangor-tapi-video.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Report Perikatan To Name Azmin As Poster Boy In Selangor Poll But Faces Resistance From Pas

Report Perikatan To Name Azmin As Poster Boy In Selangor Poll But Faces Resistance From Pas

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 233 hits
Utusan Malaysia quoted an unnamed senior aide to Azmin saying the coalition wishes to have Azmin as its menteri besar candidate but is facing opposition from its component PAS Perikatan Nasional is attempting to name former menteri besar Da...
Azmin Not The Only Poster Boy For Pn In Selangor Says Pas Man

Azmin Not The Only Poster Boy For Pn In Selangor Says Pas Man

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 322 hits
Azmin Ali served as Selangor menteri besar from September 2014 to May 2018 PETALING JAYA Azmin Ali is not the only candidate who is qualified to be Perikatan Nasional s poster boy for the upcoming state elections says PAS Selangor PAS secre...
Mat Said Poster Boy Hanya Pandangan Peribadi Kata Ph Terengganu

Mat Said Poster Boy Hanya Pandangan Peribadi Kata Ph Terengganu

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 158 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kenyataan Ahli Majlis Pimpinan PKR Terengganu Azan Ismail sedia menyokong Ahmad Said sebagai poster boy negeri itu pada PRN akan datang dianggap hanya pandangan peribadinya Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu Raj...
Mere Speculation Terengganu Ph Says On Ahmad Said Being Poster Boy

Mere Speculation Terengganu Ph Says On Ahmad Said Being Poster Boy

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 319 hits
Terengganu PH chairman Raja Kamarul Bahrin Shah said statements regarding the poster boy for Terengganu including support for Umno chief Ahmad Said were merely the personal views of individuals PETALING JAYA Terengganu Pakatan Harapan has d...
Tiada Nama Calon Pn Selangor Anak Negeri Pn Tak Calonkan Nama Mb

Tiada Nama Calon Pn Selangor Anak Negeri Pn Tak Calonkan Nama Mb

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 131 hits
PN tak namakan calon MB sebab dalam PN tiada pemimpin kelahiran negeri yang berkualiti sebagai ketua Sedangkan Sanusi dah main isu kenegerian Macam Azmin Dikatakan kelahiran Singapura Nak letak Azmin jadi calon MB Dah macam Sanusi jilat kah...
Sekarang Masa Paling Sesuai Bongkar Kekaburan Video Haziq

Sekarang Masa Paling Sesuai Bongkar Kekaburan Video Haziq

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 264 hits
Dua hari lalu saya menulis artikel berkenaan PN yang hampir pasti meletakkan Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi gabungan itu dalam PRN akan datang ini Beliau yang merupakan Pengerusi PN Selangor dan pernah menjadi Menteri Besar nege...
Lagu Negeri Selangor Sejarah Lirik Audio Video

Lagu Negeri Selangor Sejarah Lirik Audio Video

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 306 hits
Sekiranya anda pernah bersekolah rendah kebangsaan di negeri Selangor anda pastinya pernah menyanyikan Lagu Negeri Selangor Selain lagu Negaraku Lagu Negeri Selangor biasanya akan dinyanyikan oleh para pelajar sewaktu perhimpunan pada waktu...
Video Alasan Hary Tanoe Dukung Ganjar Di Pilpres Tapi Ngaku Teman Dekat Prabowo

Video Alasan Hary Tanoe Dukung Ganjar Di Pilpres Tapi Ngaku Teman Dekat Prabowo

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 117 hits
Hary Tanoe mengaku napas partainya sejalan dengan PDIP Ditambah bahwa partai dipimpin Megawati Soekarnoputri ini diyakini lebih siap dibanding partai lain
Video Puan Maharani Bertemu Ahy Ini Pertemuan Yang Pertama Tapi Bukan Terakhir

Video Puan Maharani Bertemu Ahy Ini Pertemuan Yang Pertama Tapi Bukan Terakhir

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 163 hits
Ketua DPP PDI Perjuangan Puan Maharani bertemu dengan Ketua Umum Partai Demokrat Agus Yudhoyono di Plataran Hutan Kota Senayan Minggu 19 Juni 2023 Puan dengan tegas menyatakan pertemuan ini yang pertama tapi bukan yang terakhir Keduanya tid...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti