Aziz Macam Bunuh Diri Kerana Xx Ray 3
Aziz macam 'bunuh diri' kerana XX Ray 3
Pengarah Aziz M Osman mendedahkan dia seolah-olah membunuh diri apabila menyiapkan filem XX Ray 3 yang berisiko tinggi kurang diterima ramai atau dikecam.Berbanding sesetengah penerbit, kata Aziz, mereka mungkin tidak berani mengeluarkan filem sains fiksyen seperti dihasilkannya kerana cenderung memilih ‘jalan lebih selamat.’“Apabila buat sesuatu kelainan memang akan ada risiko tinggi. Mungkin ada sesetengah penerbit mahu play safe.“Biasa filem macam ni produksi bajet besar seperti Hollywood saja nak buat kerana ia seakan-akan mahu bunuh diri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Filem diarahkan Aziz itu dijangka menemui penonton di kira-kira 60 buah pawagam bermula 24 Jan tahun depan.Sebelum XX Ray 3, Aziz pernah menghasilkan XX Ray dan XX Ray 2 yang diterbitkan pada 1992 dan 1995.Trailer undang reaksi netizenBagaimanapun, karya terbaru Aziz itu tidak mempunyai kaitan dengan XX Ray mahupun XX Ray 2, sebaliknya ia mengetengahkan isu alam sekitar yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan manusia.Filem itu dijayakan barisan pelakon antaranya Izzue Islam, Ardell Aryana, Adam John, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin, Jalaludin Hassan.
Terdahulu, trailer XX Ray 3 bocor di atas talian dan mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.Sesetengahnya memberi pandangan bersifat kritikal malah membuat dakwaan jalan cerita XX Ray 3 mungkin tidak ubah seperti filem sains fiksyen yang sudah ketinggalan zaman.Bagaimanapun, Aziz berkata trailer berkenaan bukan trailer rasmi XX Ray 3 sebaliknya ia hanyalah untuk tontonan dirinya secara peribadi.Mengulas perkara itu Aziz, 56, berkata, dia menerima pandangan dilontarkan umum seadanya.“Jika nak dibandingkan dengan Marvel memang tak mampu terlawan.“Saya anggap perkara seperti ini secara tak langsung bagi saya perhatian kerana ia dibincangkan.“Saya cuma duduk diam dan netizen yang bincangkan sesama sendiri,” katanya.
Sumber : www.malaysiakini.com/
SINOPSIS FILEM XX RAY III
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2019/01/aziz-macam-bunuh-diri-kerana-xx-ray-3.html