Aziz Bari Nafi Terlibat Klip Video Rancang Singkirkan Mb Perak


Saya tak tahu, saya tak tengok. Saya tak ada masa nak tengok, itu penjelasan Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Dr Abdul Aziz Bari berhubung isu video tular yang dikaitkan dengannya hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima beberapa video tetapi hanya video dari sumber rasmi sahaja akan dilihat.
Loading… Menurutnya, jika video yang dimaksudkan berkaitan isu untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ia sudah pun dijawab sebelum ini dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu berikutan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan berlangsung esok, seperti dilapor Sinar Harian.
“Video-video yang dibuat oleh orang-orang tak rasmi, yang tak tahu siapa buat ini saya tak dengar pun. Jadi jangan tanya pasal ini. Cuma seingat saya benda ini dah lama Disember tahun lepas atau awal tahun ini. Jadi benda ini bukan barulah tapi benda yang dah diulas dan saya fikir tak perlu ulas lagi.
“Jadi saya berasa hairan setiap kali sidang DUN ada sahaja isu seperti ini timbul dan seolah-olah nak memprovok kami terutama DAP untuk melatah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada perasmian Expo Antarabangsa Perak (PIEX) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penularan video yang dimuat naik ke dalam Facebook memperlihatkan perbincangan seorang individu dipercayai bersama beberapa individu lain mengenai usaha untuk menjatuhkan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, terdapat gerakan tertentu yang digerakkan setiap kali sidang DUN untuk menimbulkan isu seperti rampasan kuasa, menjatuhkan menteri besar dan sebagainya.
Katanya, isu berkaitan usaha untuk menjatuhkan menteri besar merupakan isu lama dan tidak berlaku pun perkara itu tetapi sengaja dimainkan semula.
Malah menurutnya, ketika isu ini hangat diperkatakan, pihaknya pernah mengemukakan permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal melalui Pejabat Menteri Besar Perak seterusnya mengadakan sidang media bersama tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.
“Tak berlaku pun undi tidak percaya ke apa, orang kena culik ke, tak ada. Isu berkaitan menteri besar ini dah dalam dah, kenapa dimainkan lagi, nak menjatuhkan macam mana? Semua (usaha menjatuhkan menteri besar) tak berlaku, video ke, rakaman ke, kalau benda tak berlaku nak diputar belit buat apa lagi.
“Saya tak peduli pun benda ini. Apa yang penting kerajaan masih wujud dalam satu gabungan. Soal menteri besar ini keputusan pimpinan pusat. Apa lagi nak disibukkan lagi ni?,” katanya lagi.
Memetik portal FMT, dalam video lima minit yang dimuatnaik di YouTube oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin, Aziz didengar merujuk kepada seorang lelaki PPBM yang bergelar “Haji”, yang memberitahunya mereka mahu menggantikan Faizal.
“Dia cadangkan saya (sebagai menteri besar baru), saya kata ‘okaylah’. Lepas jumpa ada orang yang cukup ini, akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak),” kata Aziz yang berdepan seseorang yang tidak dikenali.
Beliau juga mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.
Katanya, dengan sokongan PKR, dia boleh mendapat sokongan 28 Adun Perak.
Aziz juga berkata rakan-rakan exconya, bekas menteri beasr Mohamad Nizar Jamaluddin serta Asmuni Awi, yang kini bersama Amanah, tidak layak untuk jawatan MB.
“Dia ini jenis macam anak raja tahu atau tidak. Mereka bukan pejuang jalanan, saya tidak katakan saya pejuang jalanan, tetapi sekurang-kurangnya saya lebih baik daripada mereka,” katanya.
Mengatakan beliau mempunyai hubungan baik dengan Istana Perak, Aziz berkata seseorang bernama Annuar Zaini memberitahunya bahawa beliau disukai Sultan Perak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/aziz-bari-nafi-terlibat-klip-video-rancang-singkirkan-mb-perak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Man Resembling Aziz Bari Seeks To Oust Faizal Become New Perak Mb

Video Man Resembling Aziz Bari Seeks To Oust Faizal Become New Perak Mb

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 332 hits
Even before the dust has settled on the of Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu lamenting about waging a lone battle against DAP a new recording has surfaced The clip features a man resembling state exco and DAP assemblyperson Aziz Bari H...
Aziz Bari Dismisses Clip Of Him Laying Out Plan To Unseat Perak Mb

Aziz Bari Dismisses Clip Of Him Laying Out Plan To Unseat Perak Mb

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 295 hits
Aziz Bari seen in a screenshot of a video clip uploaded on YouTube PETALING JAYA Perak executive councillor Aziz Bari has brushed aside a video clip showing him explaining a strategy to unseat Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu one year after...
Rakaman Naib Pengerusi Dap Perak Aziz Bari

Rakaman Naib Pengerusi Dap Perak Aziz Bari

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 343 hits
Rakaman Naib Pengerusi DAP Perak Aziz Bari cuba memujuk 3 ADUN Umno supaya melompat parti untuk menjatuhkan MB Perak Ahmad Faizal Azumu dan menyokong dirinya sebagai MB yang baru
Video Baru Lelaki Mirip Aziz Bari Ajak Tukar Mb

Video Baru Lelaki Mirip Aziz Bari Ajak Tukar Mb

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 418 hits
MALAYSIAKINI Satu lagi video kontroversi didakwa melibatkan pemimpin kanan Perak muncul Dalam rakaman terbaru lelaki itu dikatakan memujuk tiga anggota dewan undangan negeri Umno yang tidak dinamakan untuk menyokongnya menjadi menteri besar...
Video Aziz Bari Tular Lagi Sekaligus Timbul Pertanyaan Berapa Lama Peja Azumu Mampu Pertahankan Jawatan Mb Peraknya

Video Aziz Bari Tular Lagi Sekaligus Timbul Pertanyaan Berapa Lama Peja Azumu Mampu Pertahankan Jawatan Mb Peraknya

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 535 hits
Mampukah Peja Azumu bertahan dan mempertahankan jawatan Menteri Besar Perak yang sedang disandangnya sekarang Semalam viral satu klip video yang memperlihatkan Aziz Bari ADUN DAP Tebing Tinggi yang berkongsi penyakit meroyan dengan Anwar Ib...
Rilis Hari Ini Anji Bangga Video Klip Lagu Terbarunya Disutradarai Oleh Wishnutama

Rilis Hari Ini Anji Bangga Video Klip Lagu Terbarunya Disutradarai Oleh Wishnutama

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 195 hits
Erdian Aji Prihartanto atau yang lebih populer dengan nama Anji merilis video klip terbarunya Aku Percaya Video klip ini pun menjadi istimewa bagi Anji sebab disutradarai langsung oleh Wishnutama yang kini duduk sebagai menteri di Kabinet P...
Perak Bersatu Youth Blames Opposition For Mb Video

Perak Bersatu Youth Blames Opposition For Mb Video

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 373 hits
TG PIAI POLLS Perak Bersatu Youth has accused the opposition of intentionally producing a video clip which intentionally quoted Perak Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu out of context In a statement today Perak Bersatu Youth chief Mohd Hafez ...
Sabyan Gambus Rilis Video Klip Lagu Terbaru Alfa Salam

Sabyan Gambus Rilis Video Klip Lagu Terbaru Alfa Salam

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 401 hits
Mempertahankan eksistensi sebuah grup musik bukanlah hal yang sederhana apalagi ketika grup tersebut ditinggalkan oleh beberapa personalnya Seperti yang dialami oleh grup musik Sabyan Gambus Di saat popularitas mereka peroleh justru keutuha...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Kuih Raya Homemade By Nieyl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Growth Mindset In Startups


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord