Azar Azmi Sedia Terus Dikecam






Kalis kecaman netizen impak melakonkan watak seorang pelacur dalam drama bersiri 'Nur 2', Azar Azmi bakal mengundang lebih banyak kebencian dalam kalangan peminat apabila terbaharu, dia terlibat dalam pementasan teater berjudul 'Pawana Isabella' menerusi watak antagonis bernama Permaisuri Tishaku.

Azar atau nama lengkapnya, Siti Azar Ameerah Azmi yang ditemui Kosmo! pada sidang akhbar teater arahan Erma Fatima itu berkata, dia bersedia untuk menjayakan watak tersebut dan tidak takut dengan risiko dibenci gara-gara lakonan.

Menurut figura jelita ini, untuk menjayakan watak Permaisuri Tishaku yang berjiwa zalim, dia sedikit sebanyak mengambil inspirasi daripada watak Maleficent yang pernah direalisasikan aktres handalan Hollywood, Angelina Jolie.

Pertama kali berlakon teater, Azar tidak menafikan peluang bekerjasama dengan pengarah hebat, Erma Fatima merupakan alasan utama persetujuannya terlibat dalam teater berkenaan.

Apakah perbezaan watak Permaisuri Tishaku dengan watak-watak antagonis lain yang pernah Azar jayakan sebelum ini?

AZAR AZMI: Watak Permaisuri Tishaku sangat berbeza kerana impak melakonkannya, tempias antagonisnya melekat pada diri saya. Watak ini jahat yang sangat luar biasa. Tambahan pula, ini merupakan lakonan teater pertama saya dan sudah tentu pengalaman atas pentas berbeza ketika berada di set penggambaran.

Apakah cabaran yang terpaksa anda tempuhi untuk menjayakan watak berkenaan?

Saya harus melontarkan dialog dalam bahasa Melayu klasik iaitu sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Saya perlu mengetahui jalan cerita daripada A sampai Z kerana kalau seorang lupa bahagian atau dialog, ia akan mencacatkan keseluruhan cerita. Tetapi saya tidaklah sampai perlu menari dan bersilat seperti watak yang dijayakan Janna Nick.



Apa atau siapa yang menjadi rujukan anda untuk menghidupkan watak Permaisuri Tishaku?

Saya menonton filem Maleficent banyak kali. Hal ini kerana watak yang saya lakonkan itu dari negara luar dan pegangan agamanya juga tidak diketahui. Permaisuri Tishaku juga akan menyaksikan saya menggayakan kostum khas dan seperti yang saya katakan tadi, ia menggunakan bahasa baku atau Melayu klasik. Untuk menjayakan watak ini, saya membayangkan karakter Maleficent. Tiada kuasa sakti, namun Tishaku sangat berkuasa malah berkuasa daripada suaminya yang merupakan seorang raja.

Mengapa anda bersetuju untuk terlibat dengan naskhah ini memandangkan komitmen menjayakan sesebuah pementasan teater agak memenatkan?

Saya banyak dengar orang cakap, ilmu berlakon teater tidak sama dengan ilmu berlakon drama televisyen. Saya mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Dalam pada itu, saya sudah lama bercita-cita ingin berlakon di bawah arahan Erma Fatima. Akhirnya, impian jadi nyataan melalui teater ini. Teruja juga melihat barisan pelakon yang terlibat. Kebanyakan mereka sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang seni teater.

Acapkali melakonkan watak antagonis, tidakkah anda takut jika anda dicop wanita jahat?

Setakat ini, saya okey. Saya bersedia dengan sebarang kecaman dan saya percaya dengan kewibawaan Erma Fatima untuk menjadikan naskhah ini suatu perkara yang membuka mata orang ramai. Apa pun, mulut penonton tidak boleh ditutup. Bagaimanapun, saya berjanji untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/08/azar-azmi-sedia-terus-dikecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Kini Boleh Mendengar Podcast Google Secara Terus Dari Hasil Carian

Anda Kini Boleh Mendengar Podcast Google Secara Terus Dari Hasil Carian

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 447 hits
Google turut mempunyai aplikasi podcast mereka yang tersendiri Ia menawarkan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah digunakan Ia tidak terhad kepada peranti mudah alih sahaja beberapa bulan lepas Selain itu pada aplikasi juga Kini untuk m...
Accesstrade Indonesia Terus Edukasi Affiliate Marketing

Accesstrade Indonesia Terus Edukasi Affiliate Marketing

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 167 hits
Situs belanja online yang kian berkembang turut membawa inovasi dalam dunia pemasaran Para pengiklan tak hanya ingin mendapatkan perhatian dari konsumen tapi juga ingin mendapatkan penjualan atau return of investment Kini ada metode baru ma...
Buktikan Tentera Darat Terus Mampu Diatur Gerak Dalam Sebarang Situasi

Buktikan Tentera Darat Terus Mampu Diatur Gerak Dalam Sebarang Situasi

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 305 hits
Setiap pegawai dan anggota Tentera Darat perlu terus membuktikan cabang Angkatan Tentera Malaysia itu mampu diaturgerakkan dalam apa jua situasi JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwL...
Ulasan Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar Meneruskan Penurunan Sementara Euro Terus Meningkat

Ulasan Pasangan Mata Wang Eur Usd Dolar Meneruskan Penurunan Sementara Euro Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 399 hits
Pasaran diniagakan tenang selepas kejatuhan indeks AS Keadaan ini masih kelihatan seperti pembetulan harga yang dalam dan bukan sebagai permulaan krisis besar Fokus utama kekal terhadap perang perdagangan Trump AS Tiada berita dengan impak ...
Bukan Wang Ringgit Semata Mata Tapi Semangat Buat Dr M Terus Bekerja

Bukan Wang Ringgit Semata Mata Tapi Semangat Buat Dr M Terus Bekerja

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 241 hits
FUKUOKA Perdana Menteri tertua di dunia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perasaan penuh semangat adalah kunci yang membimbing beliau untuk terus kekal mentadbir Malaysia Anda perlu ada semangat dalam apa jua pekerjaan Ia bukanlah wang yang a...
Ihsg Terus Melemah Ini Kata Bursa Efek Indonesia

Ihsg Terus Melemah Ini Kata Bursa Efek Indonesia

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 278 hits
Indeks Harga Saham Gabungan terus bergerak melemah dalam beberapa waktu terakhir ini Setelah ditutup di zona merah pada sesi perdagangan Senin kemarin IHSG kembali turun 119 98 poin atau 1 95 persen ke posisi 6 053 87 pada pembukaan Selasa ...
Sampai Madinah Terus Sedih Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Ramai Kagum

Sampai Madinah Terus Sedih Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 386 hits
Sampai Madinah Terus Menangis Kembara Berbasikal 4000 Km Tunai Haji Pemuda Ini Buat Netizen Kagum Haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib dipenuhi bagi yang berkemampuan Kemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah merupakan im...
Nunung Dan Suaminya Direhabilitasi Proses Hukum Jalan Terus

Nunung Dan Suaminya Direhabilitasi Proses Hukum Jalan Terus

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 274 hits
Nunung dan suaminya akan menjalani rehabilitasi Namun ini tidak akan mempengaruhi proses hukum
Jepun Model Seluruh Dunia Jika Terus Tolak Perang

Jepun Model Seluruh Dunia Jika Terus Tolak Perang

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 338 hits
Jepun terus menjadi model kepada seluruh dunia jika menolak peperangan dan mengekalkan nilai budaya ujar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Jelasnya Jepun perlu menunjukkan nilai murni masyarakat yang menyumbang kepada kejayaan Negara ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian