Ayuh Beramal Pintu Syurga Telah Dibuka


Hidupkan solat dan bacaan al-Quran, jauhi perkara melalaikan “RAMADAN tiba, Ramadan tiba, Ramadan tiba”, Nasyid nyanyian Opick sudah mula kedengaran di corong-corong radio, masih teringat ketika masih belajar di Mesir, ketika itu kelihatan di setiap jalan dipasang lampu-lampu berwarna warni, dan dipenuhi ‘fanus’ atau lampu khas yang dipasang ketika bulan Ramadan. Masjid dipenuhi manusia setiap masa, di waktu berbuka ramai-ramai ke masjid menikmati Maaidah Rahman ataupun sajian daripada Ar-Rahman (Allah SWT).
Walaupun dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, tampak kemeriahan bazar Ramadan dan surau-surau menjadi penuh apabila bermulanya bulan Ramadhan, manusia mula berlumba-lumba mengambil nombor giliran untuk tarawih, dan menghidupkan solat dan bacaan quran di rumah buat yang menunggu giliran.
Suatu suasana yang menyinggah umat Islam setahun sekali, buat tempoh sebulan.
Maka dibacakan di seantero masjid sepotong hadis riwayat Bukhari dan Muslim:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
“Apabila tibanya Ramadhan, maka dibuka pintu Syurga, ditutup pintu neraka, dan digari syaitan,”
Hadis yang ringkas, namun mempunyai pengertian yang mendalam.
Pengertian yang hanya boleh difahami melalui hati yang hidup dengan keimanan, andai ditulis berbuku-buku berkaitan hadis ini, tidakkan difahami melainkan seseorang mempunyai secebis keimanan di dalam hatinya.
Hadis ini menceritakan perihal syurga yang dibuka pintunya, memanggil-manggil mereka yang ingin memasukinya.
Hanya mereka yang beriman, yang mempercayai wujudnya syurga akan berharap masuk ke dalamnya, hanya mereka yang ingin berjumpa Allah di akhirat kelak memahami bahawa jalan berjumpa Allah dan menatap wajah ‘Azzawajalla’ hanyalah melalui pintu syurga Firdaus!
Hanya mereka inilah jiwanya akan terpanggil-panggil mengejar syurga, meronta-ronta jiwanya mengejar kasih ilahi, tidak tenang andai tidak mujahadah bersungguh-sungguh beribadah di dalam hari-harinya. Impian jiwanya jelas, inginkan redha Allah, ingin bersama Nabi Muhammad ﷺ di syurga, dan berehat di sana.
Adapun jiwa yang lemah imannya, yang masih tidak kuat mempercayai Allah sentiasa memerhati, masih tidak mempedulikan yang halal, haram, syubhat.
Masih ‘selamber’ melakukan maksiat tanpa takutkan Allah, apabila dibuka pintu syurga tidaklah terpanggil, tiada beza. Hanya berubah kerana masyarakat berubah sedikit. Jiwanya tidak inginkan akhirat, tidak ingin bersama Allah.
Kerana mereka impikan syurga di dunia, dunia yang mempunyai kenikmatan nafsu dilihat sebagai suatu yang cukup sempurna, andai bergaji tinggi, boleh menikmat pelbagai makanan, berhibur dengan set televisyen yang besar, melihat siri-siri netflix, sudah memuaskan hatinya. Kenikmatan syurga yang berlipat kali ganda tidak diimpikan, seolah segala impian sudah tercapai di dunia yang fana.
Bila keimanan terhadap Allah serta hari akhirat (syurga) menipis dan kecintaan dunia menebal, maka jiwanya akan merasakan akhirat suatu yang jauh, dunia di hadapan matanya tidak dipercayai akan hancur binasa, dia akan gagal mempercayai akan dibangkitkan semula di mahsyar, dan akan ditanya di akhirat kelak apakah kebaikan dan keburukan dirinya, maka pantas ketakutan azab api neraka tampak hanya untuk golongan kafir Quraisy!.
Maka tatkala pintu neraka ditutup, tidak sedikitpun hatinya merasa aman, tidak sedikitpun merasakan akan dihisab atau berkemungkinan diazab. Tiada perubahan dalam hidup dan jiwanya.
Apatah lagi andai dirantai syaitan.. Apa kisah? Ibarat tiada beza buat hati yang lalai dan kukuh sifat syaitan dalam dirinya.
Hadis yang ringkas, namun jiwa yang beriman akan tersentap dan bersungguh beramal, pintu syurga telah dibuka, pintu neraka telah ditutup, syaitan telah dibelenggu! Ayuh beramal! Ayuh beramal!
Ustaz Mohd Suhail Mohd Sufian,
Naib Pengerusi Majlis Ulama Islam ISMA (MUIS)
The post Ayuh beramal! Pintu syurga telah dibuka appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/17/ayuh-beramal-pintu-syurga-telah-dibuka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ar Rayyan Pintu Syurga Untuk Yang Berpuasa

Ar Rayyan Pintu Syurga Untuk Yang Berpuasa

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 240 hits
Ar Rayyan Pintu Syurga Untuk Yang Berpuasa Alhamdulillah harini hari ke 11 kita menyambut Ramadan Moga tabah dan selamat sampai ke penghujung Ramadan 2021 Amin Takziah kepada sesiapa yang mengalami kedukaan semasa bulan Ramadan ni Bestnya K...
Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

Covid 19 Bazar Ramadan Di Kedah Dibuka Ikut Ketetapan Sop

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 273 hits
Kebenaran untuk Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri kembali beroperasi tahun ini selepas kali terakhir pengoperasiannya pada 2019 memberi makna besar kepada pelbagai pihak terutamanya golongan peniaga di Stadium Darul Aman Alor Setar Tinjaua...
Ahli Parlimen Selesai Diberi Vaksin Bilakah Sidang Parlimen Akan Dibuka

Ahli Parlimen Selesai Diberi Vaksin Bilakah Sidang Parlimen Akan Dibuka

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 215 hits
Dalih terdapat banyak warga emas menjadi anggota Parlimen dan merisikokan kesihatan mereka dijangkiti virus Covid 19 tidak lagi relevan selepas hampir kesemua Ahli Parlimen disuntik vaksin dos kedua pada pertengahan April ini Bagi Pengarah ...
Masjid Ditutup Mall Dibuka Asri Janggut Kecewa Pemimpin Pas Berdiam Diri

Masjid Ditutup Mall Dibuka Asri Janggut Kecewa Pemimpin Pas Berdiam Diri

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 273 hits
40 minggu anak Asri janggut tidak dapat solat jumaat masjid tidak boleh pergi sedangkan kata beliau beliau boleh membawa anaknya ke mall atau ke mana saja tetapi tidak boleh dibawa ke masjid Asri Janggut berasa kecewa dengan pemimpin PAS pe...
Dakwaan Tidak Mohon Kebenaran Berkahwin Kali Kedua Kertas Siasatan Tatatertib Telah Dibuka

Dakwaan Tidak Mohon Kebenaran Berkahwin Kali Kedua Kertas Siasatan Tatatertib Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 249 hits
Baru baru ini chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan tidak mengetahui mengenai perkahwinan anaknya Serina Chef Wan mendakwa Serina telah berkahwin di negara seberang namun tuduhan tersebut disan...
039 Muzium Muzium Mini 039 Dibuka Di Kedai Warisan Kawasan Kampong Gelam

039 Muzium Muzium Mini 039 Dibuka Di Kedai Warisan Kawasan Kampong Gelam

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 219 hits
SINGAPURA Nama Jamal Kazura cukup sinonim dengan produk minyak atar dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di sini Jika anda jalan jalan ambil angin di kaki lima unit rumah kedai paling hujung di Kampong Gelam anda pasti tidak akan terlepas...
Kalau Ada Sokongan Kenapa Belum Dibuka Parlimen

Kalau Ada Sokongan Kenapa Belum Dibuka Parlimen

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 190 hits
SHAHBUDIN HUSSINKononnya ada sokongan 67 peratus Tapi masih bergayut kepada darurat dan Takut adakan sidang Parlimen Takut bersoal jawab dengan media Takut bubar Parlimen
Permohonan Bantuan Mykasih Kapital Dibuka

Permohonan Bantuan Mykasih Kapital Dibuka

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 429 hits
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat memaklumkan Program Bantuan MyKasih Kapital kini sudah dibuka untuk permohonan Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata permohonan boleh dibuat melalui pautan yang terdapat di laman Fac...
Pemkab Bogor Larang Tempat Hiburan Malam Dibuka Selama Ramadan

Pemkab Bogor Larang Tempat Hiburan Malam Dibuka Selama Ramadan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 330 hits
Pemerintah Kabupaten Bogor melarang Tempat Hiburan Malam dan panti pijat untuk beroperasi selama Ramadan Meskipun sektor industri jasa itu belum lama diizinkan beroperasi usai dilarang akibat pandemi Covid 19
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki