Ahli Parlimen Selesai Diberi Vaksin Bilakah Sidang Parlimen Akan Dibuka





Dalih terdapat banyak warga emas menjadi anggota Parlimen dan merisikokan kesihatan mereka dijangkiti virus Covid 19 tidak lagi relevan selepas hampir kesemua Ahli Parlimen disuntik vaksin dos kedua pada pertengahan April ini.

Bagi Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, tanpa alasan yang munasabah untuk terus menggantung Parlimen, maka lebih baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengikut sahaja nasihat Yang di-Pertuan Agong yang membenarkan persidangan dijalankan sewaktu darurat.
"Saya bercakap dengan banyak Ahli Parlimen dan majoritinya berkata telah menerima vaksinasi dos ke 2. Saya adalah beberapa Ahli Parlimen terakhir yang mendapat vaksin.
"Oleh itu, adalah selamat untuk mengatakan, menjelang 16 April, lebih daripada 90% anggota Parlimen telah mencapai kekebalan dan Parlimen dianggap selamat untuk dibuka semula.
"Justeru, saya mendesak Perdana Menteri untuk mengikuti nasihat Agong mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin. Tidak ada alasan yang baik untuk terus menggantung Parlimen lagi.
"Tan Sri Muhyiddin, sudah tiba masanya menghadapi dan menjawab semua (soalan) Ahli Parlimen yang dipilih secara demokratik," kata Sim dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menggesa rakyat agar segera mendaftar untuk mengambil vaksin memandangkan proses pendaftaran masih perlahan sejak sebulan lalu.
Beliau membawakan kisah saudara terdekatnya yang menetap di Amerika Syarikat (AS) murung menghadapi ketidaktentuan keadaan akibat jangkitan Covid 19 yang terlalu tinggi di sana dan proses vaksinasi yang lambat memandangkan saiz populasi di negara itu.
"Dua minggu lalu, saya membuat panggilan zoom dengan saudara terdekat yang tinggal di AS. Dia murung menghadapi Covid-19 sejak November 2020 yang tidak menentu selama berbulan-bulan lamanya.
"Saya sangat berharap (kita di Malaysia) tidak akan mengalami nasib yang sama seperti ahli keluarga saya.
"Oleh itu, saya minta semua yang belum mendaftar segeralah mendaftarkan diri di MySejahtera
"Pada zaman ini, vaksinasi adalah anugerah yang sangat baik bagi umat manusia. Ia melindungi kehidupan kita dan orang lain. Yang paling mustahak adalah, kita mendapatkan kembali kebebasan dan kehidupan normal, biar pun masih perlu memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial (buat sementara waktu)," katanya lagi.
Sim telah mengambil dos pertama vaksin Covid pada 19 Mac lalu dan dos kedua pada 9 April.
Katanya, menjelang 16 April, iaitu selepas 28 hari dos pertama, beliau diberitahu akan mendapat imuniti sepenuhnya daripada jangkitan Covid 19.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/ahli-parlimen-selesai-diberi-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Pkr Dr Tan Yee Kew Buat Sidang Media Palsu

Ahli Parlimen Pkr Dr Tan Yee Kew Buat Sidang Media Palsu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 438 hits
Masih ingat lagi suatu sidang media pada 31hb Mac 2021 bersamaan hari Selasa yang lalu seorang lelaki bangsa Cina bersama sama dengan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju YB Datin Dr Tan Yee Kew menceritakan bagaimana dirinya konon kena belasah sa...
Uk Selesai Beri Vaksin Warga Berusia Lebih 50 Tahun

Uk Selesai Beri Vaksin Warga Berusia Lebih 50 Tahun

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 232 hits
UK selesai beri vaksin warga berusia lebih 50 tahun Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 2021 7 00PM
Ahli Parlimen Lembah Pantai Gesa Tingkatkan Sokongan Kempen Tamat Darurat

Ahli Parlimen Lembah Pantai Gesa Tingkatkan Sokongan Kempen Tamat Darurat

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 239 hits
POSTED BY AMIR WRLRTindakan kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan warta kerajaan di bawah Ordinan Darurat bahawa peruntukan kewangan tambahan boleh diperolehi tanpa melalui proses Parlimen sewajarnya menyedarkan rakyat untuk mendesak dar...
Ahli Parlimen Umno Dalam Kerajaan Tiada Faedah Kata Shahrir

Ahli Parlimen Umno Dalam Kerajaan Tiada Faedah Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 338 hits
PETALING JAYA Menteri dan timbalan menteri Umno gagal membawa perubahan positif dan tidak berbuat apa apa dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional kata veteran parti itu Shahrir Samad Bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal p...
Sultan Selangor Tengku Permaisuri Selesai Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid 19

Sultan Selangor Tengku Permaisuri Selesai Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 325 hits
Sultan Selangor Tengku Permaisuri selesai terima suntikan dos kedua vaksin Covid 19 nbsp Dikemas kini 32 minit yang lalu Di
Pegawai Kedutaan Malaysia Di Kemboja Ahli Keluarga Terima Suntikan Vaksin

Pegawai Kedutaan Malaysia Di Kemboja Ahli Keluarga Terima Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 215 hits
Pegawai kedutaan Malaysia di Kemboja ahli keluarga terima suntikan vaksin Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 6
Najib Sahkan Terima Notis Muflis Daripada Lhdn Bakal Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

Najib Sahkan Terima Notis Muflis Daripada Lhdn Bakal Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 366 hits
3 061 total views 3 061 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan menerima notis muflis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung tuntutan cukai pendapatannya RM1 74 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 Beli...
Mp Selesai Divaksin Mengapa Parlimen Terus Ditutup

Mp Selesai Divaksin Mengapa Parlimen Terus Ditutup

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 437 hits
Dalih terdapat banyak warga emas menjadi anggota Parlimen dan merisikokan kesihatan mereka dijangkiti virus Covid 19 tidak lagi relevan selepas hampir kesemua Ahli Parlimen disuntik vaksin kali kedua pada pertengahan April ini Bagi Pengarah...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna